»
Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan

Sabtu, April 02, 2011

E.B si arnab comel!


Salam...

Korang dah tengok filem HOP?

Dari hati saya yang tulus ikhlas...ecece, cerita tu best+kelakar+menghiburkan!
Dan paling penting, si E.B + ayam suka menari tu sangat comel!


Kalau korang pernah tengok filem Despicable Me, tak rugi tengok filem HOP ni pulak. Pasal sambutan 'easter' tu, abaikan jela dah memang kita takde kaitan dengan sambutan tu, tapi kalau sekadar hiburan, sangat enjoy tengok! Ayat macam ape ntah -_-".







Nota takde kaki:
Balik je rumah, terus rasa nak conteng makluk comel dalam filem Despicable Me..^__^

Selasa, Mac 22, 2011

Jom layan lagu best!


Meh kita layan lagu ni dulu ye readers!


-CINTA-
Kolaborasi Mazwan Mohamad & Aliyas Zakaria




Clap-clap-clap untuk Mat John dengan Liyas. Serius selama ni tak pernah dengar suara Mat John time nyanyi.

Ok la..mesti korang nak tau siapa budak berdua ni. Kan?

Senang cerita, diorang ex-Farisian. Satu batch dengan saya masa sekolah dulu. Lagu ni kira fresh lagi, dan2 lepas si Liyas upload video ni ke group Farisian 01-05 dekat FB, dan2 jugak terus upload dekat belog.

Kenapa?
Sebab saya suka lagu ni.
Sebab mereka tetiba buat saya rindukan sekolah balik.
Saja nak bagi diorang lebih popular! Kira support kawan2. Boleh? Hoho...


Nota takde kaki: Saya tak rasa ada ex-Farisian yang pernah jejak ke belog picisan ini. Kalau ada, hai Farisian!! ^_^

Isnin, Januari 24, 2011

Merah tema majlis kahwin kamu?

Rata2 pilih warna merah.
Merah putih. Merah krim. Sana merah, sini merah.
Sekali tengok memang lawa sangat, sebab sebelum ni jarang tengok pengantin pilih merah terang lagi garang jadi tema majlis resepsi diorang.
Tapi sekarang semua nak merah je temanya. Kan2? Tapi lawa kan?

Haaa...tengah senyum2 pulak bila cakap pasal ni, musti tengah bayangkan korang punya majlis la pulak tu kan? :p

Pelamin?
Baju pengantin?
Tema majlis?
Hantaran?

Jangan salah sangka sudah ok!. Cuma suka sangat tengok gambar2 nikah-resepsi Zaquan Adha dengan Ayu Raudhah. Dan kebetulan pulak tadi dekat facebook ada orang upload gambar kahwin tema MERAH lagi! Maka lahirlah entri ini.


Cantik sangat pelamin ni kan2?



Bulu2 ayam tu tak tahan..suci je tengok. Hah..bulu ayam ke? Haha..



Saje je nak tayang muka Zaquan Adha dengan Ayu Raudhah.



Lawa kan Ayu Raudhah ni.
Tapi lagi lawa plus sweet tengok dia pakai tudung macam dalam cerita Nur Kasih.


*gambar culik dari sini.

Nota takde kaki:
-Indah di mata sang raja sehari, selamanya kerukunan dan kebahagiaan itu harapnya bukan sehari cuma, malah selagi hayat masih ada.

- "Pernikahan bukan seperti bermain bola sepak, sebelum dapat dikejar-kejarnya bola dan malahan direbut, sesudah dapat ditendang jauh-jauh pula. Jadikan pernikahan seperti bermain ragbi, sebelum dapat dikejar-kejar, sudah dimiliki dipeluk kuat-kuat agar tidak terlepas", teringat ayat lebih kurang macam ni pernah diucapkan seorang ustaz yang terkenal dengan buku2 berunsur cinta dan kekeluargaan dalam Islam.

Khamis, Januari 13, 2011

beauty's rival in the palace


beauty's rival in the palace





-the end-

Maka berakhirlah sudah penantian bilakah cerita ni akan tamat.




Nota takde kaki:
Diri membayangkan akan merindui blog ini buat beberapa ketika. Bye!

Ahad, Januari 09, 2011

Selamat Malam, Tolong Ingatkan Aku carilah Cinta Sempurna bila aku Hanyut~


Bukan main panjang lagi tajuk entri malam ni.

Selamat Malam,
usah biarkan diri kita Hanyut dengan nikmat dunia,
dan bila aku Hanyut,
Tolong Ingatkan Aku...
Cinta Sempurna padaNya itu yang utama.


Siapa juara Anugerah Juara Lagu ke 25 malam ni?
Jeng2...teka sendiri. Tak nak teka, tengok jela sampai tau siapa pemenangnya.

Hei, penting sangat ke pasal tu sampai nak update kat blog? Tak pun kan.


Kalau Faizal Tahir menang pun, bukannya dia nak kongsi duit dengan kita kan? Mesti la kongsi dengan Audi Mok. Kalau Yuna dapat tempat ke2 lagi tahun ni, duit tu semua dia punya kan? Takpun tetiba Ana Raffali buat kejutan, menang lagu best dia tu pun, kita pun tak dapat pape jugak. Kita dapat apa? Dapat hiburan free jela malam ni..hoho.



Apapun, selamat malam...
tolong ingatkan aku, 'carilah cinta sempurna' bila aku hanyut dengan nikmat dunia!




Nota takde kaki:
Semalam terrrjoin contest teka sape pemenang AJL ke 25 malam ni kat blog budak Peringat. Haha...suka suki je join.