»
Memaparkan catatan dengan label konvokesyen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label konvokesyen. Papar semua catatan

Isnin, Mei 30, 2011

Pre-grad 2: Edisi tertinggal keretapi



Memang tertinggal keretapi! Konvo dah lepas lama dah, apesal baru nak upload gambar pre-grad? Jawapannya sebab aku sedih tengok arkib belog tuk Mei ni, dah nak masuk bulan Jun, sempat tulis 4 entri je? Macam sibuk sangat je? Mungkin kepenatan seharian training, kadang2 sampai terpaksa curi cuti hujung minggu...buat mood nak update belog hilang.


Dah malas nk cakap pape lagi dah, cukupkan syarat tuk buat sambungan pre-grad 2. upload jela...senang cerita. -_-''





Sopan la kunun. Eh, memang sopan pun :p



Budak perempuan tu memang pemalu orangnya.


Dah..malas lagi dah nak upload gambar2 pre-grad yang dah basi. Lagi la gambar masa konvo, langsung memang takde keinginan pun nak tengok balik. Sape suruh rosakkan hari konvo sendiri. Hmmm..ok, bai!


Nota takde kaki: 3 gambar sudaaa...mood malas!

Khamis, Mei 19, 2011

Pre-grad 1: Gatal nk upload walau dah lepas

Sejujurnya...hati merasakan manisnya hari konvokesyen bukan pada hari bersejarah sendiri. Manis itu lebih dirasakan waktu sama-sama meraikan kawan-kawan yang terlebih dahulu bergraduasi akhir tahun lepas.

Nampaknya perlu sambung master tuk grad & rasakan hari konvo sekali lagi? =)




Graduan skema



Tidak lagi skema



^^,



Merasa jugak gambar kat sini..ehe



Style lah amal!



Sesi menjatuhkan buah kelapa dengan cara baling topi konvo sampai buah kelapa jatuh..haha
(buah kelapa hade ke?)


Ok..cukuplah 6 gambar tuk pre-grad photoshoot. Mungkin kalau rajin lain kali upload lagi. Tapi perlu ke?


Nota takde kaki:
Seciput cuma entri bulan mei. upload gambar banyak2 kononnya update entri baru boleh? ^^,

Isnin, April 18, 2011

Sebulan lagi menuju ke hari bahagia!


Lagu untuk bangkitkan mood menuju hari bahagia ^^,


Kompang dipalu...pengantin baru
Duduk bersanding tersipu malu
Kompang dipalu pengantin malu
Moga bahagia ke anak cucu


Eh...salah lagu daa. Sebulan lagi bakal menuju ke tarikh istimewa itu, betul tak tipu. Tapi jangan salah faham dengan lagu tu...takde kaitan langsung! Malangnya belum tiba masa nak naik pelamin...haha :p


Ok lah, tajuk entri gebang lebih. 18 Mei 2011..


*klik untuk kejelasan maksima*


Ok, tarikh tu sebenarnya tarikh Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-74 bagi sidang ke 8.



Konvo| T__T vs ^__^


T__T
  • 18 mei 2011 tu hari rabu. Serius mula2 tengok tarikh, "kenapakah begitu cun sekali tarikh konvo kami. Isnin ambik jubah dan rabu konvo, kena mintak pelepasan untuk 2 hari pulak.
  • Ayah tak dapat datang
  • Kawan2 yang dah konvo akhir tahun lepas tak dapat datang...mestilah sebab diorang dengan komitmen kerja masing2
  • Ketidakadilan berlaku. Konvo mereka kami berlapan berkumpul, konvo kami hanya kami berempat..oh, semua ni gara2 tarikh 'cun' tapi apa boleh buat kan? Redha sudah.


berguna jugak memorable status fb ni kan?



^__^

  • Kitorang rasmi dewan konvo baru! Dewan Agong Tuanku Canselor, kali pertama digunakan untuk Istiadat Konvokesyen menggantikan Dewan Seri Budiman. Tercapai jugak impian.
  • Emak datang, kak long + angah konvo emak tak dapat datang. Tapi turn konvo saya, emak ada..oyeah.
  • Dapat konvo sama2 dengan budak bujang! \(^__^)/



Satu-satunya gambar kitorang berlapan semasa mereka berempat konvo.Turn kami, takkan ada gambar sebegini lagi.




Nota takde kaki: Entri kali ni dahla merapu, selekeh pulak tu penulisan -_-"