»
Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan

Sabtu, Jun 23, 2012

sampai satu masa, aku terfikir...


sampai satu masa,
aku terfikir...
sudah tiada masa untuk dihabiskan untuk memanjakan diri sendiri.
masa yang ada cukup sekadar merehatkan diri dari sibuknya urusan dunia.
mujur hati masih sedar, "peruntukkan masa untuk urusan dengan Tuhan mu".

sampai satu masa,
aku terfikir...
sudah tiada duit untuk dibelanjakan untuk kesenangan sendiri.
yang tinggal sekadar cukup untuk mengisi perut siang malam.
semua kerana tanggungjawab yang terpikul.
mujur hati masih sedar, "sekurangnya aku masih ada duit untuk hidup"


sampai satu masa,
aku terfikir...

sudah tiada seronoknya bekerja bagai nak gila.
Please care me as a person, not as robot!
mujur hati masih sedar, "ikhlaskan hati mencari rezeki, sekurangnya aku masih punya pekerjaan"

sampai satu masa,
aku terfikir...
kadang aku mudah lupa,
suka merungut,
seolah tidak bersyukur untuk setiap nikmat yang Dia beri.
mujur hati masih lagi sedar, "teruskan audit & muhasabah diri, lakukanlah perubahan demi kebaikan".






moga dipermudahkan semua urusan..
amin..

Sabtu, Disember 31, 2011

Tahun baru dan azam baru?

Tiap kali menjengah tahun baru masihi je, mesti ramai yang mula sibuk pasang azam baru, ataupun kecoh azam lama belum lagi tertunai. Ucapan Selamat Tahun Baru? Lagi la klise. Kan?

Tapi berbeza sekali bila peralihan ke tahun baru Hijrah, jarang orang Islam sendiri yang ambik peduli.

Azam tu bagus. Sebab kita akan cuba motivasikan diri dan berusaha bersungguh-sungguh untuk realisasikan azam kita.

Tapi lagi molek rasanya kalau adanya azam yang kita tetapkan untuk dicapai setiap hari, bukannya terhad kepada azam baru setiap kali tahun baru menjengah. Mungkin azam tahun baru tu kita jadikan azam jangka masa panjang.

Dan azam kita sehari-hari, untuk jangka masa pendek.

Azam aku untuk esok hari, selesaikan kerja secepat mungkin di pejabat :)

Azam jangka masa panjang, biarlah diri sendiri je yang tahu.
Yang pastinya, moga dengan semakin singkatnya umur kita, ada pembaharuan yang baik dari sudut amal, akhlak dan iman. Amin ya rabbal alamin..


Nota takde kaki:
Ya allah...perlu masa rehat yang cukup untuk badan dan minda yang terlampau penat dengan hal dunia.

Selasa, Januari 04, 2011

Sihat @ Sakit? Bersyukurkah aku?


Kalau kita diberi 2 pilihan, antara SIHAT dan SAKIT....wajiblah semua pilih SIHAT. Kan2? Siapa tak nak sihat, bila sihat, tiada halangan melakukan apa jua perkara baik yang halal mahupun haram (bagi yang berkenaan saja). Bila sihat, kita boleh ke sana sini dengan perasaan gembira, takde nak stress fikirkan pasal masalah kesihatan, takde nak menderita sakit, takde nak pakai banyak banyak duit untuk ubat-ubatan takpun bayar bil rawatan. Pendek kata, besar sungguh nilai sihat tu.


Apa makna sihat bagi kita? Apa makna sihat kalau nikmat itu tidak dihargai? Kita sendiri ada jawapannya.


Kita selalu berdoa diberi kesihatan yang baik sepanjang masa. Tapi kita sendiri tak berusaha untuk jaga dan kekalkan nikmat sihat yang Allah bagi selama ni. Betul ke tak? Ada orang cakap, "Kalau Allah da nak bagi sakit, jaga macam mana pun, sakit jugak". Betul jugak kan? Kalau sudah ditakdirkan kita ada penyakit kronik ke penyakit tak kronik ke, yang sihat boleh tiba-tiba ditimpa sakit kan? Memang kita tak boleh lari dari ketentuan Allah, tapi kalau kita fikir balik, bila kita bersyukur dengan nikmat sihat yang kita dapat ni, maka kita perlu bertanggungjawab jaga kesihatan sendiri. Banyak masalah kesihatan berpunca dari gaya hidup sendiri, amalan pemakanan kita. Maknanya kalau kita ni orang yang bersyukur, nikmat sihat itu perlu dijaga.


Kenapa perlu sihat?


Kenapa Allah bagi kita sihat? Paling utama sebenarnya kita perlu ingat balik apa tujuan Allah ciptakan kita. Bila sihat, hati pun tak susah...lagi banyak masa untuk buat apa yang Allah suruh. Tapi kita ni selalunya mudah lupakan dan jauh dari Allah bila sihat.


Bila dekat dengan Allah?
Bila ditimpa kesusahan. Bila sakit sudah datang menggantikan nikmat sihat!

Dan kenapa perlu sakit?
Masa ni la kita mula mencari kembali Allah swt. Yang selama ni memang selalu ingat Allah, bila sakit bertambah-tambah la dia mengingati Allah. Yang selama ni jarang sekali ingat Allah, maka dia akan mula kembali mencari mana tuhannnya.

Hikmah diuji dengan sakit, barulah sedar akan nikmat sihat yang kita sia-siakan.
Hikmah diuji dengan sakit, barulah sedar terlalu banyak dosa kepadaNya.
Himah diuji dengan sakit, barulah kita sedar, ada juga yang mengambil berat akan kita.


Siapa nak sakit? Saya tak mau. Kamu?


Bila kita rasa ada sesuatu tak kena pada diri, senang kata...kita rasa kita sedang sakit dan ada penyakit kronik, perasaan pun turut bercelaru, bimbang, takut, sedih...semuanya bercampur. Pernah tak kamu rasa begitu? Hoo...saya kadang2 pun begitu T_T


Serius, perasaan takut sakit tu membunuh kekuatan diri sebenarnya. Sampai satu tahap saya pernah pendamkan rasa takut dan susah hati tu sorang diri, dan hanya berdoa sampai menangis2 benda2 macam tu tak terjadi. Pernah rasa nak kongsi ketakutan tu dengan seseorang, tapi bila saya dengar suara dia...saya hanya mampu menangis dan buat dia tertanya-tanya kenapa saya sedih dengan tiba2. Sebab saya fikir, "Kalau aku betul2 ada penyakit ni, apa yang aku janji selama ni kat dia takkan sempat aku tunaikan dan dia akan betul2 sedih". Sangat susah hati kan bila ia libatkan soal hidup dan mati?


*Panjang pulak entri, kang merapu pulak.*


Sihat atau sakit? Bila sihat bersyukurlah. Bila sakit, itu tanda Allah mahu manghapuskan dosa dan menguji iman hambaNya, maka bersabarlah.


Nota takde kaki:
Kekuatan muncul bila berkongsi masalah dengan umi. Alhamdulillah, hati kembali lega dengan pengesahan doktor.

Isnin, Ogos 23, 2010

Tips Membina Hati Bahagia

Salam..

Tetibe hari nie rasa macam nak bukak slot motivasi percuma dan bagi tips je. Tips ape? Tips membina hati bahagia. Gempak punye nama tips...hoho. Macam diri sendiri bahagia sangat nak bagi2 tips nie, lagak macam motivator pulak tu. Tapi..yup, saya bersyukur dan bahagia dengan hidup sekarang. Kalau ada orang yang tak bahagia, meh sini nak kongsi sikit. Tak payah nak sombong2 tak nak bace pule ye =P

1) Bahagia bermula dari dalam hati dan diri sendiri. Jadi kalau mahu bahagia, sila bersihkan hati ye.

2) Bersyukur dengan apa yang anda miliki.

3) Sila jangan dengki2 atau nak cemburu2 kalau tengok orang lain lagi bahagia dari anda! Kesian orang tu tak bersalah langsung kamu nak dengki2 kat dia.

4) Sila muhasabah diri sendiri. Kenapa orang lain bahagia tapi tidak aku? Mesti ada mana2 skru yang longgar kat hati sebab tu susah sangat nak rasa bahagia pastu mulalah jiwa kacau.

5) Jangan terlalu mengharap sangat orang lain bahagiakan anda. Kan saya sudah cakap awal2 tadi kebahagiaan bermula dari diri sendiri. So, pehe dop nie?

6) Berdoa lah selalu untuk miliki kebahagiaan yang anda mahukan.

7) Ingatlah kebahagiaan itu bukan benda yang kekal. Jadi sila redha kalau Allah swt nak uji kita bila mana Dia menarik nikmat bahagia itu sekejap dari anda.

8) Senyum sokmo! Be Happy!!


Saya mau happy2 selalu =)


********


Insyaallah, setakat nie itu sahaja yang saya fikir cara2 membina hati bahagia.

Yang penting, tak perlu nak cemburukan kebahagiaan orang lain. Sudahlah hati sendiri tidak bahagia, nanti makin parah bila asyik tengok orang lain bahagia tetapi tidak diri sendiri. Ubati hati sendiri. Muhasabah diri sendiri. Nak bahagia, mula dari dalam diri. Kalau diri sendiri tak bahagia, bagaimana mahu lihat orang lain bahagia bersama kita?
Renung-renungkan dan selamat beramal =)