»

Sabtu, Jun 11, 2011

Barakallah...

Makin hari, makin ramai sahabat2 yang sudah sah menjadi isteri kepada suami masing2. Pernikahan mereka bukan semata-mata tertumpu kepada ikatan suami & isteri yang sah, perjalanan mencari redha Allah swt di dunia & akhirat. Pernikahan mereka juga bertujuan untuk berdakwah kepada sahabat2 lain.


Kerapkali sahabat2 yang sedang berbahagia di alam rumahtangga berdakwah & menyampaikan pesanan, nasihat & mesej kepada sahabat2 bujang yang lain di facebook tentang kebahagiaan & ketenangan hati mereka selepas selamat menjadi seorang perempuan halal kepada seorang lelaki.


Dan aku tahu, mereka tak seperti pasangan pengantin baru yang lain. Mereka bercinta selepas sah nikah. Pernikahan mereka cukup sederhana. Tak perlu majlis perkahwinan yang meriah & pembaziran wang untuk pelamin,mekap, baju cantik bagai. Cukup dengan akad nikah & majlis walimah yang sederhana. Kagum betul aku dengan mereka.



[Hiasan]


Apapun, barakallah untuk sahabat2 aku yang sedang berbahagia dengan pasangan masing2. Fatin, Ummu, Syuhada, Athirah, Eton...kalian sangat beruntung menjadi seorang perempuan yang baik, mendapat pasangan baik yang kelihatannya mampu membimbing ke jalanNya, mendapat kesenangan untuk menyegerakan pernikahan di usia muda...lalu berdakwah kepada sahabat2 yg lain.


Nota takde kaki:
Doakan kami menjadi yang lebih baik. =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan