»

Rabu, Oktober 21, 2015

Title baru. Isteri...dan IBU!

Assalamualaikum wbt...


Last entry belog ni, 25 Jan 2014 - Awal tahun lepas, sebelum aku bergelar isteri pun lagi. 
Setahun lebih kemudiannya, baru terasa nak update entri baru. Status bukan saja berubah jadi isteri orang, tapi up satu lagi - IBU! Alhamdulillah


Fuhhh...lamanya tinggalkan belog ni. Busy dengan kerja ofis. Balik rumah pun busy dengan hal rumahtangga. Dah tak fikir belog dah. Lagipun tahun lepas, hujung minggu je aku busy dengan buat hand bouquet. Mana sempat nak update belog.


Sekarang dah jadi ibu, sempat pulak? Ni haa...sebab anak tengah tidur depan mata ni. Pulak tu tetiba teringatkan belog, update jela sebelum anak bangun. Nanti dah masuk kerja balik, dah tak sempat kan?


Teringin nak share pengalaman mengandung & bersalin. Sebagai kenang-kenangan...dan boleh jugak jadi panduan untuk mana2 mom to be yang singgah secara tak sengaja kat belog ni. Bagi aku, share pengalaman/tips tu dekat belog still relevan biarpun belog dah tak sepopular Instagram. Sebabnya kat belog, boleh bebel panjang2. Kat IG, orang nak tengok gambar..bukan baca caption panjang berjela..heee.


Masa mengandung dan tunggu hari bersalin sebelum ni pun, aku banyak baca pengalaman2 mengandung/bersalin dekat belog2. So, bagi aku sesiapa yang share kat belog tu..agak membantu 1st time mom macam aku. 


Insyaallah, ada masa akan dibebelkan di belog ni.

Stop dulu. Okbye!

Sabtu, Januari 25, 2014

Cita-cita bakal pengantin


Assalamualaikum..


Cita-cita bakal pengantin.
Jadi isteri yang baik,
penyejuk mata & hati suami
Taatkan Allah swt
Taatkan suami
Ibu bapa & keluarga tetap utama
Kejar syurga Allah, jadi ketua bidadari untuk suami di syurga

Tulisnya..mudah. Ringkas.
Pengisiannya perlu ada.
Ilmu amal kena tambah
Hati kena clear
Usaha kena berterusan.
Doa jangan putus.
Keep reminding.
Insyaallah..

Nota takde kaki:
Jumaat 29 Rabiul Awal 1435H yang ditunggu.

Selasa, Disember 17, 2013

Rumah Manis Rumah



Menghitung hari jadi isteri, perasaan berdebar tu takde lagi. 
Yang ada, excited nak pindah rumah baru. 
Langsung tak fikir pasal majlis akad nikah, kenduri apetah lagi.
Ingat dalam doa je, mohon kelancaran semua urusan...insyaAllah.
Dalam otak, semua berkisar tentang bakal rumah kami.


"Nanti kita kena solat hajat, baca yasin tiap2 malam"
"Nanti saya nak buat bilik tengah jadi bilik solat"
"Better kita solat merata, bagi rumah ni hidup"
"Kita takyah beli meja makan ye, kita makan kat bawah je"
"Kita takyah beli perabot sangat la...nanti susah nak pindah rumah"
blablabla..


Fikir penyapu, mop. Bersihkan rumah.
Fikir bila nak pindah barang sedikit demi sedikit
Berangan nak beli perabot ape, 
berangan nak hias macam mana. 
Tapi utamakan yang penting dulu. 
Ikut prioriti. 
Ikut bajet.
Baru nikah, baru nak mula hidup bersama.
Mula hidup dengan sederhana.


Masuk rumah baru, dah tersedia sempurna lengkap serba serbi.
Isteri masuk dengan senang hati, sebab suami dah sediakan semua.
'Cuci kaki' je masuk rumah baru? Aku tak!
Ye, rezeki masing2.
Ada yang bangga bercerita dia 'cuci kaki' je bila kahwin.
Suami dah sedia semua. Dengan usaha sendiri & ihsan ibu bapa.
Bersyukur dengan jodoh ketentuan Allah swt
Kalau Allah swt takdirkan kita dan bakal suami kena bersusah payah sama2 diawal perkahwinan, 
kena lah redha.
pastu usaha sama2.
Pelan2 kayuh. 
Rezeki Allah swt kan luas...bersangka baik dengan Allah swt.
Jangan bandingkan dengan orang lain ye :)
Ah, benda baik boleh fikir sendiri
Asal ada rumah tempat berlindung suami isteri,
dah bersyukur sangat.
Ada je newly weds yang terpaksa amalkan PJJ
aku tak sanggup...heee.


Dalam otak, dah bayangkan..
Hujung minggu ajak adik beradik datang lepak kat rumah kami
Terubat rindu dekat anak2 buah
Takpun ajak kawan2 terdekat datang makan
masak simple, jamu orang makan...wah!
tak reti masak tu belakang cerita...mihmih
Biar rumah tak lengkap dengan perabot, sebab memang dah plan camtu
Asal bila tetamu datang, sekurangnya berhidang jugak air =P


Ok, sori excited lain macam
bukan excited nak kahwin
tapi excited nak pindah rumah
dengan cita2 baiti jannati....
Tak lama je lagi..insyaAllah.




Rabu, Oktober 30, 2013

Diari vs Blog


Assalamualaikum

Serius rindu nak menaip. Sejak kerja, memang jarang update blog. Niat hati, kalau nak update blog...menulis something yang bermanfaat, kongsi pengalaman yang boleh dijadikan pengajaran untuk orang lain. Tinggalkan entri yang kalau orang baca, aku dapat pahala sebab tulis/kongsi yang elok2. Niat baik dah ada, buat je belum kan?

Tapi sebab rindu, dan malas kerah idea tulis entri bermanfaat...maka entri santai sudah la. Rindu nak tulis2. Sebab hobi zaman remaja dan zaman uni adelah semua benda nak catat dalam diari, dalam pape buku nota. Nak tulis pasal crush senyum, crush sms, crush ajak dating, crush main2 kan hati kita. Sempitnya dunia remaja dulu. Tapi takdelah semua topik diari - crush - semata. 

Itu dulu. Zaman tulis diari. Sekarang, tulis blog.

Blog bagi aku takleh nak lawan diari. Diari macam kawan baik especially untuk orang yang susah nak percaya & cerita semua benda kat orang lain. Aku rindu tulis diari. Tiap hari ada je benda nak tulis kat diari.

Blog takde privasi kan? So, fikir & tapis dulu pape nak tulis kat blog adik2 ye. Tak semua perlu dikongsi =)

Diari sebenarnya penyelamat jugak. Sekurang-kurangnya kalau aku nak menggedik, gedik dalam diari je. Kalau nak marah sebab orang buli kita, kita marah dia balik & maki dia tulis dalam diari je. Kita ada rahsia, kita cerita kat diari je. Kalau nak jiwang, jiwang sorang2 kat dalam diari...ehem. 

Diari aku dari form 1 sampai zaman uni sem 5 still elok lagi aku simpan. 9 tahun je ok tulis diari secara aktif. Bila crush dah bertukar jadi calon suami, dah malas nak cerita kat diari lagi dah...ehehe. 

So sekarang kalau rasa bosan & nakkan hiburan free, aku baca balik diari lama tu pastu kutuk, gelakkan diri sendiri. Yang best pasal diari, kita boleh nilai sendiri cara kita berfikir/bertindak sebelum ni. Boleh ingat balik segala macam manis pahit yang jadik kat kita dulu2. 

Banyak2 diari @ buku catatan luahan perasaan aku, satu je yang dah tinggal kenangan. Sebab aku dah koyak & bakar buku tu. 

Buku catatan tu banyak aku kutuk tunang aku. Zaman tu still tengah main tarik tali lagi, so banyak jadik benda2 yang buat aku menyampah, geram, marah, benci...semua lah! Sampai satu tahap, aku nak lupakan dia, tanam perasaan benci kat dia, koyak & bakar buku tu baru lega. Konon boleh lupakan dia secara aman, tapi....Allah nak bagi petunjuk. Lagi aku nak jauhkan diri, lagi kitorang makin dekat.

Yang bestnya ada diari, sekarang aku boleh cerita balik kat tunang ape jadik kat kitorang masa sem 1 sampailah sem 5. Memori tak berapa nak ingat, tapi sebab rujuk diari...terus ingat balik. Dah nikah nanti, boleh la tunjuk kat suami pastu sure kena perli sebab banyak tulis pasal dia masa zaman uni. Kuikui..

Kan untung ada diari tu.

Cerita hal diari, teringat blog pun ada la jugak kenangan yang boleh aku rujuk balik esok lusa.  Teringin nak buat satu blog khas pasal hal2 tunang/kahwin diri sendiri. Sebabnya even sekarang pun aku dah lupa sikit flow macam mana aku boleh tetiba bertunang, tetiba dah kena buat preparation kahwin. Rasa macam tak syok bila lupa something yang jadi antara kenangan manis dalam hidup. Lagi banyak ingat, lagi banyak boleh cerita balik dengan suami & anak2 nanti...kan sweet tu hahaha. Dah tua2 sikit boleh baca balik, boleh imbas balik persediaan nak ke fasa bertunang/berkahwin. Feeling muda balik kan? Woha!

Dalam otak sekarang, nak catat pape hal berkaitan tunang/kahwin kat blog thePengantin yang aku baru je create last 2 weeks. Tengoklah atas kerajinan heeeeee. Oh ye, blog thePengantin tu idea spontan masa aku tengah design kad kahwin. Takde ape pun lagi. Tahun depan baru meriah kot blog tu.

Nak masuk 2014 dah, start balik tulis diari pun ok gak kan. Boleh la tulis...hari ni masakkan megi tomyam untuk husband...kekeke. Esok lak tulis, husband bawak pegi Cameron Highland, sejuk! XD
Mengarut tak sudah.


Nota takde kaki:
3 blog. 2 public, 1 private. Paling istimewa blog yang diprivate. Dia je boleh baca. Jangan share semua kat blog. Hilang manisnya. Tapi aku masih rindu diari.