»

Sabtu, Oktober 08, 2011

Cerita banyak versi


Cerita manusia banyak versi.
Aku faham ada manusia yang tidak suka heboh dan bercerita. Tidak suka cari perhatian murahan.

Aku respek manusia jenis ini. Diam-diam berisi.
Tak perlu menjadi seperti ayam, bertelur sebiji riuh sekampung.

Tapi sedikit pelik.
Tidak suka ceritakan hal sebenar, perlukah reka cerita pelbagai versi? Pada aku diceritakan menghala ke kiri. Pada mereka diceritakan menuju ke kanan. Dalam diam, rupanya berpatah ke belakang.

Kalaupun tak mahu kecoh, sekurang-kurangnya jangan menipu. Dan kalau mahu menipu, jangan banyak versi.

Dan bila sudah kantoi, hilang respek aku.



Nota takde kaki: Kalau tak nak kecoh, kenapa update status/gambar dekat FB? Oh, FB kan tempat raih perhatian + tempat "tayangan" segala-galanya. Kan dah kantoi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan