»

Isnin, Jun 06, 2011

Belajarlah untuk meminta maaf


"Maafkan saya", ungkapan yang ringkas namun berat sekali untuk diungkap. Waima untuk ucapkan "Maaf" pun, adakalanya lidah terasa cukup berat untuk melafazkannya. Mengapa?


Bila sudah berbuat salah, perlu cermin diri. Perlu muhasabah diri. Perlu ada rasa dan keinginan untuk ucapkan kata keramat itu kepada mereka yang berkenaan.




Secomel-comel kucing pun, masih ada rasa bersalah. Kan?


Namun lain orang lain perangai. Tak semua yang anggap "Maaf" itu perlu diluahkan setelah kita berbuat sesuatu kesilapan terutamanya kepada manusia. Sudahlah berbuat salah kepada orang lain, hati masih lagi kering, tegar untuk meminta maaf.


Jangan disalahkan didikan ibu bapa ketika kita kecil yang tidak menitiberatkan perlunya meminta maaf jika kita berbuat salah. Besar atau kecil kesalahan yang kita lakukan, belajarlah untuk meminta maaf.

Berat sangat mulut nak mintak maaf, apa kata tulis je note macam ni. Sejuk sikit hati orang yang kita buat salah tu. Ye tak? :)



Saya pernah berdepan dengan seseorang yang hati kering dan ego tinggi, tahu diri sudah membuat salah, tapi muka masih lagi selamba seakan tiada apa-apa berlaku, jauh lagi untuk meminta maaf. Mujurlah tidak perlu berdepan dengan orang sebegini sehari-hari seperti dulu lagi ^^



Nota takde kaki:
Cuba memaafkan orang yang tak pernah belajar untuk meminta maaf bila dia melakukan kesalahan.

5 ulasan:

  1. nak mintak maaf sebab komen kat entri ni..^_^hahaha..lari!!!


    Entri terkini : tolong we,aku kene aniaya ngan blogger.

    tujukan lagu ni untuk ibu (lagu untuk ibu)

    BalasPadam
  2. kdg2 minta maaf dgn org wlaupun bkn slh aq,sbb xmahu gaduh lma2 :(

    BalasPadam
  3. cik kumiko,
    nak mintak maaf pon susah, nak maafkan org pon susah.camne la nak handle org ego tinggi camni?

    BalasPadam
  4. @ taufan: komen dialu2kan lah...btw, sy maafkan, sile la dtg komen lg :)

    @fawzeah: kdg2 bnda gitu jadi...sbb kita xpentingkan ego diri sndiri demi kebaikan bsama.

    @msred: haisy...org yg ego tggi mmg ssh nk handle. kte bako aje...haha

    BalasPadam
  5. http://communityhatefreak.blogspot.com

    BalasPadam