Ok, sebelum tu. Bukti penting ni harus ada. 887! ^_^
Tuan pencipta contest? Awak boleh klik sini untuk info lanjut tentang contest ni. (Eh, klik la jap lagi, baca la dulu..wink2)
Next?
gambar kegemaran saya
'Ini kisah 9 labah-labah comel, main panjat-panjat'
Cerita disebalik kenapa saya suka gambar ini?
Alkisahnya, kami labah-labah bersembilan adalah rakan sekelas yang mula rapat dan jadi satu geng bermulanya semester 4 (gambar di atas masa kami semester 4!). Mula rapat bila kami bersembilan terlibat dalam jawatankuasa Sukan Antara Program anjuran fakulti.
Bermula dari program tu, kami mula bertegur-sapa, bekerjasama, bergelak-ketawa, melepak bersama, bersengkang mata membuat projek berkumpulan bersama, menonton wayang bersama, pendek kata dari semester 4 hingga semester 6, banyak kenangan manis dengan mereka.
Bila tengok gambar ni je, mesti tersenyum teringatkan gelagat kami bersama. Gambar ni kami ambil selepas habisnya program Hari Keluarga CS226 dekat fakulti, maka kami pergi melepak di depan Tasik Shah Alam. Kononnya nak makan tengahari sambil menikmati tenangnya tasik dan sepoi-sepoinya angin disana...cewah.
Perut sudah kenyang, kami menyembang sekejap sebelum bebudak lelaki berlima itu mula memanjat 'spider web' yang ada disitu. Kami bebudak perempuan tak nak kalah, tiba-tiba berubah menjadi kanak-kanak riang dengan ikut memanjat 'spider web' sama walaupun terjerit-jerit kecil sebab 'spider web' tu terhoyong-hayang, sengaja digoyang-goyangkan bebudak lelaki.
Terasa kembali menjadi kanak-kanak ribena! Maklumlah, tengahari...mana ada budak-budak kecik main kat playground tu. Satu 'spider web' milik kami labah-labah bersembilan yang kempunan main panjat-panjat. Sambil main panjat-panjat, sambil posing sakan. Si labah-labah berbaju oren tu sedikit berani dengan buat aksi macam kat sarkas - berjalan meniti atas tali keliling satu 'spider web'. Tiba-tiba si labah-labah berbaju oren tu melompat terjun dari 'spider web'. Dan-dan masa tu kami terkejut lalu terjerit. Cuba tengok mimik muka kami. Dan labah-labah bertudung pink yang dah turun dari 'spider web' maintain cool siap buat 'peace' bagai ketika kami semua terkejut.
Dan paling terbaik, labah-labah comel yang tiada kelihatan dalam gambar. Kerana dialah, momen manis ini dapat menjadi tatapan kami....dan mungkin anak-anak kami nanti. Haha.
Sehingga hari ini, mereka antara sahabat rapat dan terbaik pernah saya ada. InsyaAllah sampai bila-bila...
Nota takde kaki: Skemanya saya tulis ini! -_-''
*Labah2 comel? Kami ber9 lah~ ^_< .

hee,sgt comel korang,..nice!gdluck k,.
BalasPadamoh..terima kasih ^_^
BalasPadamakak dah masuk aritu tapi tenet slow nak drop komen susah, ni baru leh masuk balik, hehe. tq join, gud luck ok. ;)
BalasPadamoh..tq akak. ngee...ptut la pun. ^_^
BalasPadamWAWAWAWA. best tu. tapi gayat. haha. :) hope friendship korang lasting forever. :)
BalasPadam