»
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan

Ahad, Ogos 21, 2011

Belog makin hambar + 10 terakhir


Salam Ramadhan semua...


Huisy...dah lama tak update belog. Rindu nak menaip, menconteng, men-doodle, berblogwalking..pendek taip "I miss my belog!".


Rasanya sejak mula training April lepas, hanya sempat update selang seminggu. Itupun kalau rajin, atau sempat. Selebihnya, apa saja yang rasa ingin dikongsi @ diconteng di belog terbiar menjadi satu idea yang basi begitu saja. Dan sekarang, sejak mula OJT (on-job-training), makin letih untuk memikirkan tentang belog yang makin sunyi + hambar ni.

Bukan ada yang kisah pun.

Memang belog ni bukan belog feveret bagi sesiapa pun. Tak berupdate bukan ada siapa yang kisah. Tapi tuan punya belog kisah. Sebab sini rasanya tempat berkongsi apa je yang ingin ditaip. Keadaan dah berubah, belog pun makin terabai. Kesian belog DK kan? Ala...bukan ada yang rindukan belog DK pun. Kan2?

***************




Apa to-do list kamu2 semua setiap malam/pagi sepanjang 10 hari terakhir Ramadhan ni? Alhamdulillah...saya makin suka perubahan dia yang membawa perubahan baik untuk kami berdua sepanjang Ramadhan ini. Moga momentum Ramadhan kali ini diteruskan Ramadhan akan datang.

Okbai.


Nota takde kaki:
Rasa kerja tak dihargai bilamana politik tempat kerja berlaku. Ditambah lagi persaingan 4 orang GT dalam team yang sama. Nasib la aini~


Ahad, Ogos 14, 2011

Tentang Ramadhan

Salam 14 Ramadhan...

Hampir setengah Ramadhan kita lalui. Pejam celik...makin matang rupanya aku...ehem, matang ye bukan tua. Kalau bukan kerana seorang kawan wish birthday, aku sendiri pun lupa aku dilahirkan 14 Ramadhan. Awal Ramadhan kemain ingat bulan kelahiran, dah sampai masanya sendiri lupa.


Lupakan cerita itu.


Ramadhan kali ni rasa ada kelainan sedikit dalam hidup. Jika Ramadhan tahun2 sudah sebagai seorang pelajar, Ramadhan kali ini siang harinya dihabiskan masa hanya di pejabat. Ya, kurang waktu untuk Dia. Aku sedar.


Malam hari atau selepas subuh hanya dapat mencuri masa sekejap untuk Dia. Teringat kata2 seorang kawan, "kalau orang beriman tengok kita yang habiskan waktu dengan sia2 di bulan Ramadhan, mesti diorang cakap dalam hati...ruginya dia, tak nak rebut peluang beribadat di bulan puasa".


Terasa ruginya diri. Tetapi bolehkah alasan penat bekerja membataskan masa kita untuk Dia diterima? Jom kita muhasabah dan perbaiki diri lagi... =)


Nota takde kaki:
Tiap kali Ramadhan, hati mengharapkan pengisian Ramadhan terbaik seperti Ramadhan 2004.


Khamis, Ogos 26, 2010

14 Ramadhan itu

Salam

14 Ramadhan 1408H - 14 Ramadhan 1431H

23 tahun 2 hari sudah rupanya aku harinie.

Opps...perasan muda lagi tak tau la.

Adios..

Rabu, Ogos 25, 2010

Wishlist Menu Berbuka Puasa

Jumaat 270810 nie sudah mau balik kampung.
Oh3..balik kampung, hoho balik kampung, hati girang.
Semoga perjalanan kami pulang ke Kelate selamat hendaknya..amin ya rabbal alamin.

Dalam otak dah pikir2, nak request makanan ape nie...hehe,sengeh lebar sikit.

1. Akok (ya allah...serius sukaaa, kuih wajib time buke kat kampong)
2. Murtabak (padahal kat kl/shah alam berlambak,tapi takde feel lah makan kat sini)
3. Ayam/ikan percik (umi suka buat time puasa, tapi tak tau la puasa kali nie umi mau buat tak)
4. Nasi kerabu (arggh...gile sekejap)
5. Hati lembu goreng (kak long pun ngidam gak, nanti kitorang mau request hati lembu 1kg, hak2)
6. Sare (tak tau kat lua ade jual benda nie tak & tak tau nama komersil dia..huhu)
7. Butir nangka (bahasa standard batu badak berendam ler)
8. Err...ape lagi ye? Terpiki yang tu je kot setakat nie. Nanti balik, pikir lain lak. ^__^

Satu lagiii...nak main bunga api! Oyeah!! Haha...da besar ok.
Takde la gile dan 'excited'nya terlebih dari adik2 kan. Cuma..setahun sekali je., faham2 jela.
Nak temankan ayie, dik na ngan syafiq main, kakaknya tak salah kalau nak join sekali kan?


Bunga api feveret masa kecik2. Bunga api kucing kitorang panggil.Dia punye rupa takde langsung rupa kucing kot.Mungkin sebab percikan bunga api macam misai kucing.Yeke?Hehe...

**********

Nota tak berkaki loghat kelate:
Make d rumoh takpo banyok2, insyaallah tok bazir.

Isnin, Ogos 16, 2010

PUASA tapi TAK SOLAT??

Salam..

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.."
(Al-Baqarah : 183)

Alhamdulillah, dah masuk 6 hari kita puasa. Kejap benar je dah nak sampai seminggu pun. Tak lama lagi cukup la sebulan, pastu raya!! Macam seronok nau raye ye?

Sebelum nie terasa nak tulis pasal orang yang pandai PUASA tapi TAK SOLAT. Kes berat nie. Sembahyang fardhu 5 waktu tak buat, tapi puasa. Kenapa2? Ke sebab masih lagi teringat mak dia cakap masa dia kecik2 dulu.

"Adik, kalau adik tak puasa cukup nanti tak boleh raya".

Oh...bukan sebab tu kot. Kalau dah baligh, dah besar panjang mesti boleh pikir kata2 mak dia dulu2 hanyalah sekadar kata2 semangat untuk anak2 belajar berpuasa.

Kalau lah mak cakap,
"Adik, kalau adik tak puasa cukup DAN tak sembahyang cukup 5 kali sehari tak boleh raya", mesti ramai bila dah besar puasa penuh, sembahyang tak payah cakap la kan. Sebab wajib sembahyang hari2, tak perlu tunggu Ramadhan je.

Kadang2 terdetik kat hati nie, terpikir sejenak 2 jenak. "Kenapa orang nie tak sembahyang ye? Puasa boleh je buat." Kalau bab puasa, terutamanya menu2 berbuka...punyalah semangat pergi borong makanan dan minuman kat bazar Ramadhan, sampai kadang2 membazir macam tu je. Tak masuk bab persiapan raya lagi, sebelum Ramadhan lagi baju dah siap beli 2,3 pasang. Tapi bab sembahyang, haisy....T_T

Rasanya semua orang Islam tahu, solat tu tiang agama. Wajib! Kalau puasa yang wajib kita tunaikan sebulan dalam setahun, takkan la solat fardhu 5 waktu tak nak buat?

Ok2..cuba untuk consider. Kalau bulan2 lain tak solat, harap2 sangat orang macam nie dapat hidayah untuk berubah ke arah kebaikan terutamanya di bulan Ramadhan nie. Kalau selama nie rasa berat, malas je nak sembahyang, rasanya teramatlah molek untuk mulakan hijrah diri itu sekarang!! (macam tegas benar nak ade tanda seru lak)

"Dan dirikanlah olehmu solat kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar"
(Al-Ankabut : 45)

Tak terfikir ke diorang2 yang tak puasa nie,
"Puasa aku nie sah ke?
Pahala puasa aku dikira Allah swt ke tak sebab aku sengaja tinggalkan sembahyang?
Aku boleh puasa tapi kenapa aku tak sembahyang?
Aku nie kebal sangat ke tak takut Allah?".

Takkan la orang yang puasa tapi tak sembahyang nie hanya berpuasa sebab malu kalau orang tahu tak puasa, tapi kenapalah dia tak sedar bab dia tak sembahyang? Kalau orang lain puasa, kita puasa. Tapi kenapa kalau orang lain sembahyang kita taknak ikut pulak?

Kita tahu puasa itu wajib, maka kita laksanakan. Kita juga tahu sembahyang itu wajib tapi kenapa kita tidak laksanakan?

Kalau tanya budak2 kecik sekolah tadika pun tahu sembahyang wajib buat 5 kali sehari. Takkan tak belajar fardhu ain masa sekolah rendah dulu? Takkan mak ayah tak didik suruh sembahyang? Ke pura2 tak ingat nak sembahyang? Sejak bila pulak sembahyang tu terkeluar dari Rukun Islam?

Sekali lagi, harap sangat2 orang macam nie terbuka hatinya untuk berubah. Mana yang wajib, buat. Jadikan Ramadhan tilik tolak untuk berubah.

**********

Seperti biasa, saya bukannya baik sangat. Ilmu agama pun tak cukup lagi. Ada yang saya mampu tegur guna lidah, tapi banyak yang saya tak mampu tegur dengan cara begitu. Jadi disinilah tempatnya. Blog nie pun lambat-laun takkan di'private'kan lagi, sesiapa yang jumpa blog nie, mungkin baca entry ini. Mungkin ada yang terasa dengan entry ini, mungkin tidak.
Yang pastinya, saling menegur. Saya salah, kamu tegur. Kamu salah, saya tegur. =)

Ahad, Ogos 15, 2010

Berbuka dengan Banchau

Salam..

Menu berbuka semalam special sikit. Sebab first time berbuka puasa dengan makanan Kemboja. Banchau..kadang2 dieja banchao. Kak long dah tanya awal2 ready ke tak nak rasa banchau sebab dia taknak masak makanan lain.

Mati2 aku pikir, apesal la kak long nak berbuka ngan air je? Setahu aku BANCAU=Bandung Cincau. Aik...semalam baru minum bancau. Rupanya...betul2 makanan daa.

Banchau tu pun kakak ipar dia yang buat. Sebenarnya senang je nak buat banchau nie. Eleh..koya!


Haa...nie la rupanya banchau. Gambar banchau sebenar yang aku makan semalam takde. Sori..tunjuk yang nie jela ok?




Rupa dia ala2 roti jala, warna kuning jugak cuma banchau lebih sopan sebab tak seksi jaring2 macam roti jala ^_^. Nak buat kepingan2 kuning tu beza sikit dari roti jala sebab pakai tepung gandum dengan tepung beras.

Yang kepingan2 kuning (tak tahu nak taruk nama ape) dalam dia ada banyak taugeh dan jugak isi ayam yang dimasak....err...masak ape ntah.

Banchau nie dihidangkan jugak dengan pelbagai jenis ulam-ulaman seperti hirisan timun batang yang sedap dimakan itu, daun salad yang segar menghijau, kubis dan daun ape ye satu lagi....daun s. Jap nak google (tu pun nak cakap ke?). Oh..dengan daun selasih!

Makan banchau nie kena cicah dengan sos udang yang dicampur dengan bawang besar, lada dan pape jela secukup rasa.

Sedap ok banchau nie!

Nak lagiiiii! (tapi segan nak cakap kat kak long. Takpe lain kali mesti kak long buat punyeee)

Aku dengan kak long makan 2 keping je. Sememangnya tak cukup..opps. Yang paling banyak makan haruslah abang ipar. Sampai tak cukup kat rumah sendiri punya, dia pergi tambah lagi kat rumah sebelah. Oh2..sungguh tak aci T__T

Ok..tu je kot. Hari nie ada ura2 menyatakan kak long mahu masak makanan kemboja ape ntah lagi. Laki dia suka...nak wat macam mana. Makanan yang tuk petang ni aku pernah makan dulu2 kat umah mak mertua kak long, tapi tak berapa kena dengan selera aku. Oh~

Papai..

Khamis, Ogos 12, 2010

Pesanan ringkas di bulan Ramadhan


Sempena bulan Ramadhan...malas nak cakap tulis banyak2. Hanya pesanan ringkas jeee.



Mata kena lah jaga. Jangan tengok benda2 maksiat. Jangan tengok benda2 tak elok. Kalau boleh tu, kalau keluar rumah...tundukkan je pandangan tuh. Pastu, kalau tengok tv ke...jangan la pergi tengok cerita2 yang akan mengurangkan pahala puasa kita. kalau ternampak gak benda2 yang tak elok tuk mata kita, cepat2 tutup mata (seperti gambar diatas) atau cepat2 la larikan pandangan anda itu. Pendek kata, jaga lah mata dan pandangan kita. Sebenarnya, bukan khusus tuk bulan Ramadhan je...bulan2 lain pun kena jaga pandangan mata kita. Ok?


Mulut pun kena jaga. Kerana mulut badan pun binasa, kerana mulut jugak lah kurangnya pahala puasa (macam pantun 2 kerat lak). Jauhi diri anda dari bercakap sesuatu yang sia2. Jauhi diri anda dari mengumpat, mengata dan memfitnah. Biasanya, bulan Ramadhan la bulan yang menjadikan kita sebagai seorang yang amat pendiam...kan2? Perbanyakkan zikrullah, tadarus al-quran, baca al-ma'thurat ke..kan elok tu. Tambah pahala sendiri. *Entah dapat khatamkan al-quran lagi ke tak puasa kali ni..insyaallah, kita sama2 berusaha!*


Telinga...jangan lupa telinga juga kenalah dijaga dari dengar fitnah ke, orang mengumpat ke. Dengar muzik2 yang melalaikan pun, tak payah la k! Bukan ape, takut kurang pahala nanti. Saya pun penggemar muzik, tapi bulan puasa...berhenti kejap dari dengar lagu2 hiburan tak salah kan? Kalau nak dengar orang tadarus al-quran ke, dengar zikir2 ke, dengar ceramah agama...itu semestinya terbaik lah kan.


Kaki. Langkah lah kemana saja anda mahu, tapi ingat...jangan biarkan kaki anda melangkah ke tempat2 yang tak sepatutnya terutamanya di bulan Ramadhan. Kalau pergi surau ke, masjid ke...ok la kan. Jangan pergi salah tempat sudah...ok?


Sila jaga tangan anda dari melakukan dosa di bulan Ramadhan. Oh..hmm, tangan pun susah kita jaga kan terutamanya bila bulan2 lain. Tapi, apa kata kita berubah pada bulan Ramadhan ni, hormati Ramadhan. Insyaallah perubahan yang baik semasa Ramadhan akan berkekalan tak kira bulan2 lain.


Hati. Hati la paling susah nak kita jaga kan? Kadang2 akal pun kita tolak ke tepi bila hati dan nafsu dah merajai diri. Mudahnya hati dipengaruhi syaitan menyebabkan yang baik pun kita sanggup campak ke tepi kerana ikutkan hati yang sudah dipengaruhi syaitan. Tu yang bahayanya hati kalau tuan punya badan tak pandai nak jaga anugerah Allah swt yang satu nie. Jadi, sempena Ramadhan yang mulia nie...meh2 kita sama2 bersihkan hati, sucikan hati sendiri...renovate hati kita yang kotor, gelap dan kelam tu. Wajah kalau cantik kacak, memang mudah mendapat pujian dari manusia. Tapi hati kalau tak bersih, gelap dan penuh dengan dosa...Allah swt pun tak sayang. Hati kalau bersih, maka akan terpantul lah ia pada keperibadian kita, dan juga pada amalan kita seharian.


*********
Ingin berbicara tentang orang berpuasa tapi tidak solat semasa Ramadhan. Mungkin di lain entry..=)

Saya bukannya bijak agama. Saya juga bukanlah alim ulama. Ilmu agama saya sampai saya mati pun belum mampu saya pelajari dan dalami semua. Tapi saya hanya mahu ingatkan diri sendiri dan orang lain juga. Saya tak mampu tegur dengan lidah sendiri, cukuplah jika saya mampu menjadikan blog ini sebagai cara untuk saya meingatkan diri sendiri dan sesiapa yang membacanya.

Rabu, Ogos 11, 2010

Salam Ramadhan

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK


Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya

Semoga Ramadhan kali ini, lebih banyak ibadah yang kita lakukan

Semoga Ramadhan kali ini, kita lebih dekat denganNya

Semoga Ramadhan kali ini, ada sesuatu yang baik akan terjadi

Semoga Ramadhan kali ini, adanya penghijrahan dalam diri

Dan semoga Ramadhan ini, bukanlah Ramadhan terakhir untuk ku....

Wallahu'allam...