»

Isnin, November 08, 2010

Tolong ingatkan aku


"Saya dah mati untuk kamu!" T_T
Terasa semacam ada peluru kejam yang terbang meluru laju lalu terkena tepat ke jantung. Mengapa begitu sekali? Mengapa kata-kata berbisa itu yang terlahir? Masih ada harapan lagikah untuk diselamatkan? Dalam sakit hati mula menangis. Dalam tabah air jernih tidak tertahan lagi. Sepi seketika, apa mampu aku lakukan?



Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi


"Biar aku rawat sendiri. Biar aku pujuk sendiri hati ini."
Biarkan saja kekusutan itu berlalu pergi. Biar saja kekecewaan itu berganti. Lupakan yang pahit dan keruh itu. Mengapa tidak diambil yang manis dan jernih sahaja? Hidup memerlukan bahagia, bukan menagih derita yang tidak berpenghujung.


Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa ditebus hari


"Ah, kamu fikirkan hati kamu. Apa kamu jaga hati ini? Mati aku amanlah kamu bukan?"
Usah ditambah kekusutan. Usah diluah kekecewaan ketika marah menguasai hati. Kelak kata-kata mu memakan diri. Kelak perbuatan mu merugikan diri. Marah itu api. Bila marah menguasai hati, rasional akal dan iman tercampak ke tepi. Apa kamu lupa sabar itu pegangan yang mulia?


Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa


Marah bukan lama. Dingin bukan berpanjangan. Sejuk hati itu yang dinanti. Dingin hati aku bersama kenangan bersama kamu. Jiwa ini adanya kamu. Hela nafas ada kamu. Kita mungkin terlupa kisah manis yang kita cipta bersama. Adanya kamu untuk mengingatkan aku tentang semua itu. Ketika aku menjadi bukan aku. Atau ketika kamu menjadi bukan kamu, aku pasti ingatkan kamu saat manis kita itu.


Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu


Moga rajuk tidak berpanjangan. Moga kekusutan tidak berlarutan. Moga ada seseorang yang akan mengingatkan aku, mengingatkan tentang kisah aku dan dia, ketika kekusutan melanda. Kerana kasihnya kita. Kerana sayangnya kita. Moga aku tersedar, seusai aku teringatkan yang manis antara aku dan kamu.


Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

*******
Kadangkala ada sesuatu kekusutan yang tidak dijangka berlaku antara kita dan orang-orang tersayang. Kekusutan dengan keluarga, sahabat ataupun yang istimewa. Nak contoh jugak ke? Alah, takkan tak pernah terkecil hati, terasa hati, kecewa, merajuk (dan yang sewaktu dengannya) dengan orang-orang terdekat dalam hidup kita? Tipulah kalau tak =p.

Marah, kecewa dan bersedih dengan sesuatu yang terjadi mungkin menyebabkan kita berjauh hati, menjauh diri mungkin. Kadangkala kita zahirkan melalui kata-kata yang tidak sepatutnya. Kadangkala kita zahirkan melalui perbuatan yang boleh memburukkan lagi keadaan. Nah...masa ni lah seseorang diperlukan untuk mengingatkan kita agar yang keruh menjadi jernih kembali. Sebab masa jadinya benda-benda kusut macam nie, otak tak boleh fikir secara rasional, iman pun ditolak tepi. Semua nak ikut hati, cakap main lepas je, main buat je suka-hati sampai satu keadaan makin teruk. Jadi, ingatkan kembali apa yang kita lupa masa kita tengah celaru tu.


Nota takde kaki: Ingatkan aku ketika aku lupa tentang masa-masa yang kita harung bersama, agar yang indah itu milik kita, dan agar hubungan kita kekal bersama. Ingatkan aku "Jangan ego untuk meminta maaf dan ikhlaskan hati untuk memaafkan". Lirik lagu nie best sangat lah~ Tolong ingatkan aku


Ingatan cuma...


Salam..

Sekadar mengingatkan, kadangkala manusia begitu sombong untuk melapangkan beberapa minit dari masa yang diberikan Allah swt untuk memohon doa kepadaNya. Kita sedar kita berada di penghujung hayat dunia, berdoalah moga terhindar dari fitnah dajal. Sayangkan iman kita, sayangkan agama kita, sayangkan akidah kita, sayangkan diri kita sendiri.


"Ya Allah, aku berlindung dengan Mu dari azab neraka jahanam, seksa kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-masih al-dajal"


*****

Ahad, November 07, 2010

Ini janji saya


Dengan penuh keazaman,

bermula dari tarikh ini,

7 November 2010,

bahawasanya saya,

saya yang bernama..

.

..

...


*tak perlu la letak sini kot*

.

..

sesungguhnya saya berjanji

.

..

...

....

.....

.......

............


tidak lagi akan menukar baju blog saya

Cukup untuk hari ini,

ia kekal sampai bila? saya tak tahu

Oh! Saya mahu setia dengan yang ni je..

Boleh??!



*****
Nota takde kaki:
Terima kasih banyak2. Tolong bagi idea nak buat header baru =)


Jumaat, November 05, 2010

Cinta 100% hanya untuk..?


rorou&miko

Come and lay here beside me
I'll tell you how I feel
There's a secret inside me
I'm ready to reveal
To have you close, embrace your heart
With my love
Over and over
These are things that I promise
My promise to you


For all of my life
You are the one,
I will love you faithfully forever
All of my life you are the one
I'll give to you my greatest love
For all of my life..


Let me lay down beside you
There's something you should know
I pray that you decide to
Open your heart and let me show
Enchanted worlds of fairy tales
A wonderland of love
These are things that I promise
My promise to you


All of my life
With all of my heart
These are things that I promise


For all of my life
You are the one,
I will love you faithfully forever
All of my life you are the one
I'll give to you my greatest love
For all of my life


*****
Nota tak berkaki:
Oh..sambil layan lagu best nie, sambil update blog. Jom2, layan lagu nie sama2 =)

Sekali kita benar-benar sayangkan seseorang, kita berjanji pada diri sendiri hanya dia di hati kita, di mata kita bukan hanya untuk semalam, bukan saja untuk hari ini, bahkan untuk selama-lamanya (doa-doakanlah sampai syurga). Dan ingatlah, berkasih sebelum nikah ada batasnya. Seusai halal perhubungan antara lelaki dan perempuan, 100% cinta, kasih, sayang, hati dan perasaan 'itu' hanyalah untuk pasangan kita. Tiada hati atau perasaan yang tertinggal untuk cerita yang lepas (jangan dikenang), atau disimpan untuk cerita yang akan datang (senang cakap jangan curang!). Kebahagiaan dalam berkasih sayang bermula dari dalam hati sendiri, ia perlu dicari dan dikekalkan bersama insan yang berhak dan sepatutnya. Cinta 100% hanya untuk siapa, kita sendiri tahu jawapannya. Renung-renungkan...