»
Memaparkan catatan dengan label monolog... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label monolog... Papar semua catatan

Ahad, Disember 16, 2012

Kaku dihujani air hitam di jalan asal.


Kami punya cita-cita,
untuk maju bergerak ke hadapan, sama-sama..
ya,bersama-sama..

Langkah pertama.
Daki tangga demi tangga..
Berhenti di suatu tapak...kelihatan jalan luas didepan sana..
tiga cabangnya..

Kami tekad pilih yang lurus didepan.
Berjalanlah kami,
sambil bercerita tentang angan-angan.
dengan riang gelak ketawa
sampai satu ketika,
kami ketemukan hanya jalan mati didepan....
hampa sedikit,
"Jangan patah semangat,kita undur ke permulaan tadi..masih ada jalan"


Di tempat permulaan,
kami sepakat memilih cabang kiri..
melangkah dengan segunung doa.
moga sampai destinasi impian.
'ada harapan', bisik hati kecil
dua puluh langkah maju,
hampa.
ketemukan jalan mati lagi.
"Mungkin salah percaturan, kanan haluan sebenar kita ke destinasi"


Berpatah ke permulaan,
demi melorongkan diri ke cabang belah kanan pula
Besar harapan dalam setiap langkah kaki
Besar lagi impian mahu sampai ke destinasi impian dalam waktu terdekat,
Berjalan terus berjalan.
Menapak berhati-hati,
memang banyak duri disepanjang jalan.
kena bijak agar dapat mengelak
kena bersedia kalau terpijak
Allah sedang menguji,
akhirnya jalan mati jua yang kami ketemu.
Punah harapan


Longlai menuju ke jalan asal
Dipujuk hati terus bersabar
Tunggu sampai jalan mati itu bersambung
atau ada keajaiban lain
Tapi masihkah perlu bersabar
Untuk ditunjukkan jalan tersembunyi yang lainnya?
dan sementara waktu sabar engkau,
berterusan hidup dihujani air hitam
yang makin lama tompokannya bertebaran,
sanggupkah lagi hidup dengan sabar dalam baju makin dibasahi tompokan hitam..
di jalan asal ini?


Sabtu, Jun 23, 2012

sampai satu masa, aku terfikir...


sampai satu masa,
aku terfikir...
sudah tiada masa untuk dihabiskan untuk memanjakan diri sendiri.
masa yang ada cukup sekadar merehatkan diri dari sibuknya urusan dunia.
mujur hati masih sedar, "peruntukkan masa untuk urusan dengan Tuhan mu".

sampai satu masa,
aku terfikir...
sudah tiada duit untuk dibelanjakan untuk kesenangan sendiri.
yang tinggal sekadar cukup untuk mengisi perut siang malam.
semua kerana tanggungjawab yang terpikul.
mujur hati masih sedar, "sekurangnya aku masih ada duit untuk hidup"


sampai satu masa,
aku terfikir...

sudah tiada seronoknya bekerja bagai nak gila.
Please care me as a person, not as robot!
mujur hati masih sedar, "ikhlaskan hati mencari rezeki, sekurangnya aku masih punya pekerjaan"

sampai satu masa,
aku terfikir...
kadang aku mudah lupa,
suka merungut,
seolah tidak bersyukur untuk setiap nikmat yang Dia beri.
mujur hati masih lagi sedar, "teruskan audit & muhasabah diri, lakukanlah perubahan demi kebaikan".






moga dipermudahkan semua urusan..
amin..

Rabu, April 18, 2012

.semoga selamat sampai.


semoga selamat sampai.

jika terpaksa menempuh duri di pertengahan jalan,

atau terpaksa meminta teman penyuntik semangat sepanjang pengembaraan,

jangan pula kau menagih simpati dia yang berhati mulia..

yang selama ini kau cari dan jejak tika sakit dan susah mu

yang telah pun kau tinggalkan di awal perjalanan baru mu ini..

ya aku tahu, destinasi kau dan dia takkan sama.

aku tahu itu.

semua orang sudah sedia tahu.

:)



Nota takde kaki:
Happy 1st anniversary ***23! :)

Khamis, Februari 16, 2012

.hilang dalam diam.


Hilang dia.
Hilang kawan.
Hilang semua.
Bukan hilang, tapi aku umpamakan hilang.
Tapi ya, aku hilang semua.


Dunia sepi.
Diam.
Itu realiti hidup sebenar.


Dalam penjara,
kami para banduan semakin rapat.
semakin mesra.
mungkin mereka juga hilang sesuatu.
Maka sesama kami sendiri berkongsi rasa
berkongsi masalah,
berkongsi cerita.
Kecilnya dunia aku sekarang.


Kepada mereka yang menjauh.
Maaf dari aku.
Cuma mengharap kamu faham.
Aku tunggu masa bebas dari hukuman penjara,
atau sekurangnya hukuman diringankan.
Itu sudah cukup bahagiakan aku.




Bukan dongengan dari penjara




Bila sekeliling dipenuhi dengan manusia yang kononnya memahami tetapi hakikatnya tidak,
maka aku muntahkan bebelan hanya di Twitter.
Dengan harapan Twitter melayan bebelan aku walau dia bisu.
Itu yang manusia nampak.


Hari-hari di penjara.
Harimau betina garang bila-bila masa saja boleh mengaum,
lalu satu penjara dengar ngaumannya.
Harimau jantan bila-bila masa saja boleh menerkam.
Maka kami sesama manusia kerdil di penjara,
berkumpul.
bekerjasama.
mengambil berat.
berkongsi masalah yang sama.
menyokong satu sama lain.
yang hanya tinggal sisa-sisa motivasi yang masih lagi berbaki.
kerana hanya kami yang memahami.
Kami tak mampu melawan sang belang.
Ini yang manusia luar tak nampak.


Bercakap dengan Dia.
Itu kamu takkan nampak.
Dan takkan juga dengar.
Dan biarlah aku sendiri yang tahu.


Ini bukan dongengan dari penjara.




Khamis, Februari 09, 2012

Janji tinggal janji..



Sudah berapa lama tak menghabiskan masa dengan anak buah aku berdua tu. Kebiasaan yang dah lama aku tinggalkan, hujung minggu aku habiskan masa di rumah Kak Long. Melayan budak berdua tu. Sebab tu aku lagi rapat dengan Amsyar & Abrar, walaupun aku ada seorang lagi anak buah, Aqeel. Yang tu anak Angah aku. Sekarang? Dalam angan saja. Hujung minggu kalaupun tidak habiskan masa di pejabat, terpaksa habiskan masa dengan bekerja di rumah sewa. Connect VPN, bekerja macam biasa.


Amsyar & Abrar rindukan Cekni. Aku tahu. Minggu lepas sebelum balik kampung, aku balik jenguk diorang untuk beberapa jam. Malamnya aku naik bas balik KB. Dukung si Abrar sekejap, kononnya nak pujuk dia yang dari tadi mengekori aku minta didukung. Sudahnya, diorang berdua tu menangis meraung, mahu ikut aku balik kampung. Pagi Selasa, aku baru sampai dari kampung. Singgah rumah Kak Long sekejap sebab aku minta tolong abang ipar ambik aku dari Putra. Bila Abrar bangun dari tidur pagi tu, dia masuk bilik aku. Aku dengar Kak Long bagitau dia "Abrar, pergi kacau Cekni kat bilik". Dia tolak pintu bilik, senyum. Si kecil ni ikut mana saja aku pergi. Aku ke dalam bilik, dia ikut sama. Aku ke dapur, dia pun ikut jugak. Masa tu abangnya belum lagi bangun dari tidur.


Masa aku tengah bersiap-siap dalam pukul 9 pagi tu, masa tu si abang dahpun bangun. Amsyar tanya aku, sedikit pelat "Ni, mana?". Dia pendekkan nama aku, Cekni disebutnya Ni saja. "Cekni nak balik rumah sewa la Amsyar". Dia balas pendek "Ikut...", sambil buat mimik muka kesian.


Abrar pula langsung tak mahu keluar bilik. Teman je aku bersiap. Sibuk mahu berbedak sama. Selesai aku pakai tudung, terus dia hulur dua tangan. Tandanya minta aku dukung. Budak kecik ni dari tadi lagi tunggu aku rupanya.


Bila aku dah buka pintu, mahu keluar. Terus diorang berlari menuju ke pintu. "Ni...ikut". Si adiknya pula terus hulur tangan lagi. Masa tu Kak Long aku terus dukung dia, "Salam dengan Cekni cepat Abrar", dia meronta. Dah menangis masa tu. Terus aku cium pipi Abrar, "Nanti weekend ni Cekni datang ye". Kesiannya anak buah aku berdua ni.



Si abang dan si adik



Tapi....janji aku tinggal janji. Hari ni aku ada Induction kat Bukit Jalil. Leader aku pagi hari dahpun sms aku, nak pastikan aku masuk ofis pagi esok. Petangnya, sms lagi. Bagi arahan suruh aku kerja weekend ni. Aku macam...grrr. Sabar tak boleh ke? Bukannya aku nak ponteng pura2 ambik MC esok, sorry..that's not me ok! Apa yang risau sangat aku tak masuk ofis esok. Aku tahu la kerja da menimbun tunggu aku siapkan.


Balik dari Induction, team mate pula call aku. Nak pastikan aku masuk ofis esok. Katanya leader bagi projek baru lagi hari ni. Haisy. Dan malamnya...seorang lagi team mate contact aku tanyakan benda sama. Tengok emel yang beratus pun aku dah stress. Hari ni, makin bertambah senarai kerja. Esok pengsan!


Hal kerja menimbun, kerja setiap hari tu aku rasa dah puas orang sekeliling aku dengar keluhan aku yang penat dengan semua ni. Sebab kadang aku rasa penat sangat bekerja lebih dari 12 jam sehari dan stress sangat melayan semua orang, kadang aku kena luahkan. Tapi hari ni aku rasa ralat, sebab weekend ni aku tak dapat tunaikan janji aku dekat anak buah kesayangan. Itu yang buat aku jadi....grrrr!


Dah kan panjang pulak entri ni. Ni kira tengah meluahkan perasaan bagi hilang rasa stress ni. Cuti lama pun tak guna, sebelum masuk ofis start kerja balik dah pun stress. Oh, aku homesick!



Nota takde kaki:
orang cakap, kau kerja kuat macam mana pun, gaji tetap macam tu, dan takde sape pandang penat lelah kita yang kadangkala abaikan makan minum kesihatan sebabkan kerja yang takkan pernah habis. tapi sebab kerja tu tanggungjawab, kau suka tak suka, kena la buat kan? biar Allah swt yang balas. kerja tu kan ibadah.

Ahad, Februari 05, 2012

Bila rasa geram...maka jadilah 'Grrrrr!!!!'


Assalamualaikum...


Cuti panjang 9 hari masih lagi berbaki 2 hari. Masih belum puas rasanya merehatkan badan dan otak dari penat bekerja. Sungguh tenang di kampung, bersama keluarga. Terapi jiwa. Hati mula rasa malasnya nak balik KL, malasnya nak melalui hari-hari sibuk, kalut dengan bebanan & tekanan kerja. Hari yang padat dengan urusan dunia sampai kadangkala leka untuk isikan tabung bekalan akhirat. Astaghfirullahal'azim.


Hmm...dan juga tekanan dari perangai manusia yang pelbagai. Di pejabat. Di dot dot? No comment. Sabar je la kan? Kadang aku pun tak tahu, kenapa perlu aku fikirkan sangat cakap2 orang di belakang. Tak kuasa diri nak puaskan hati semua orang, tak kuasa diri nak melayan kehendak semua.


Bebanan masalah, masing2 yang tanggung. Masalah kita berbeza. Cuba kamu rasa apa aku rasa, dan jangan mengomel itu ini bila kamu rasa pahitnya. Tapi jika kamu nak mengomel lepas rasa apa yang aku rasa, aku takkan tempelak kamu balik dengan kata2 yang boleh buat 'makan dalam'. Aku tempelak dalam hati je..haha. Jaga hati orang dengan kata2 kita wahai sahabat semua. Lidah tu tajam, bila2 masa boleh buat orang terasa, tak pasal2 berdosa pulak. Ok, aku pesan pada diri sendiri sebenarnya.


Apa yang aku tahu, "Kita takkan merasai apa yang orang rasa, kita takkan faham masalah orang selagi kita sendiri tak merasa beban itu, jadi berhenti untuk menghakimi dan menjatuhkan hukuman".


Life is too short to stress yourself with people who don't even deserve to be an issue in your life.


Aku terbaca ayat di atas kat Twitter, baru aku sedar balik. Ah...sudahlah kusutkan lagi bebanan otak dengan orang2 yang 'sebegitu'. Maafkan dan cuba jangan ambil pusing dengan orang2 sebegitu..ye dok?


Hiasan semata!



nota takde kaki:
Jaga lidah, jaga mulut jangan sampai menyakitkan hati sesama saudara. Okbai!
*bebelan memotivasikan diri sendiri*

Selasa, September 20, 2011

DiamDiam Sudah.


Kisah segala macam tentang diri sendiri kadang habis semua dihebohkan.
Kalau boleh mahu satu dunia tahu.
Kalau mampu mahu semua orang ambil tahu.
Namun ada masanya pekung sendiri disorok seboleh mungkin....
tapi segala macam kisah dan pekung orang lain dicanangnya merata.
Ditambah lagi dengan tokok tambah segala rasa kelat dan warna yang hitam,
bertambah buruklah kisah orang lain yang dicanang.
Kisah yang manis bertukar pahit.
Pekung yang busuk menjadi semakin jijik.
Kenapa tidak sama-sama diam sudah?
Kau...kau, aku...aku.
Kisah aku tak perlu kau heboh dan kecohkan.
Apa kau mahu aku canang pekung kau?
Tutup mulut usah biarkan bersuara canangkan hal orang.
Sebab itu perlu belajar diam.
Bercakap bila perlu.
Syhhh! Diam-diam sudah...



Nota takde kaki: Biar kita diam saja, berilah laluan kepada mereka yang gemar bercakap...dan kecoh sana-sini itu. Itu hobi mereka, dan kita perlu faham.

Sabtu, Julai 16, 2011

menanti Oktober


Setiap hari login sistem sama mencari solusi apa, di mana dan bagaimana perlu dibuat? Buntu. Pandang laptop sambil mata melilau-lilau pandang atas bawah, semuanya tulisan yang sukar difaham. Mengantuk lalu menuju ke pantry sambil membawa syiling 20 sen, lepak sambil berborak dan membelek helaian akhbar. Itu hobi yang makin kami tinggalkan sejak masing-masing ada tugasan sendiri. Ahhh....bosan dengan sistem!!


Oktober, cepatlah datang!


Mahu tahu hati masih lagi setia disini Oktober nanti, atau pun berhijrah mencari rezeki di lain tempat.


Aku kagum dengan mereka yang setia disini hampir 10 tahun. Kerjaya berkembang disini. Aku suka tempat ini. Aku suka dengan mereka, suka dengan budaya kerja team aku. Tapi kelemahan sendiri buat diri merasakan tidak layak berada disitu.


Haiyya...(eh, tak baik mengeluh!)


Caiyok2!!!


Nota takde kaki:
Masa untuk diri sendiri makin merosot, hidup perlu dinikmati. Kan bagus training lagi...haha. Belog akan senyap sunyi lagi. Okbai!


Ahad, April 24, 2011

Konon-kononnya...


Konon-kononnya,
bila maxis bagi free call sehari sempena birthday,
kita mula fikir nak guna peluang keemasan lah katakan.
Nak call orang tu, orang ni..
dan bergayut lama-lama.


Konon-kononnya,
alang-alang dapat free call sekali je setahun,
rebut peluang untuk call kawan-kawan rapat zaman sekolah, zaman matrikulasi...
yang dah lama tak dengar khabar.


Konon-kononnya,
bila kredit satu sen pun tak ditolak bila buat panggilan,
asyik nak telefon mak ayah kat kampung je..
sampai semua topik dibualkan,
dan akhirnya mak cakap, "Dah panas telinga mak borak lama sangat".


Konon-kononnya,
ada 24 jam je free call,
paling kurang sejam dapatlah call orang tertentu yang kita selalu berhubung tiap hari,
sebab kita pikir takdela nak bazirkan kredit dia nanti,
malangnya tengok jam dah pukul 12 tengah malam, masih tak dapat peluang yang ditunggu.
Oh...tamat sudah free call yang konon-kononnya nak diguna habis-habisan dalam masa 24 jam.
Hampa sungguh~




Comel gila lebah ni!! Ok, aku yang gila tengok gambar lebah comel tapi fobia dengan lebah! haha..


Update: semalam bukan birthday saya. tapi birthday akak saya,saya pakai nombor dia. Apesal asyik ada isu dengan amir ni? Haha...nama amir sgt glamor di belog ni.


Nota takde kaki: Apa pengajaran korang dapat bila dapat free call terutamanya dari maxis?Haha..

Isnin, April 04, 2011

Masa depan dunia VS Masa depan akhirat



Sering kita mengeluh memikirkan masa depan kita. Pening dan resah memikirkan dan merancang masa depan. Dalam doa, kita mohon masa depan yang cerah untuk diri kita, laluan yang mudah dan rezeki yang melimpah ruah untuk masa depan yang terjamin.


Banyak persoalan terlahir dalam diri, yang berkaitan dengan masa depan. Siapa aku nanti? Seorang yang berkerjaya mantap, kewangan kukuh, berkedudukan, ada nama? Di mana aku esok lusa? Apartment mewah, banglo 3 tingkat, berkereta mewah, percutian mewah luar negara, atau hanya di pondok usang?


Siapa aku dalam masa 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun akan datang? Bagaimana kalau aku tolak peluang ini, dan tunggu peluang besar yang lagi menarik? Semuanya kesenangan dan nikmat dunia yang kita idamkan bila saatnya merencana dan memikirkan masa depan


Bila bercakap pasal masa depan, satu je dalam kepala kita. Masa depan dunia. Betul?


Tanpa kita sedar, kita tidak terlalu serius memikirkan masa depan yang lebih penting. Masa depan akhirat. Kita sibuk merencanakan masa depan dunia, tapi kita tinggalkan perancangan masa depan akhirat kita.


gambar: sumber



Padahal kita tahu, tujuan penciptaan kita. Padahal kita tahu, ke mana arah kita selepas dunia ini. Kita manusia yang tak bersyukur? Kita hidup dalam kerugian?


Masa depan dunia vs masa depan akhirat


Rasanya kita sudah tahu bezakan mana yang lagi utama. Cuma sebab kita masih lagi sibuk dengan urusan dunia, jadi kita tidak 'nampak' keuntungan untuk merancang masa depan akhirat. Dunia ladang akhirat. Ye, kita akui kebenaran kata-kata itu. Tapi amalan kita kadangkala tidak menambahkan saham bekalan kita untuk masa depan akhirat.


Hakikatnya, kita dapat kumpul saham untuk masa depan akhirat kita dengan melakukan sekecil-kecil kebaikan yang adakalanya kita langsung tak nampak kesan kebaikan itu untuk masa depan akhirat. Contoh?


Pergi sekolah/kolej/universiti, kerana tidak mahu kalah dengan tuntutan dunia pekerjaan :Masa depan dunia. Pergi sekolah/kolej/universiti seikhlasnya, kerana mahu menuntut ilmu yang memanfaatkan dunia akhirat :Masa depan akhirat.


Pergi kerja, curi tulang, rasuah masa tidak dipeduli, asal cukup bulan gaji masuk, kipas sana sini asal cepat naik pangkat @ gaji :Masa depan dunia. Pergi kerja, rajin dan amanah, tak rasuah masa sebab tahu kerja itu satu amanah :Masa depan akhirat.


Ada blog, update kisah peribadi kita sehari-hari, ribuan yang datang membaca, blog jadi popular, trafik kencang, untung duit nuffnang buat bekal kahwin: Masa depan dunia. Ada blog, update entry sedikit 'bijak + buat pembaca bermuhasabah diri', ada yang membaca dapat pula kesedaran dan perlahan berubah menjadi yang lebih baik: Masa depan akhirat.


Banyak lagi benda yang kadangkala orang tak nampak pun kebaikan kita lakukan, tapi sekecil-kecil kebaikan itu moga-moga membawa lebih banyak kebaikan dan bekalan saham untuk masa depan akhirat kita, insyaallah.


Nota takde kaki:
Untuk saya, untuk awak. Sama2 kita renungkan. =)

Jumaat, Disember 24, 2010

Entah.

Entah pada siapa harus bicara.
Entah ke mana hilangnya kekuatan diri.
Entah cukup kuatkah diri andai diuji.
Entah ada yang akan mengerti.
Entah sampai bila harus berdiam cuma.
Entah sampai bila bibir terus senyum.
Entah sampai bila mata terus menangis.
Entah sampai bila tidur tidak selena.
Entah sampai bila hati gundah-gulana.
Entah sampai bila jiwa termotivasi.
Entah bila kekuatan itu akan muncul..






*****

Perlu kuat. Perlu tabah. Perlu sabar. Perlu redha.


Khamis, Disember 23, 2010

Duhai hati yang berduka..


Hati bersedih.
Tak tertahan lagi air mata.
Memikirkan apa bakal terjadi.
Sengaja disembunyi di depan ramai.
Kekalutan hati dan fikiran.
Ya Allah..
Hanya padaNya tempat mengadu segala.
Tempat bercerita segala kekusutan.
Pada diri disuntik motivasi.
Tabahkan hati.
Kuatkan semangat.
Positifkan minda.
Senyumlah selalu.
Berdoalah seikhlasnya.
Allah mendengar mu,
Duhai hati yang berduka...




*Terima kasih..kamu ada temani aku menangis.

Rabu, Oktober 13, 2010

Air jernih itu...

air mata wanita
Dia on laptop lalu..

Mencari lagu-lagu yang sudah lama tidak didengar lalu..

Menghimpun lagu-lagu sedih dalam playlist..

Dengar lagu-lagu sedih sambil..

Nyanyi lagu-lagu sedih sambil..

Ingat kembali apa yang buat hati sedih..

Satu demi satu..

Ada air jernih mengalir perlahan di pipi dia, lalu..

Dia usap air jernih itu..

Biar ia pergi bersama rasa sedih itu..lalu

Dia mula menyanyikan lagu gembira..

Hilang sudah rasa sedih?

Oh...dia hanya pura-pura,

Menutup sedih semalam..

Yang mungkin berulang esok?

Dia tidak pasti akan itu..


Rabu, Ogos 11, 2010

Salam Ramadhan

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK


Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya

Semoga Ramadhan kali ini, lebih banyak ibadah yang kita lakukan

Semoga Ramadhan kali ini, kita lebih dekat denganNya

Semoga Ramadhan kali ini, ada sesuatu yang baik akan terjadi

Semoga Ramadhan kali ini, adanya penghijrahan dalam diri

Dan semoga Ramadhan ini, bukanlah Ramadhan terakhir untuk ku....

Wallahu'allam...

Jumaat, Julai 09, 2010

Jangan-jangan

Jangan kamu ganggu,
Di siang dan malam ku,
Kerana diri ku,
Tidak perlukan kamu..

Jangan kamu ganggu,
Di siang dan malam ku,
Kerana kamu sedia tahu,
Siapa aku..

Jangan kamu ganggu,
Alihkan perhatian ku,
Kerana aku tahu,
Apa niat mu..

Jangan kamu ganggu,
Alihkan perhatian ku,
Kerana hati ku,
Tetap akan disitu..

Jangan kamu ganggu,
Di setiap hari mu,
Kerana hati ku,
Setia pada yang satu..

Pada yang satu,
Aku setia disitu,
Pada yang satu,
Jangan sia-siakan aku..



**************
You should know what type of girl am i...i'm not as easy as you think.
P/s: Nyanyikan "Selamat Malam" tuk dia..ngee. Ngadanya dak bcuk tu...segan2. ^_^"