»
Memaparkan catatan dengan label blogging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blogging. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 30, 2013

Diari vs Blog


Assalamualaikum

Serius rindu nak menaip. Sejak kerja, memang jarang update blog. Niat hati, kalau nak update blog...menulis something yang bermanfaat, kongsi pengalaman yang boleh dijadikan pengajaran untuk orang lain. Tinggalkan entri yang kalau orang baca, aku dapat pahala sebab tulis/kongsi yang elok2. Niat baik dah ada, buat je belum kan?

Tapi sebab rindu, dan malas kerah idea tulis entri bermanfaat...maka entri santai sudah la. Rindu nak tulis2. Sebab hobi zaman remaja dan zaman uni adelah semua benda nak catat dalam diari, dalam pape buku nota. Nak tulis pasal crush senyum, crush sms, crush ajak dating, crush main2 kan hati kita. Sempitnya dunia remaja dulu. Tapi takdelah semua topik diari - crush - semata. 

Itu dulu. Zaman tulis diari. Sekarang, tulis blog.

Blog bagi aku takleh nak lawan diari. Diari macam kawan baik especially untuk orang yang susah nak percaya & cerita semua benda kat orang lain. Aku rindu tulis diari. Tiap hari ada je benda nak tulis kat diari.

Blog takde privasi kan? So, fikir & tapis dulu pape nak tulis kat blog adik2 ye. Tak semua perlu dikongsi =)

Diari sebenarnya penyelamat jugak. Sekurang-kurangnya kalau aku nak menggedik, gedik dalam diari je. Kalau nak marah sebab orang buli kita, kita marah dia balik & maki dia tulis dalam diari je. Kita ada rahsia, kita cerita kat diari je. Kalau nak jiwang, jiwang sorang2 kat dalam diari...ehem. 

Diari aku dari form 1 sampai zaman uni sem 5 still elok lagi aku simpan. 9 tahun je ok tulis diari secara aktif. Bila crush dah bertukar jadi calon suami, dah malas nak cerita kat diari lagi dah...ehehe. 

So sekarang kalau rasa bosan & nakkan hiburan free, aku baca balik diari lama tu pastu kutuk, gelakkan diri sendiri. Yang best pasal diari, kita boleh nilai sendiri cara kita berfikir/bertindak sebelum ni. Boleh ingat balik segala macam manis pahit yang jadik kat kita dulu2. 

Banyak2 diari @ buku catatan luahan perasaan aku, satu je yang dah tinggal kenangan. Sebab aku dah koyak & bakar buku tu. 

Buku catatan tu banyak aku kutuk tunang aku. Zaman tu still tengah main tarik tali lagi, so banyak jadik benda2 yang buat aku menyampah, geram, marah, benci...semua lah! Sampai satu tahap, aku nak lupakan dia, tanam perasaan benci kat dia, koyak & bakar buku tu baru lega. Konon boleh lupakan dia secara aman, tapi....Allah nak bagi petunjuk. Lagi aku nak jauhkan diri, lagi kitorang makin dekat.

Yang bestnya ada diari, sekarang aku boleh cerita balik kat tunang ape jadik kat kitorang masa sem 1 sampailah sem 5. Memori tak berapa nak ingat, tapi sebab rujuk diari...terus ingat balik. Dah nikah nanti, boleh la tunjuk kat suami pastu sure kena perli sebab banyak tulis pasal dia masa zaman uni. Kuikui..

Kan untung ada diari tu.

Cerita hal diari, teringat blog pun ada la jugak kenangan yang boleh aku rujuk balik esok lusa.  Teringin nak buat satu blog khas pasal hal2 tunang/kahwin diri sendiri. Sebabnya even sekarang pun aku dah lupa sikit flow macam mana aku boleh tetiba bertunang, tetiba dah kena buat preparation kahwin. Rasa macam tak syok bila lupa something yang jadi antara kenangan manis dalam hidup. Lagi banyak ingat, lagi banyak boleh cerita balik dengan suami & anak2 nanti...kan sweet tu hahaha. Dah tua2 sikit boleh baca balik, boleh imbas balik persediaan nak ke fasa bertunang/berkahwin. Feeling muda balik kan? Woha!

Dalam otak sekarang, nak catat pape hal berkaitan tunang/kahwin kat blog thePengantin yang aku baru je create last 2 weeks. Tengoklah atas kerajinan heeeeee. Oh ye, blog thePengantin tu idea spontan masa aku tengah design kad kahwin. Takde ape pun lagi. Tahun depan baru meriah kot blog tu.

Nak masuk 2014 dah, start balik tulis diari pun ok gak kan. Boleh la tulis...hari ni masakkan megi tomyam untuk husband...kekeke. Esok lak tulis, husband bawak pegi Cameron Highland, sejuk! XD
Mengarut tak sudah.


Nota takde kaki:
3 blog. 2 public, 1 private. Paling istimewa blog yang diprivate. Dia je boleh baca. Jangan share semua kat blog. Hilang manisnya. Tapi aku masih rindu diari.

Ahad, Ogos 21, 2011

Belog makin hambar + 10 terakhir


Salam Ramadhan semua...


Huisy...dah lama tak update belog. Rindu nak menaip, menconteng, men-doodle, berblogwalking..pendek taip "I miss my belog!".


Rasanya sejak mula training April lepas, hanya sempat update selang seminggu. Itupun kalau rajin, atau sempat. Selebihnya, apa saja yang rasa ingin dikongsi @ diconteng di belog terbiar menjadi satu idea yang basi begitu saja. Dan sekarang, sejak mula OJT (on-job-training), makin letih untuk memikirkan tentang belog yang makin sunyi + hambar ni.

Bukan ada yang kisah pun.

Memang belog ni bukan belog feveret bagi sesiapa pun. Tak berupdate bukan ada siapa yang kisah. Tapi tuan punya belog kisah. Sebab sini rasanya tempat berkongsi apa je yang ingin ditaip. Keadaan dah berubah, belog pun makin terabai. Kesian belog DK kan? Ala...bukan ada yang rindukan belog DK pun. Kan2?

***************




Apa to-do list kamu2 semua setiap malam/pagi sepanjang 10 hari terakhir Ramadhan ni? Alhamdulillah...saya makin suka perubahan dia yang membawa perubahan baik untuk kami berdua sepanjang Ramadhan ini. Moga momentum Ramadhan kali ini diteruskan Ramadhan akan datang.

Okbai.


Nota takde kaki:
Rasa kerja tak dihargai bilamana politik tempat kerja berlaku. Ditambah lagi persaingan 4 orang GT dalam team yang sama. Nasib la aini~


Sabtu, April 02, 2011

Menang contest 'Gambar kegemaran saya'!!



Terkejut + teruja sebenarnya, ni kali pertama join contest kat belog, dan.......saya menang!!!


Terima kasih kepada akak tuan punya belog INTANIZANI sebab sudi memilih gambar yang memang menyimpan banyak kenangan dalam hidup saya dan 'kisah 9 labah2 comel' ini sebagai pemenang. Skemanya ayat -_-"


Nak tahu gambar mana? Tak nak tengok pun nak tunjuk jugak. Ni haa...gambar ini.




Awak tahu tak saya boleh tersenyum kemudian menangis tengok gambar2 diorang? Sebab saya rindukan kenangan bersama mereka.
Saya tak tahu mereka rasa macam apa yang saya rasa atau tidak,
tapi saya tak kisah semua tu.
.


Ok2...tak mahu beremosi lebih, kalau nak baca kisah 9 labah2 comel main panjat2, klik sini.

Dan kalau nak jenguk belog tuan punya contest, ni dia --> INTANIZANI.



Nota takde kaki: Masin mulut si labah-labah berbaju oren! ^__^

Jumaat, April 01, 2011

100 & 200 = perempuan!


Ape pulak 100 & 200 = perempuan?
Langsung takde kaitan dengan matematik ok. Ni haa...tengoklah sendiri.






25 mac 2011, cikya jadi follower ke100. Perempuan.
dan 31 mac 2011, emyra menggenapkan ke angka 200. Pun perempuan!


Ok, saya tahu tak ramai lelaki singgah+follow belog ni sebab saya tak tempek muka comel kat header besar gedabak + kat sidebar. Jarang2 sekali dalam entri boleh la. Malulah :p


Ape pun, terima kasih kepada semua yang sudi singgah, follow & baca entri2 di belog ni. Patutnya makin banyak entri2 yg bermanfaat, barulah berbaloi ada blog, malangnya...asyik update entri yang merapu je. -_-"


Nak terjah belog mereka?

Ok, update ringkas. Terpaksa menyibukkan diri dalam 2,3 hari ni. Doakan saya cepat dapat kerja bagus boleh? ^__^



Nota takde kaki: Menulis biar bawa kebaikan kepada yang membaca, itu sepatutnya kan?