Tarikh penting dalam karier *ecece...karier la sangat* sepanjang setahun jagung bekerja.
Bukan naik pangkat. Jauh sekali dapat bonus.
Kerana saya masih lagi seorang staff biasa yang tak punya apa-apa.
Tapi salah satu kebanggaan dalam diri saya sendiri.
Puan Manager, terima kasih kerana terima saya untuk masuk team ini semata-mata kerana projek ini. Terima kasih kerana beri saya peluang untuk projek penting ini!
Terima kasih atas segalanya, pahit manis sepanjang terlibat projek yang sangat-sangat mencabar ini...dan akhirnya, syukur yang amat bila tinggal beberapa hari lagi sebelum go live!
Lucu. Bila air mata mengalir perlahan masa baca sign off email dari biz user. Sungguh saya rasa seksaan saya bakal berakhir. Sekurang-kurangnya untuk projek ni sebelum cabaran projek baru datang :p
Dimarah. Dikejar. Mengejar. Super duper stress. Tiada hujung minggu. Pujian. Dugaan dan cabaran itu sedikit sebanyak membantu saya kendalikan projek ini seorang diri di saat genting tanpa bantuan teammate & team lead...jauh sekali manager. Pengalaman tu kalau dikenang, sakit sangat. Pernah rasa putus asa yang amat sehingga nekad pergi interview & cari kerja baru. Tapi akhirnya saya sedar, saya sayangkan tempat kerja sekarang. Saya tak boleh lari dari projek ini. Strive till the end!
Tugas berat terakhir sebelum & selepas go live!
Hai S, awak tahu tak sebab awak ramai yang terseksa? Dan bila awak dah nak lahir, saat2 ini pun masih ramai bertungkus lumus pastikan persiapan kelahiran awak berjalan lancar. Semua orang dah tak sabar tunggu awak lahir. Saya pun! Awak sangat suka main2 dulu, sekejap kata dah nak keluar, tapi berbulan-bulan awak diam dalam perut. Dan sekarang, saya pun terpaksa bersedia dalam bilik bedah sehingga lahirnya awak 4 hari lagi. Tapi jangan risau S, lahirnya awak insyaallah untuk memudahkan & melancarkan urusan semua orang. :)
wah.........
BalasPadam