»
Memaparkan catatan dengan label aini menconteng. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aini menconteng. Papar semua catatan

Sabtu, April 16, 2011

Duet Jejaka Lidi & Gadis Lidi | episod 3


..belog dia kumiko: "Duet Jejaka Lidi & Gadis Lidi" episod akhir..


*Sila scroll down untuk episod 1 & 2*
--------------------------------------------------------------------------------------------------


"GL dapat rasa sesuatu?"
"Sesuatu. Ada dalam hati, terlalu terasa auranya". gadis lidi senyum.
"Sesuatu yang sukar dimengerti dan difahami oleh hati tapi dapat dirasa auranya. Betul kan?"


jejaka lidi dan gadis lidi masing2 tersenyum. kemudian serentak mereka bersuara "kita sambung duet jom!". kedua-duanya tergelak kecil, kemudian suasana sepi kembali.


"JL tahu sesuatu? Kita tak perlu hanya pandai berkata-kata manis & berjanji setia, sedangkan hati tiada keikhlasan & kesungguhan untuk buktikan apa yang kita luahkan. Kerana mulut, hati orang boleh kecewa kan?".


jejaka lidi mengangguk setuju.


"Anggap kata2 manis tu gula dalam hubungan, ia perlu sebagai pemanis namun tak perlu berlebihan. GL tahu sesuatu? Sesuatu yang sukar dimengerti dan difahami oleh hati tapi dapat dirasa auranya tu...kita perlu sama2 kenal & belajar tentang makna sebenarnya. Betul kan GL?".


"Ya, 'aura yang setiap manusia rasa' tu tak selamanya terus terasa kuat dan dekat di hati, ada masanya ia lemah dan pergi menjauh. Perlu sama2 belajar mengenali dan memahaminya sepanjang masa, perlu sama2 berusaha untuk kekalkan aura itu dalam hati masing2. Kan JL?".


jejaka lidi dan gadis lidi senyum.


jejaka lidi merenung gadis lidi yang sudahpun mengalihkan pandangannya pada sekuntum bunga.


"JL dapat rasakan aura itu. Sesuatu yang ada dalam hati itu hanya untuk JL".


si gadis lidi terkesima. namun di bibirnya, ada sekuntum senyum.












'Sesuatu' itu ada dalam hati, bila mula terasa auranya...belajarlah mengenali & memahami erti disebalik aura 'sesuatu' itu. Jagalah 'sesuatu' itu & pastikan ia kekal untuk orang yang sama bila terbinanya ikatan sah kelak.


kamu pernah rasakan aura 'sesuatu' itu? tapi yang pastinya...


ingatlah, cinta manusia mungkin akan membuat kita rasa kecewa
tetapi cinta Allah swt tidak pernah mengecewakan.
-tamat-



Nota takde kaki:
Dedikasi khas untuk seseorang yang mengilhamkan saya tulis 3 episod 'Duet JL & GL" ini. 3 buah lagu yang menyentuh hati kamu bila mendengarnya, saya terjemah dalam bentuk doodle. ;)

Eh, awak semua tahu kan lagu ni? memang bukan lagu duet kan? JL & GL sukasuki ubah jadi lagu duet, boleh kan? ^_^

Selasa, April 12, 2011

Duet Jejaka Lidi & Gadis Lidi | episod 2



---> sambungan dari episod 1


"dengar ye JL"
"cepatlah GL, ketidaksabaran melanda JL"
"lagu ni balasan pada lagu JL nyanyikan untuk GL tadi"
"aik, macam berbalas pantun pulak?". seloroh jejaka lidi.


gadis lidi berjalan perlahan meninggalkan jejaka lidi. kakinya perlahan menuju ke tempat jatuhnya pandangan matanya. gadis lidi melontarkan senyuman manis lalu..





jejaka lidi terdiam sejenak.
jejaka lidi memahami maksud tersirat gadis lidi disebalik nyanyian lagu tersebut.


suasana kembali sepi....seketika.


"JL faham..ayat cinta sesakti, sejiwang mana pun kalau tidak dibuktikan takde gunanya. Kan?"
gadis lidi melontarkan senyuman.

"cuba GL pejam mata, apa yang GL dapat rasakan sekarang?"
gadis lidi memejamkan matanya. sungguh terasa aura itu.






"GL dapat rasa sesuatu?"
"Sesuatu. Ada dalam hati, terlalu terasa auranya". gadis lidi senyum.
"Sesuatu yang sukar dimengerti dan difahami oleh hati tapi dapat dirasa auranya. Betul kan?".


jejaka lidi dan gadis lidi masing2 tersenyum. kemudian serentak mereka bersuara "kita sambung duet jom!".


























----> episod akhir duet JL & GL bersambung ^__^


Nota takde kaki: Harap boleh tunggu lagi tuk episod akhir. Kalau awak dan awak rajin, cuba teka lagu apa bakal JL dan GL duetkan. Ceh...nak sambung lagi tuh ;p


Sabtu, April 09, 2011

Duet Jejaka Lidi & Gadis Lidi | episod 1


suatu hari, setelah lima purnama tidak bersua...jejaka lidi mengambil keputusan untuk menemui si gadis lidi. namun begitu, apabila sudah berada di depan mata, si jejaka lidi dan si gadis lidi hanya membisu.

diam cuma. kekok barangkali.

tiba2, jejaka lidi mendapat satu idea. dia perlu memecahkan kesunyian dan kebuntuan pertemuan itu. lalu..


"GL, sudikah dikau berduet dengan JL?"
"Duet? Duet apakah duhai JL?"
"Ehem2...test suara..1 2 3. Dengar ye GL."







gadis lidi tersenyum. "kelakar sungguh JL ni", bisik gadis lidi.

"ok GL, sambung!"
"oh, perlu sambung ke?"
"perlu, duet kan GL..."

gadis lidi terdiam sejenak sambil otaknya ligat memikirkan sebuah lagu.


"dengar ye JL"












---> bersambung ^__^

Nota takde kaki: Tunggu episod 2 ye. Kalau bijak cuba teka lagu apa yg dinyanyikan JL tu. Nak teka lagu manakah bakal dinyanyikan si GL pun boleh. :p

Sabtu, April 02, 2011

E.B si arnab comel!


Salam...

Korang dah tengok filem HOP?

Dari hati saya yang tulus ikhlas...ecece, cerita tu best+kelakar+menghiburkan!
Dan paling penting, si E.B + ayam suka menari tu sangat comel!


Kalau korang pernah tengok filem Despicable Me, tak rugi tengok filem HOP ni pulak. Pasal sambutan 'easter' tu, abaikan jela dah memang kita takde kaitan dengan sambutan tu, tapi kalau sekadar hiburan, sangat enjoy tengok! Ayat macam ape ntah -_-".







Nota takde kaki:
Balik je rumah, terus rasa nak conteng makluk comel dalam filem Despicable Me..^__^

Isnin, Mac 28, 2011

Doodle si budak bujang pule!



Yang ni masyaallah...memang langsung takde seni. Masa nak siapkan ni lagi lama dari siapkan doodle gadis muslimah.




Hensem tak si budak bujang ni?
Nak kata cute pun boleh.
Nak kata buruk pun boleh jugak -_-"


Jangan tanya kenapa saya bagi nama doodle macam tu.
Saja nak pasangkan dengan doodle gadis muslimah tu. Boleh? Boleh kan? ^__^


Nota takde kaki: Lenguh tangan menconteng pun takpela. Janji ada orang suka! =)

Ahad, Mac 27, 2011

Doodle gadis muslimah pertama!


Ramai yang tengah gila buat doodle kan sekarang. Comel pulak tu doodle diorang. Saya pun dah lama tak conteng2 something kat paint (punyelah pemalas, guna paint je -_-").

Nah...malas nak cakap taip banyak.



Doodle gadis muslimah pertama.
Tak menahan nak letak nama sendiri kat tepi tuh -_-"


Warna purple mana boleh tinggal kan? :p


Ok2..tahulah kan doodle gadis muslimah pertama saya ni tak comel macam orang lain buat. Dahla guna paint je, kualiti pun ntah hape2 kan?


Tapi tak kisah la...sebab banyak sangat free time sekarang, sebab tu sempat nak main conteng2 semula. *Korang semua, tolonglah sama2 doakan saya cepat dapat kerja bagus + cepat dapat gaji guru ganti yang dah hampir sebulan tak dapat2 lagi ye. Terima kasih =)*


Dulu2...bila menconteng, saya suka lukis macam ni je.



Dulu saya+dia jadikan hasil contengan ni profile picture FB masing2 tahu!
(itupun nak cerita ke?? Menyampah!! Haha..)



Mana lagi comel? Mana lagi sweet?
Dua2 buruk? Ok...sedar diri -_-"



Nota takde kaki:
Kalau nak baca entri zaman lampau yang ada hasil contengan tak seberapa ni, kliklah

Sabtu, Mac 26, 2011

Bentuk hati




Hati kamu?


Nota takde kaki: Jom layan Dialah di hati - Siti Nurhaliza ^__^

Jumaat, November 05, 2010

Cinta 100% hanya untuk..?


rorou&miko

Come and lay here beside me
I'll tell you how I feel
There's a secret inside me
I'm ready to reveal
To have you close, embrace your heart
With my love
Over and over
These are things that I promise
My promise to you


For all of my life
You are the one,
I will love you faithfully forever
All of my life you are the one
I'll give to you my greatest love
For all of my life..


Let me lay down beside you
There's something you should know
I pray that you decide to
Open your heart and let me show
Enchanted worlds of fairy tales
A wonderland of love
These are things that I promise
My promise to you


All of my life
With all of my heart
These are things that I promise


For all of my life
You are the one,
I will love you faithfully forever
All of my life you are the one
I'll give to you my greatest love
For all of my life


*****
Nota tak berkaki:
Oh..sambil layan lagu best nie, sambil update blog. Jom2, layan lagu nie sama2 =)

Sekali kita benar-benar sayangkan seseorang, kita berjanji pada diri sendiri hanya dia di hati kita, di mata kita bukan hanya untuk semalam, bukan saja untuk hari ini, bahkan untuk selama-lamanya (doa-doakanlah sampai syurga). Dan ingatlah, berkasih sebelum nikah ada batasnya. Seusai halal perhubungan antara lelaki dan perempuan, 100% cinta, kasih, sayang, hati dan perasaan 'itu' hanyalah untuk pasangan kita. Tiada hati atau perasaan yang tertinggal untuk cerita yang lepas (jangan dikenang), atau disimpan untuk cerita yang akan datang (senang cakap jangan curang!). Kebahagiaan dalam berkasih sayang bermula dari dalam hati sendiri, ia perlu dicari dan dikekalkan bersama insan yang berhak dan sepatutnya. Cinta 100% hanya untuk siapa, kita sendiri tahu jawapannya. Renung-renungkan...


Sabtu, Ogos 21, 2010

Sape kate tak best ada keluarga besar? | episod 1

Sape kate tak best ada keluarga besar? Best wooo....sile percaya!
Bak kata tajuk lagu ct nurhaliza, Percayalah~

Sempat la jugak menconteng muka2 comel seperti di bawah sambil jaga dak amsyar. Suka suki je muka sendiri yang paling comel dalam gambar kan siap ada bunga sekali kat kepala (sila rujuk gambar).

Al-maklumlah, tak pernah ada waima sekeping pun gambar famili di mana muka2 hensem dan lawa bersatu dalam 1 gambar. Paling liat untuk bergambar umi, papa, abe chik dengan amar. Jual mahal sengoti sungguh T__T
Maka dengan itu, inilah dia satu2nya gambar famili yang ada..^_^

FAMILI SAYA (macam tajuk karangan sekolah rendah dulu2 kan?)
Amsyar & Aqeel, cekni ingat korang cuma xmuat nak lukis.



Keluarga besar dan ramai. Ape jawapan anda? *Boleh pilih lebih dari satu, jawab dalam hati je ok hehe*
A. Saya sukaaaa sangat2. Lagi ramai lagi meriah.
B. Untung woo ada famili besar, time susah senang ada yang tolong.
C. Saya suka famili kecik je, lagi senang tak banyak kerenah.
D. Euww! Please. Tak best langsung!
E. Saya nak anak ramai nanti. Tak kire!!
F. Saya takde pape perasaan tentang isu ini.
G. Famili besar ke kecik? Ape ku kisah.
H. Saya pun tak tau laaa.

********

Tiap kali kawan2 atau sesiapa je yang tanya berapa adik-beradik saya, antara reaksi diorang,
"Wow!!","Mak ai,ramainya!", dan ape ntah lagi.
Ramai ke? Orang lain ada yang lagi ramai kot. Tapi disebabkan rata2 kawan saya keluarga diorang kecik je mesti la diorang terkejut kan.

Mak ayah saya bukannya ada harta banyak seperti orang lain yang pernah saya kenal, pernah saya jumpa. Tapi anak2 lah harta mak ayah saya. Allah swt bagi rezeki dengan cara begini.

Pernah dulu masa form2, masa tu umi baru lepas lahirkan dik yie. Ada seseorang menjadikan kedai kopi sebagai tempat untuk perli umi dan papa kerana terlalu ramai anak. Dia mungkin lupa saya berada di situ sedang membeli barang, dan dia mungkin fikir saya ni cukup bodoh untuk tidak berkecil hati dengan kata2 dia. Ada kamu susah ke kalau tu rezeki Allah swt nak bagi? Tapi beberapa tahun kemudian, Allah swt nak tunjukkan sesuatu. Akhirnya dia termalu dengan kata2 sendiri, dan mungkin juga malu nak ke kedai kopi. Sekurang2nya umi papa ada anak selepas kahwin, bukannya sebelum kahwin!

Ok mari sambung ke cerita asal.

Mungkin bagi yang mempunyai keluarga kecil terfikir, macam mana hidup orang yang ada famili besar macam saya? Kalau mak ayah kaya, gaji besar rumah besar lain cerita. Kalau ayah sorang je kerja dengan gaji sesiput seciput macam mana? Alhamdulillah...setakat ni kami adik-beradik cukup makan cukup minum, cukup kain untuk tutup aurat sendiri, masih ada tempat untuk berteduh, cukup ilmu mana yang patut insyaallah dan yang penting masih cukup kasih sayang lagi malah semakin bertambah ceria bila masing2 dah besar nie.

Yang penting, boleh hidup jugak kan? Takde la mendatangkan banyak masalah bagi kami adik-beradik. Tapi susahnya umi papa nak besarkan kami 9 beradik, hanya Allah swt yang betul2 boleh membalasnya dan memberi ganjaran setiap apa yang mereka lakukan. Sob2...sebak kejap.

*tiba2 rasa malas nak tulis lagi, stop dulu boleh kan? nanti kita sambung next entry*

Mesej:
Sayangi keluarga kita. Keluarga besar atau kecik tak penting sebab tu masing2 ikut rezeki Allah swt bagi, yang penting "Family first".

Salam. aku cahaya mata kehidupan umi papa .