»
Memaparkan catatan dengan label Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Raya. Papar semua catatan

Selasa, September 07, 2010

Selamat hari raya

lokasi: restoran makanan segera
Masa : 2 hari sebelum Ramadhan

R: kita nak order ape nie?
A: tadi kata nak order dinner plate.
R: rasa nak makan beger la. nak order ape lagi ye?
A: nak hot&spicy shrimp *buat muka comel..kuikui*
R: tak boleh!
A: alaa...nape tak boleh? *gedik mau lagi tanya kan?*
R: sebab tak boleh la. kite nak order ape nie?
A: order beger, dinner plate jela.
R: nak cheesy wedges tak?
A: nak2!! *muka comel lagi*
R: banyaknya nak makan. macam orang puasa pulak nak makan banyak2.
A: yela,dari pagi sampai petang tak makan pape lagi. lapaaaar...


Tengok....bila perut lapar mesti nafsu makan pun besar kan? Nak2 lagi bila puasa. Rambang mata kalau pergi bazar. Tapi kalau orang yang tahan godaan makanan kat bazar macam saya nie...hehe, insyaallah beli ala kadar jela kan masa kat kolej tu. Tapi masa kat kfc tu punyelah tak hingat order itu ini sampai tak habes...isy3, sila jangan ikut amalan itu.

Ape pun, itu cerita sebelum puasa.

Lagi beberapa hari, dah nak cukup sebulan orang Islam berpuasa. Dah nak raya kan? Moga2 kita akan dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang seterusnya insyaallah.




Selamat hari raya semua =)
Maaf zahir batin.



Nota kaki tak berkaki:
Raya nie ada sesuatu yang berubah dari raya tahun lepas =)

Ahad, Ogos 22, 2010

Popia o mini popia

Hali laya suda mali...lai lai (puasa lum tentu cukup sebulan suda ingat raya ke?). Nak merepek pasal ape ye? Ok2...dah tahu!

Di pagi ahad yang santai, terjadilah dialog antara seorang aku dan seorang kakak.

Aku : Raya nie sero macam nak make popia la.
KL : Popia yang kecik2 tu ko?
Aku : Yela. Yang kita dok buat sokmo raya2 sebelum nie.
KL : Tula. Kak pun dah lamo tak make.
Aku : Last year kak ayu tak buat. Dak2 tu rajin tolong buat biskut je, popia diorang malas.
KL : Raya nie buat jela. Kita suruh umi beli siap2 kulit popia, serunding ikan..balik buat jela.
Aku : (Kak, sape nak tolong? Kak confirm tak larat mau tolong)
KL : Kalu buat, ayah pun suka jugak makan. *ayah=datuk kami*
Aku : Tengok jela lagu mana. Rajin ke dop nak buat.


[Faham kot bahasa kelate di atas? Bahasa kelate moden dah tu kot. Kalo tak faham..kena cuba fahamkan jugak]


************
Kenapa la susah2 sangat nak buat popia kecik/mini popia nie kan. Kalau buat popia besar inti sengkuang lobak tu ke lain la sikit sebab popia tu besau. Buat popia kecik kemain lama duk melipat, menggulung, membubuh inti, mau goreng2 lagi. Sampai lenguh pinggang leher tangan semua. Tapi bila makan 'krup-krap-kup-krap' sambil layan rancangan raya Faizal Tahir kat tv3..hak3, tengok2 sudah habis satu balang. Buat berjam, tapi bila time makan, makan sampai tak ingat tengok2 dah licin! Oh tidaak!

Tapi disebabkan kalau beli kedai, inti seciput je pastu jual satu peket ade berapa la sangat. Kami sekeluarga nie dahla ramai ahli, suka pule makan popia kecik nie sambil bersantai. Macam cukup pulak kalau beli sepeket je. Habes, mau beli popia kecik tu satu kedai? Buat jela aini oii. Dah ngidam sangat nak makan raya nie..haha.


Taraa...sambil tulis entry sambil buat, last2 siap sepinggan. Tipu2!! Haha..
Jemput makan ye buke pose nie...^_^




Popia kecik idaman hati,
Untuk dimakan di petang raya
Puasa dan aidilfitri setahun sekali,
Saja wish awal2, Selamat Hari Raya!!

Nota tak berkaki: pandai gak aku buat pantun 4 rangkap ekspres nie. Sile tepuk tangan!! Haha..