»

Khamis, Februari 09, 2012

Janji tinggal janji..



Sudah berapa lama tak menghabiskan masa dengan anak buah aku berdua tu. Kebiasaan yang dah lama aku tinggalkan, hujung minggu aku habiskan masa di rumah Kak Long. Melayan budak berdua tu. Sebab tu aku lagi rapat dengan Amsyar & Abrar, walaupun aku ada seorang lagi anak buah, Aqeel. Yang tu anak Angah aku. Sekarang? Dalam angan saja. Hujung minggu kalaupun tidak habiskan masa di pejabat, terpaksa habiskan masa dengan bekerja di rumah sewa. Connect VPN, bekerja macam biasa.


Amsyar & Abrar rindukan Cekni. Aku tahu. Minggu lepas sebelum balik kampung, aku balik jenguk diorang untuk beberapa jam. Malamnya aku naik bas balik KB. Dukung si Abrar sekejap, kononnya nak pujuk dia yang dari tadi mengekori aku minta didukung. Sudahnya, diorang berdua tu menangis meraung, mahu ikut aku balik kampung. Pagi Selasa, aku baru sampai dari kampung. Singgah rumah Kak Long sekejap sebab aku minta tolong abang ipar ambik aku dari Putra. Bila Abrar bangun dari tidur pagi tu, dia masuk bilik aku. Aku dengar Kak Long bagitau dia "Abrar, pergi kacau Cekni kat bilik". Dia tolak pintu bilik, senyum. Si kecil ni ikut mana saja aku pergi. Aku ke dalam bilik, dia ikut sama. Aku ke dapur, dia pun ikut jugak. Masa tu abangnya belum lagi bangun dari tidur.


Masa aku tengah bersiap-siap dalam pukul 9 pagi tu, masa tu si abang dahpun bangun. Amsyar tanya aku, sedikit pelat "Ni, mana?". Dia pendekkan nama aku, Cekni disebutnya Ni saja. "Cekni nak balik rumah sewa la Amsyar". Dia balas pendek "Ikut...", sambil buat mimik muka kesian.


Abrar pula langsung tak mahu keluar bilik. Teman je aku bersiap. Sibuk mahu berbedak sama. Selesai aku pakai tudung, terus dia hulur dua tangan. Tandanya minta aku dukung. Budak kecik ni dari tadi lagi tunggu aku rupanya.


Bila aku dah buka pintu, mahu keluar. Terus diorang berlari menuju ke pintu. "Ni...ikut". Si adiknya pula terus hulur tangan lagi. Masa tu Kak Long aku terus dukung dia, "Salam dengan Cekni cepat Abrar", dia meronta. Dah menangis masa tu. Terus aku cium pipi Abrar, "Nanti weekend ni Cekni datang ye". Kesiannya anak buah aku berdua ni.



Si abang dan si adik



Tapi....janji aku tinggal janji. Hari ni aku ada Induction kat Bukit Jalil. Leader aku pagi hari dahpun sms aku, nak pastikan aku masuk ofis pagi esok. Petangnya, sms lagi. Bagi arahan suruh aku kerja weekend ni. Aku macam...grrr. Sabar tak boleh ke? Bukannya aku nak ponteng pura2 ambik MC esok, sorry..that's not me ok! Apa yang risau sangat aku tak masuk ofis esok. Aku tahu la kerja da menimbun tunggu aku siapkan.


Balik dari Induction, team mate pula call aku. Nak pastikan aku masuk ofis esok. Katanya leader bagi projek baru lagi hari ni. Haisy. Dan malamnya...seorang lagi team mate contact aku tanyakan benda sama. Tengok emel yang beratus pun aku dah stress. Hari ni, makin bertambah senarai kerja. Esok pengsan!


Hal kerja menimbun, kerja setiap hari tu aku rasa dah puas orang sekeliling aku dengar keluhan aku yang penat dengan semua ni. Sebab kadang aku rasa penat sangat bekerja lebih dari 12 jam sehari dan stress sangat melayan semua orang, kadang aku kena luahkan. Tapi hari ni aku rasa ralat, sebab weekend ni aku tak dapat tunaikan janji aku dekat anak buah kesayangan. Itu yang buat aku jadi....grrrr!


Dah kan panjang pulak entri ni. Ni kira tengah meluahkan perasaan bagi hilang rasa stress ni. Cuti lama pun tak guna, sebelum masuk ofis start kerja balik dah pun stress. Oh, aku homesick!



Nota takde kaki:
orang cakap, kau kerja kuat macam mana pun, gaji tetap macam tu, dan takde sape pandang penat lelah kita yang kadangkala abaikan makan minum kesihatan sebabkan kerja yang takkan pernah habis. tapi sebab kerja tu tanggungjawab, kau suka tak suka, kena la buat kan? biar Allah swt yang balas. kerja tu kan ibadah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan