»
Memaparkan catatan dengan label tentangChenta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tentangChenta. Papar semua catatan

Selasa, Jun 11, 2013

.selangkah dekat padanya.

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah. 

Setiap orang ada impian, harapan dan doa masing-masing untuk mencari bahagia bukan? 
Doakan dipermudahkan semua urusan kami  :)






Bila cakap pasal benda-benda macam ni, kadang rasa teruja sedikit nak kongsi dengan orang. Tapi, kena berpada la kot kan? Sekali lagi, doakan yang elok untuk hubungan kami tau tau! :)

Majlis buat sederhana je, semata nak tunggu rombongan lelaki dan keluarga terdekat, jadi takde hire OP pun. Toksah membazir kalau boleh. Sendiri tangkap sendiri edit, heh boleh? Nanti bila datang mood rajin, survey untuk photobook pulok ye dok? Memori ni weh, kang da kawen bosan jek boleh belek muka sendiri. Ada cadangan pasal photobook tak?

Tengoklah, kalau rajin saya kongsi projek-projek DIY sempena hari gembira ni. Alah, tak banyak pun DIY, sebab malas...heee.


Nota takde kaki:
Ada la sorang dua kawan tanya berdebar tak, serius tak pun! Selawat banyak-banyak eh. Tunggu nikah kot...fuh fuh fuh~

Ahad, Januari 01, 2012

6 kelebihan kita & bakal pasangan hidup takde kenderaan sendiri

1) Tak perlu nak jumpa bakal pasangan hidup kita selalu

Dah nama pun BAKAL, jadi tak perlulah selalu berjumpa nanti lain ceritanya kalau asyik berjumpa je.Alasan rindu tu boleh tolak ke tepi sekejap kot, kalau dah kahwin Nah kau! Hari-hari boleh jumpa tahu?

2) Tak wujud istilah "Tak manis orang pandang kau duk selalu sangat usung perempuan tu ke sana sini tak kira tempat tak kira masa tanpa ada ikatan sah".

Korang paham da kot pasal ni kan, biasalah tu..ada transport senang nak usung awek ataupun awek tu sendiri rela diusung ke mana-mana saja. Malam lepas balik kerja "Jom keluar lepak dengan kawan lelaki i", takpun "U, weekend ni jom kita jalan2 makan angin tepi longkang" erk. Haha, gurau je. Tak boleh berpisah la konon kan :p


3) Jimat duitt!

Bila dah takde kenderaan sendiri, maka jarang la keluar jumpa bakal pasangan hidup kan? Bila jarang keluar banyak duit kita boleh jimat. Cuba fikir, sekali keluar jumpa si dia sah-sah la pakai duit untuk minyak, parking, makan, tengok wayang, shopping etc.

Jadi bila dah kedua-dua takde transport sendiri, kebarangkalian nak keluar selalu tu kurang la kan sebab malas nak guna public transport. Banyak dah bole jimat disitu. Lagi-lagi kalau masing-masing tengah belajar, tak ke jimat duit PTPTN @ biasiswa @ duit mak ayah bagi tu. Kan2?


4) Keselamatan lagi terjamin

Heh...boleh jadi point ey? Banyak kemalangan/benda-benda tak elok berlaku di luar rumah. Sekarang macam-macam boleh jadi kan? Jadi ada baiknya kalau takde kerja penting sangat baik kita habiskan masa berkualiti kat rumah je. Mak ayah pun tak risau fikir keselamatan anak yang suka gitu keluar dengan boyfriend.


5) Susah senang bersama

Ehe...takde transport mesti korang akan tak kisah naik public transport semata-mata nak berjumpa dengan si dia kan? Nak-nak lagi kalau gunakan public transport bersama-sama, tak ke jadi kenangan manis korang bila dah kahwin nanti? "U, u ingat lagi 5 tahun lepas kita lari sama2 kejar bas, masa tu hujan lebat, last-last bas tu tinggalkan kita? Jom kita naik bas, i dah bosan naik kereta, i nak imbau kenangan naik bas dengan u masa kita cintan-cintun dulu". Tak ke sweet tuh? :p


6) Paling penting, boleh mendidik kedua-duanya berusaha menjauhi maksiat

Yang ni boleh dikaitkan dengan Point #1 & #2 sebenarnya. Macam aku bagi contoh sebelum ni, kalau dah ada kenderaan sendiri, mesti tak kisah siang atau malam, kalau rasa nak jumpa...senang je nak jumpa kan sebab tak payah risaukan public transport semua. Dari kau duk usung dari pagi ke malam dah buat macam bini sendiri, baik nikah je terus. Ok, kasar sikit guna 'aku-kau'.




Naik je basikal, lagi romantik gitu. Plus mesra alam ^^,


Ni je yang aku terfikir buat masa sekarang. Aku fokuskan entri ni untuk orang yang belum berkahwin je lagi, sebab kalau dah kahwin susah pulak kan kalau takde kenderaan sendiri...


Sebenarnya bagi aku la, perempuan lagi suka kalau bakal pasangan dia dah ada kenderaan sendiri sebelum berkahwin, dalam erti kata lain ada kereta. Kononnya macam senang nak jumpa, senang nak di ajak temankan pergi mana berdua tak kira masa atau tempat, tak payah susah payah guna public transport dan macam2 lagi la. Lagi-lagi kalau nasib laki tu couple dengan perempuan kononnya HOT gitu "I tak main la naik bas camni, leceh la, panas la..jatuh standard i taw!" *sambil buat mulut herot*


Aku pun kadang fikir macam tu. Aku jenis tak kisah hal guna public transport sebab tu aku guna hari2, tapi kadang2 terfikir bila aku nak ada peluang bersenang-senang nak keluar dengan ehem2 naik kereta tak payah fikir keselamatan diri keluar sorang2 susah payah naik public transport semata-mata nak keluar jumpa dia. Tapi bila muhasabah balik dan fikir positif, ada hikmahnya si dia belum ada kenderaan sendiri lagi2 kereta buat masa sekarang. Dan hikmahnya cukup besar dan bermakna bagi aku! =)


Nota takde kaki: Selesa begini untuk ketika ini. Susah bersama, senang bersama bila sampai masanya.

Sabtu, Mac 26, 2011

Bentuk hati




Hati kamu?


Nota takde kaki: Jom layan Dialah di hati - Siti Nurhaliza ^__^

Rabu, Februari 16, 2011

Maafkan saya, saya pinjam tulang rusuk kamu..


Salam...sememangnya mencergaskan diri untuk update lagi dengan entry copy paste dari sini.
Sudah berkali-kali baca pun, tetap rasa tak jemu nak ulang baca lagi.

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti)

Kamu, tulang rusukku.


Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang
rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya…


Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA
lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak
cintakan saya lagi !!”.

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga
berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang
rusukku !!”

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air
mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah. “Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.


Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.


Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah
dinding pembatas.


LELAKI : Apa khabar?
WANITA: Baik… Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.


WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal..”


Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah
kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia
patahkan.


Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang
dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat…

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata
yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan
menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima?


Sometimes you have to hurt someones feelings just to let them understand how it felt when they hurt yours. Really?

Nota takde kaki:
Wahai lelaki, sudah bertemukah kamu dengan tulang rusuk mu yang hilang? Berlagak tanya lelaki, haku dah tau ke haku curi sape punya tulang rusuk ni? Eh..bukan curi, pinjam je. Maafkan saya, saya pinjam tulang rusuk kamu. Nanti sampai masa saya bagi balik hokey! T__T'


Isnin, Januari 24, 2011

Merah tema majlis kahwin kamu?

Rata2 pilih warna merah.
Merah putih. Merah krim. Sana merah, sini merah.
Sekali tengok memang lawa sangat, sebab sebelum ni jarang tengok pengantin pilih merah terang lagi garang jadi tema majlis resepsi diorang.
Tapi sekarang semua nak merah je temanya. Kan2? Tapi lawa kan?

Haaa...tengah senyum2 pulak bila cakap pasal ni, musti tengah bayangkan korang punya majlis la pulak tu kan? :p

Pelamin?
Baju pengantin?
Tema majlis?
Hantaran?

Jangan salah sangka sudah ok!. Cuma suka sangat tengok gambar2 nikah-resepsi Zaquan Adha dengan Ayu Raudhah. Dan kebetulan pulak tadi dekat facebook ada orang upload gambar kahwin tema MERAH lagi! Maka lahirlah entri ini.


Cantik sangat pelamin ni kan2?



Bulu2 ayam tu tak tahan..suci je tengok. Hah..bulu ayam ke? Haha..



Saje je nak tayang muka Zaquan Adha dengan Ayu Raudhah.



Lawa kan Ayu Raudhah ni.
Tapi lagi lawa plus sweet tengok dia pakai tudung macam dalam cerita Nur Kasih.


*gambar culik dari sini.

Nota takde kaki:
-Indah di mata sang raja sehari, selamanya kerukunan dan kebahagiaan itu harapnya bukan sehari cuma, malah selagi hayat masih ada.

- "Pernikahan bukan seperti bermain bola sepak, sebelum dapat dikejar-kejarnya bola dan malahan direbut, sesudah dapat ditendang jauh-jauh pula. Jadikan pernikahan seperti bermain ragbi, sebelum dapat dikejar-kejar, sudah dimiliki dipeluk kuat-kuat agar tidak terlepas", teringat ayat lebih kurang macam ni pernah diucapkan seorang ustaz yang terkenal dengan buku2 berunsur cinta dan kekeluargaan dalam Islam.

Jumaat, Disember 17, 2010

I Luv U Before I Met U


Salam...

*Artikel ni dicopy paste dari I LUV ISLAM


Ingin menyayangi dan disayangi adalah fitrah setiap manusia. Bohonglah sesiapa yang mengatakan "aku tak perlukan sesiapa dalam hidup... hidup matiku hanya untuk Allah." Rasullah sendiri pernah menegur seorang lelaki yang sanggup berlapar dan enggan berkahwin semata-mata ingin mengabdikan diri kepada Allah.

Kita semua memerlukan seseorang dalam hidup untuk berkasih sayang. Namun, janganlah keterlaluan sehingga menjadikan matlamat berkasih sayang sebagai satu-satunya matlamat dalam hidup. Misi kita dalam hidup ini perlu perlbagai. Sebagai hamba Allah, tentu sekali, matlamat utama adalah untuk menjadi seorang mukmin yang bertakwa. Maka, dalam perjalanan kita menjadi mukmin yang bertakwa, pastikan misi-misi kita yang lain juga seiring dalam mencapai matlamat yang utama. Ini termasuklah misi kita mencari pasangan yang terbaik.

Kebanyakkan wanita yang saya temui, menyayangi 'suami'nya lama sebelum mereka jatuh cinta. The idea of finding & marrying the best menyebabkan mereka mendambakan seseorang yang mempunyai sifat dan sikap yang baik dan terpuji. Kebetulan pula, contoh lelaki yang mereka lihat menepati ciri-ciri tersebut akhirnya benar-benar menjadi suami mereka. Wallahualam, ini perancangan Tuhan. Setiap orang sudah ditetapkan rezekinya (termasuk jodoh) dan Allah Maha mengetahui apa yang didalam hati setiap insan.

Berikut adalah beberapa wanita yang 'menyayangi suaminya' lama sebelum mereka jatuh cinta...

Kisah Kak R
Saya bertemu beliau di satu kursus dan kebetulan menjadi rakan sebilik saya. Entah macam mana terkeluar cerita kahwin. Saya tanya,"bagaimana boleh kenal?"

Menurut Kak R, mereka berdua satu universiti tetapi tidak pernah berbual. Kak R akui, suaminya semasa zaman pelajar adalah antara pemuda yang 'baik-baik'. "Ada satu kali, masa tengah bersembang dengan seorang kawan perempuan, dia (suami) lalu di tepi kami. Akak berbisik kat kawan, andai aku diberikan suami, nak yang macam dia...." beritahu Kak R sambil tersenyum.

Kisah H
H sepupu yang baru balik dari Syria. Saya bertandang ke rumah mereka untuk meraikan majlis walimah beliau dan abangnya. Malam itu, saya menumpang tidur sebilik. Saya bertanya,"bagaimana boleh kenal?"

Menurut H, dia sudah mengenali suaminya sepanjang pengajian di Syria dan kebetulan adalah kawan baik abangnya. Namun, mereka tidak pernah bersembang lebih dari urusan persatuan. Beberapa bulan balik dari Syria, si kawan abang masuk merisik. Akui H, "walaupun kami tidak pernah bersembang, saya kagumi sifat dan sikap beliau. Harapan saya masa kat Syria dulu, semoga saya memperolehi bakal suami sebaik beliau," beritahu H, tersipu.

Kisah A
Saya berjumpa A di satu Konvensyen Islam di Amerika. Usianya masih belasan tahun. Ketika itu, usia saya baru menginjak 22 tahun. Apabila mendapat tahu dia baru seminggu melangsungkan majlis walimahnya, sambil mengenggam tangannya dan gelak gembira, saya berkata,"I'm sooo jealous..."

A balas genggam tangan saya sambil memandang tepat ke mata, "you should not say that to a friend. You should say, I'm happy for you," dia tersenyum sambil menambah,"...and ask Allah to give me the same happiness."

Perancangan dan ketentuan Tuhan amat cantik, malah janjinya dalam surah An-Nur ayat 26 cukup tepat, "Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."

Namun, tiada siapa dapat meramal siapa jodoh yang telah di tetapkan. Tetapi, the idea of finding & marrying the best, harus disematkan. Allah Maha Mengetahui apa yang dihati setiap manusia. Dan, Dia juga Maha Mengetahui apa yang terbaik.

Bagi saya, dari dulu (semenjak timbul keinginan untuk berkahwin), saya mendambakan yang terbaik untuk diri, keluarga, agama dan masa depan. Alhamdullilah, dalam perjalanan itu saya ditemukan dengan kawan-kawan yang memberi erti pada istilah terbaik...

Saya mendoakan agar kawan-kawan yang yang sedang mencari rezeki (jodoh) masing-masing supaya jangan putus asa. Allah mendengar isi hati anda. The idea of finding & marrying the best bukanlah sesuatu yang fairytales. Ia telah berlaku kepada beberapa pasangan dan InsyaAllah, ini juga boleh berlaku pada anda.

Saya akhiri dengan satu petikan dialog dari novel The Notebook oleh Nicholas Spark:

"The best love is the kind that awakens the soul and makes us reach for more, that plants a fire in our hearts and brings peace to our minds. And that's what you've given me. That's what I'd hoped to give you forever."





Nota takde kaki: i love him before i met him? I'll tell him soon lah! :p


Selasa, Disember 07, 2010

Rindu terlarang?


"Jangan dilayan rindu yang terlarang, walau ia rahsia kita seorang, kelak memesongkan cinta yang realiti"


Ringkas ayatnya. Besar maknanya.

Akal mampu mentafsir apa itu rindu yang terlarang.

Hati mampu menghindar dari terpesongnya cinta yang realiti.

Apa yang terlarang, itulah yang akan menghancurkan.

Moga kita sentiasa terpelihara.



Jumaat, November 05, 2010

Cinta 100% hanya untuk..?


rorou&miko

Come and lay here beside me
I'll tell you how I feel
There's a secret inside me
I'm ready to reveal
To have you close, embrace your heart
With my love
Over and over
These are things that I promise
My promise to you


For all of my life
You are the one,
I will love you faithfully forever
All of my life you are the one
I'll give to you my greatest love
For all of my life..


Let me lay down beside you
There's something you should know
I pray that you decide to
Open your heart and let me show
Enchanted worlds of fairy tales
A wonderland of love
These are things that I promise
My promise to you


All of my life
With all of my heart
These are things that I promise


For all of my life
You are the one,
I will love you faithfully forever
All of my life you are the one
I'll give to you my greatest love
For all of my life


*****
Nota tak berkaki:
Oh..sambil layan lagu best nie, sambil update blog. Jom2, layan lagu nie sama2 =)

Sekali kita benar-benar sayangkan seseorang, kita berjanji pada diri sendiri hanya dia di hati kita, di mata kita bukan hanya untuk semalam, bukan saja untuk hari ini, bahkan untuk selama-lamanya (doa-doakanlah sampai syurga). Dan ingatlah, berkasih sebelum nikah ada batasnya. Seusai halal perhubungan antara lelaki dan perempuan, 100% cinta, kasih, sayang, hati dan perasaan 'itu' hanyalah untuk pasangan kita. Tiada hati atau perasaan yang tertinggal untuk cerita yang lepas (jangan dikenang), atau disimpan untuk cerita yang akan datang (senang cakap jangan curang!). Kebahagiaan dalam berkasih sayang bermula dari dalam hati sendiri, ia perlu dicari dan dikekalkan bersama insan yang berhak dan sepatutnya. Cinta 100% hanya untuk siapa, kita sendiri tahu jawapannya. Renung-renungkan...