»
Memaparkan catatan dengan label lelaki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lelaki. Papar semua catatan

Ahad, Januari 01, 2012

6 kelebihan kita & bakal pasangan hidup takde kenderaan sendiri

1) Tak perlu nak jumpa bakal pasangan hidup kita selalu

Dah nama pun BAKAL, jadi tak perlulah selalu berjumpa nanti lain ceritanya kalau asyik berjumpa je.Alasan rindu tu boleh tolak ke tepi sekejap kot, kalau dah kahwin Nah kau! Hari-hari boleh jumpa tahu?

2) Tak wujud istilah "Tak manis orang pandang kau duk selalu sangat usung perempuan tu ke sana sini tak kira tempat tak kira masa tanpa ada ikatan sah".

Korang paham da kot pasal ni kan, biasalah tu..ada transport senang nak usung awek ataupun awek tu sendiri rela diusung ke mana-mana saja. Malam lepas balik kerja "Jom keluar lepak dengan kawan lelaki i", takpun "U, weekend ni jom kita jalan2 makan angin tepi longkang" erk. Haha, gurau je. Tak boleh berpisah la konon kan :p


3) Jimat duitt!

Bila dah takde kenderaan sendiri, maka jarang la keluar jumpa bakal pasangan hidup kan? Bila jarang keluar banyak duit kita boleh jimat. Cuba fikir, sekali keluar jumpa si dia sah-sah la pakai duit untuk minyak, parking, makan, tengok wayang, shopping etc.

Jadi bila dah kedua-dua takde transport sendiri, kebarangkalian nak keluar selalu tu kurang la kan sebab malas nak guna public transport. Banyak dah bole jimat disitu. Lagi-lagi kalau masing-masing tengah belajar, tak ke jimat duit PTPTN @ biasiswa @ duit mak ayah bagi tu. Kan2?


4) Keselamatan lagi terjamin

Heh...boleh jadi point ey? Banyak kemalangan/benda-benda tak elok berlaku di luar rumah. Sekarang macam-macam boleh jadi kan? Jadi ada baiknya kalau takde kerja penting sangat baik kita habiskan masa berkualiti kat rumah je. Mak ayah pun tak risau fikir keselamatan anak yang suka gitu keluar dengan boyfriend.


5) Susah senang bersama

Ehe...takde transport mesti korang akan tak kisah naik public transport semata-mata nak berjumpa dengan si dia kan? Nak-nak lagi kalau gunakan public transport bersama-sama, tak ke jadi kenangan manis korang bila dah kahwin nanti? "U, u ingat lagi 5 tahun lepas kita lari sama2 kejar bas, masa tu hujan lebat, last-last bas tu tinggalkan kita? Jom kita naik bas, i dah bosan naik kereta, i nak imbau kenangan naik bas dengan u masa kita cintan-cintun dulu". Tak ke sweet tuh? :p


6) Paling penting, boleh mendidik kedua-duanya berusaha menjauhi maksiat

Yang ni boleh dikaitkan dengan Point #1 & #2 sebenarnya. Macam aku bagi contoh sebelum ni, kalau dah ada kenderaan sendiri, mesti tak kisah siang atau malam, kalau rasa nak jumpa...senang je nak jumpa kan sebab tak payah risaukan public transport semua. Dari kau duk usung dari pagi ke malam dah buat macam bini sendiri, baik nikah je terus. Ok, kasar sikit guna 'aku-kau'.




Naik je basikal, lagi romantik gitu. Plus mesra alam ^^,


Ni je yang aku terfikir buat masa sekarang. Aku fokuskan entri ni untuk orang yang belum berkahwin je lagi, sebab kalau dah kahwin susah pulak kan kalau takde kenderaan sendiri...


Sebenarnya bagi aku la, perempuan lagi suka kalau bakal pasangan dia dah ada kenderaan sendiri sebelum berkahwin, dalam erti kata lain ada kereta. Kononnya macam senang nak jumpa, senang nak di ajak temankan pergi mana berdua tak kira masa atau tempat, tak payah susah payah guna public transport dan macam2 lagi la. Lagi-lagi kalau nasib laki tu couple dengan perempuan kononnya HOT gitu "I tak main la naik bas camni, leceh la, panas la..jatuh standard i taw!" *sambil buat mulut herot*


Aku pun kadang fikir macam tu. Aku jenis tak kisah hal guna public transport sebab tu aku guna hari2, tapi kadang2 terfikir bila aku nak ada peluang bersenang-senang nak keluar dengan ehem2 naik kereta tak payah fikir keselamatan diri keluar sorang2 susah payah naik public transport semata-mata nak keluar jumpa dia. Tapi bila muhasabah balik dan fikir positif, ada hikmahnya si dia belum ada kenderaan sendiri lagi2 kereta buat masa sekarang. Dan hikmahnya cukup besar dan bermakna bagi aku! =)


Nota takde kaki: Selesa begini untuk ketika ini. Susah bersama, senang bersama bila sampai masanya.

Jumaat, April 22, 2011

Coretan untuk bakal isteri ku


*entri copy-paste kedua*


Untuk bakal isteriku..


Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan “Kau tercipta untukku.”


Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.


Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan ‘sempurna’ di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.


Kita tahu pergaulan antara lelaki & wanita bukan muhrim ada batasannya, tapi kita pandang enteng pada batasan itu. Bukan setakat pergaulan, percakapan kita pun ada batasan. Khuatir terlalu mesra lalu menimbulkan perasaan di hati, ingat, syaitan selalu mengambil peluang bila libatkan soal hati. Atau mungkin juga kerana percakapan yang tiada batasnya menyebabkan kita mendedahkan sesuatu yang sepatutnya menjadi rahsia.Mungkin juga pada zaman sekarang, cara kita menulis pun ada batasannya. Lihatlah berapa banyak rumahtangga runtuh, hanya dimulakan dari komen-mengomen yang 'mesra di laman sosial' cuma. Semua tu ada impak yang besar, kerana bermula dari tulis, baca dan pergaulan....hati pun boleh berubah perlahan tanpa kita sedar. Kalaupun ada yang menasihati, mungkin kita tidak mengakui bahawa cara kita bergaul, bertutur dan menulis/menaip/komen boleh merubah hati dan meruntuhkan kebahagiaan yang kita idam.


Aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana harta dan perwatakanku.


Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita.”


Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya.


Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga.


Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau.


Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari dirimu. “Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.”


Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu.


Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.


Bukan harta, rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.


“Kawinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama."


Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita.


Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita,Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin.


Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.


wahai saudari seakidahku, carilah lelaki yang mampu menjadi imam untukmu, yang menitis air mata melihat kesakitanmu ketika melahirkan zuriatnya, dan lelaki yang membangunkanmu untuk bangun beribadat bersama-sama pada 2/3 malam….


Sumber: akuIslam.com


Nota takde kaki: Awak, saya tak tahu awak mampu seperti tu atau tidak nanti. Tapi saya yakin, sekurang-kurangnya awak mampu menjadi imam untuk saya.