»
Memaparkan catatan dengan label Cekni's. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cekni's. Papar semua catatan

Sabtu, Mac 03, 2012

it's weekend!

Dari Dis 2011 hingga Feb 2012 tanpa cuti hujung minggu. Hujung minggu kali ini ada untuk aku. Syukur.

Habiskan masa di rumah kakak, layan budak kecik berdua ni. Sorang lagi budak kecik lagi lama aku tak jumpa.

Sorry my heroes, your Cekni is superBZ kuli :p



Lagak macam sendiri posing sendiri snap pic si budak kecik ni.
Comel!



Si abang tekun mengecam muka Imam Muda favourite dia.
Si adik maintain gelak depan kamera =)





Si kecik ni lagiiiii lah lama aku tak jumpa =(


Menunggu si kecik manis pula lahir, tapi entah bila. Aku rasa dua2 kakak aku tengah kempunan baby girl la pulok.

Nak tunggu aku, nikahnya belum, kawen pun belum...ecece. Hahaha...lari topik.
Okbai!


Khamis, Februari 09, 2012

Janji tinggal janji..



Sudah berapa lama tak menghabiskan masa dengan anak buah aku berdua tu. Kebiasaan yang dah lama aku tinggalkan, hujung minggu aku habiskan masa di rumah Kak Long. Melayan budak berdua tu. Sebab tu aku lagi rapat dengan Amsyar & Abrar, walaupun aku ada seorang lagi anak buah, Aqeel. Yang tu anak Angah aku. Sekarang? Dalam angan saja. Hujung minggu kalaupun tidak habiskan masa di pejabat, terpaksa habiskan masa dengan bekerja di rumah sewa. Connect VPN, bekerja macam biasa.


Amsyar & Abrar rindukan Cekni. Aku tahu. Minggu lepas sebelum balik kampung, aku balik jenguk diorang untuk beberapa jam. Malamnya aku naik bas balik KB. Dukung si Abrar sekejap, kononnya nak pujuk dia yang dari tadi mengekori aku minta didukung. Sudahnya, diorang berdua tu menangis meraung, mahu ikut aku balik kampung. Pagi Selasa, aku baru sampai dari kampung. Singgah rumah Kak Long sekejap sebab aku minta tolong abang ipar ambik aku dari Putra. Bila Abrar bangun dari tidur pagi tu, dia masuk bilik aku. Aku dengar Kak Long bagitau dia "Abrar, pergi kacau Cekni kat bilik". Dia tolak pintu bilik, senyum. Si kecil ni ikut mana saja aku pergi. Aku ke dalam bilik, dia ikut sama. Aku ke dapur, dia pun ikut jugak. Masa tu abangnya belum lagi bangun dari tidur.


Masa aku tengah bersiap-siap dalam pukul 9 pagi tu, masa tu si abang dahpun bangun. Amsyar tanya aku, sedikit pelat "Ni, mana?". Dia pendekkan nama aku, Cekni disebutnya Ni saja. "Cekni nak balik rumah sewa la Amsyar". Dia balas pendek "Ikut...", sambil buat mimik muka kesian.


Abrar pula langsung tak mahu keluar bilik. Teman je aku bersiap. Sibuk mahu berbedak sama. Selesai aku pakai tudung, terus dia hulur dua tangan. Tandanya minta aku dukung. Budak kecik ni dari tadi lagi tunggu aku rupanya.


Bila aku dah buka pintu, mahu keluar. Terus diorang berlari menuju ke pintu. "Ni...ikut". Si adiknya pula terus hulur tangan lagi. Masa tu Kak Long aku terus dukung dia, "Salam dengan Cekni cepat Abrar", dia meronta. Dah menangis masa tu. Terus aku cium pipi Abrar, "Nanti weekend ni Cekni datang ye". Kesiannya anak buah aku berdua ni.



Si abang dan si adik



Tapi....janji aku tinggal janji. Hari ni aku ada Induction kat Bukit Jalil. Leader aku pagi hari dahpun sms aku, nak pastikan aku masuk ofis pagi esok. Petangnya, sms lagi. Bagi arahan suruh aku kerja weekend ni. Aku macam...grrr. Sabar tak boleh ke? Bukannya aku nak ponteng pura2 ambik MC esok, sorry..that's not me ok! Apa yang risau sangat aku tak masuk ofis esok. Aku tahu la kerja da menimbun tunggu aku siapkan.


Balik dari Induction, team mate pula call aku. Nak pastikan aku masuk ofis esok. Katanya leader bagi projek baru lagi hari ni. Haisy. Dan malamnya...seorang lagi team mate contact aku tanyakan benda sama. Tengok emel yang beratus pun aku dah stress. Hari ni, makin bertambah senarai kerja. Esok pengsan!


Hal kerja menimbun, kerja setiap hari tu aku rasa dah puas orang sekeliling aku dengar keluhan aku yang penat dengan semua ni. Sebab kadang aku rasa penat sangat bekerja lebih dari 12 jam sehari dan stress sangat melayan semua orang, kadang aku kena luahkan. Tapi hari ni aku rasa ralat, sebab weekend ni aku tak dapat tunaikan janji aku dekat anak buah kesayangan. Itu yang buat aku jadi....grrrr!


Dah kan panjang pulak entri ni. Ni kira tengah meluahkan perasaan bagi hilang rasa stress ni. Cuti lama pun tak guna, sebelum masuk ofis start kerja balik dah pun stress. Oh, aku homesick!



Nota takde kaki:
orang cakap, kau kerja kuat macam mana pun, gaji tetap macam tu, dan takde sape pandang penat lelah kita yang kadangkala abaikan makan minum kesihatan sebabkan kerja yang takkan pernah habis. tapi sebab kerja tu tanggungjawab, kau suka tak suka, kena la buat kan? biar Allah swt yang balas. kerja tu kan ibadah.

Rabu, Disember 22, 2010

Selasa bersama Dinos Alive!

Salam..
Pagi semalam jalan2 lagi. Pergi melawat dinosaur kat Pusat Sains Negara. Ehe..maklumlah, cuti sekolah kan sekarang, haruslah guna peluang untuk jalan2 sebaik mungkin. Kang tak lama lagi da bukak sekolah, kena tumpu study pule. Saya kan ambik SPM tahun depan. ^__^v


Eh, rasa malas la nak cerita panjang2. Layan gambar je boleh? Tu pun sikit je diupload, sebab malas jugak..kwang3. Hei...pemalas betul!



Apa name dino ni ye? Kite panggil raksasa dinosaur baik jela..boleh?




Yang ni pulak dinosaur jahat...huwargh! Tengah melilau cari mangsa.




Aiyyo...da dekat ngan dino jahat. Tapi si kecik ni berlagak selamba lagi.




Aiyyoo...itu dino jahat sudah nampak kita la! Lari cepat!!




Muka lega + bahagia sebab berjaya lari dari dino jahat. Rehat kejap...penatlah!




Hai saya Abrar!! Saya tak kena kejar dek dino jahat pun...oyeah!



Pameran Dinos Alive kat PSN ni sebenarnya dari 1 Dec 2010-31 Mei 2011. Jadi, kalau rasa nak pergi bawak budak2 kecik yang sememangnya suka tengok benda2 macam ni, boleh la pergi sana. Ada banyak ekor lagi dino kat ruang pameran lain, kalau nak tengok...sile la ke sana ye. Eh, tolong promote pule. Tapi sekarang, banyak galeri2 pameran lain tengah diupgrade.

Ok. Bye!


Isnin, Disember 20, 2010

Amsyar dan lappy Cekni


Salam...
Entri ni pun tak nak taip panjang2. Hanya mahu bercerita seringkas mungkin dengan adanya gambar2 budak kecik ni.


Si Amsyar ni, pantang tinggalkan lappy ter'on' kejap je...mesti dia datang tolong 'off'kan.
Takpun main tekan2 dulu sebelum 'off'kan lappy.

"Mula2 kite off lappy Cekni"




"Pastu kite on balik lappy Cekni...yeay!"




Ecece...bizi sungguh jari-jemari tu tekan2 keyboard laju2. Tengah buat kerja la tu kunun!

Si kecik ni tengah taip ape? Haa...itu kite taktau. =)



********* Pada hari yang lain pule **********



Eip! Si kecik Amsyar ni khusyuk tengok ape? Jom kita terjah!




Oh! Layan movie ye.. Bee comel..ehe~



Lagi dan lagi. Khusyuk yang amat......




.......sampai tak sedar orang tengah snap pic.




"Bantal bucuk ni untuk keselesaan semasa menonton".

Pandai pulak tetiba pergi cari bantal dia...haisy, macam2 la budak kecik ni~


***********

Hari2 lain pun macam tu jugak.
Pantang tengok lappy on je, pastu tuan punye lappy takde depan lappy...mesti dia pergi main tekan2 dulu, pastu 'off'kan. Pastu on balik.

Dah tau main on off, dia boleh pulak gelak nakal. Kadang2 dia sengaja buat2 nak 'off'kan lappy sambil mata tengok dekat saya, nak tunggu reaksi saya. Tunggu Cekni dia buat bunyi kucing dulu baru dia kunun2 takut-lari masuk bilik-tak pun nyorok belakang mama dia.

Tak nak bagi dia main tekan2 senang je, pasang je cerita upin ipin...sure tak bergerak duk depan lappy je. Khusyuk yang amat kalau tengok cerita upin ipin.


~Tamat sudah~




Nota takde kaki:
Budak kecik ni selalu hiburkan hati. Masa tengah bersedih sebab hal yang saya tak suka selalu diulang2 oleh seseorang dulu, Amsyar la yang buat hati tersenyum kembali. Saya mula dekat dengan 'budak tu' pun lepas Amsyar lahir.

Rabu, Disember 15, 2010

Jalan-jalan


Bercerita seringkas mungkin...boleh kan?




Ahmad Abrar menguap. Comel je *bagi aku*. On the way~





Ahmad Amsyar pose mengada. Susah tengok dia senyum depan kamera sekarang.
Nasib baik sempat snap.
Masa ni dah nak sampai rumah Che Nen kat Kota Kuala Muda.





Jalan2 ambik angin petang kat pantai.
Kata Kak Long, "Mana2 pantai pun same je. Laki pompuan belum kawen datang duk wat maksiat."
Eh, ade benarnya kan?





Sungguh comel dua beradik nie, sempat lagi baring2 kat masjid.
Bosan menunggu pengantin baru tengah akad nikah.
Psstt...amsyar 'culik' susu adik dia.
Pantang abrar lambat minum je, mesti botol susu tu bertukar hakmilik kejap.





Amsyar excited tengok kapal tapi panik bila kat atas feri. =)p




Pergi Penang tak sah tak pergi USM. Universiti kebanggaan abang ipar la katakan.
Dari KL sampai ke Penang, tak habis2 dengan cerita USM itu, USM ini.
Naik bosan aku dengan Kak Long dengar..hoho.



Dialog ini adelah konspirasi aku dengan Kak Long bila balik KL..wahaha. Tasik USM kat belakang tu memang betul2 ada banyak biawak besar, bukan kat atas pokok. =p





Akhirnya, ada jugak gambar sendiri....yosh!


~Tamat sudah~

Rabu, Oktober 20, 2010

Aku kan abang!

Aku anak kecil yang tahu erti berkongsi kasih sayang dengan orang yang aku sayang. Aku anak kecil yang sudah mampu untuk memahami bahagianya mama dan walid ku setelah lahirnya dia. Aku juga sayangkan dia, seperti semua sayangkan dia. Tetapi kadangkala aku tidak tahu bagaimana harus aku tonjolkan perasaan sayang aku pada dia.


Bila dia menangis, aku akan berjalan laju seolah berlari menuju ke tempat tidur dia. Aku sudah tidak peduli dengan mainan-mainan yang menghiburkan hati aku. Lantas aku mendekati dia, aku cuba memujuk dia. Walaupun ketika itu nenek ku sudah pun mengendong dia. Aku cuba tepuk-tepuk dia. Pada aku itu tepukan untuk memujuk...yang perlahan. Tapi dia menangis. Mungkin terkejut dengan tindakan aku. Lantas aku cium dahi dia. Nenek tersenyum lalu menyuruh aku teruskan bermain.


Bila aku lapar dan merengek-rengek, dia juga mula merengek. Bila aku mula rasa mengantuk, dia juga akan mula menangis memberi isyarat mahukan mama mendodoinya. Aku mengalah. Kadangkala aku sendiri akan berbaring sambil bermain-main dengan pakcik-pakcik dan makcik-makcik ku. Bila cekni pulang, aku rasa gembira. Aku hulurkan tangan kecil ku minta didukung. Cekni kadangkala suka mengenakan aku. Dia akan pura-pura melarikan diri dari aku, kemudian aku akan kejar cekni sehingga dia mendukung aku. Cekni akan menari-nari dengan aku. Kadangkala cekni menyorok, kemudian aku akan cari. Kadangkala aku yang menyorok, aku pun pandai menghibur hati orang taw! Bila malam, cekni yang akan mendodoi aku. Menggantikan tugas mama. Aku mengalah dengan dia. Kerana aku kan abang!


Bila walid ku pulang menjenguk aku, mama dan dia di kampung, aku mengambil kesempatan ini untuk bermanja dengan walid. Aku akan minta didukung, didodoi, disuap dan macam-macam lagi. Aku abang, tapi aku seorang anak kecil yang manja.


Pagi itu, aku lihat dia didukung moyang ku. Aku lihat mama pakai baju lawa. Aku lihat walid berulang-alik memunggah barang ke dalam kereta. Aku tahu mama dan walid akan pergi. Tapi kenapa nenek memakaikan aku baju biasa? Aku mula faham. Aku sedar. Hati aku kecewa sedikit tapi aku kan anak kecil yang baik. Aku tahu mama dan walid hanya meninggalkan aku sekejap sahaja. Aku mengalah kerana aku kan abang!


Mama datang kepada ku. Mama cium aku berkali-kali. Mama peluk aku erat-erat. Aku pegang tangan mama sambil cium tangan mama. Aku tahu dalam hati, mama menangis. Aku kenal sangat dengan mama ku. Kemudian mama masuk ke dalam kereta. Aku hairan. Kenapa mama tidak menghiraukan dia. Aku tahu aku tidak pandai berkata-kata. Sekadar bunyi "huhh" saja aku pandai. Lantas aku tunjukkan jari ku ke arah dia. Seakan memberi isyarat kepada mama ku. "Mama, kenapa mama tinggalkan adik?". Aku tidak tahu rupanya mama hanya buat-buat terlupa akan dia. Mama tersenyum. Rupanya mama faham isyarat aku. Lantas mama mendapatkan dia. Kemudian aku dicium dan dipeluk walid. Beberapa minit kemudian, kereta walid bergerak meninggalkan pekarangan rumah nenek. Aku pandang mama yang menoleh ke arah ku. Aku lambai-lambai mama, walid dan dia. Aku tak menangis. Kerana aku anak kecil yang baik. Aku tahu tidak lama lagi mama dan walid akan pulang mengambil ku.


Kali ini aku mengalah dengan dia. Dan membiarkan mama dan walid meninggalkan aku di kampung. Kerana dia adik, aku kan abang!


*******
Nota tak berkaki: Aku rindukan amsyar yang amat. Teramat rindu...:'|

Selasa, Ogos 03, 2010

Amsyar Cukup 1 Tahun

Happy 1st Birthday Amsyar cacaca...!!



May Allah swt blessing you dear..

Love and miss you soooo much!


Be a good boy and abang soon ;)

************
Terlalu rindukan si kecik nie. Hoho...tunggu puasa cekni balik main dengan amsyar puas2 ye.



P/s: Mintak amsyar dijauhkan dari demam teruk, kang cekni banjirkan satu rumah lg. :(

Selasa, Jun 22, 2010

Cekni & Amsyar


5:50 am
Bangun pagi, solat subuh..sambung tanda kertas exam. Rajinnya!

6:30 am
Kak long pegi kerja, amsyar tak bangun lagi..yeay! Jadi, main sms jap sebelum ambik kesempatan tido jugak sebelah dia. =)

7:40 am
Amsyar bangun. "Assalamualaikum amsyar". Baby cute nie senyum je bila bagi salam..nampak bberapa batang gigi, comey lote amsyar nie.

"Amsyar nak susu?" sambil tunjuk botol susu dia. Sengeh je. Buat susu.
"Nape bau masyam nie". Aiyak..jom2 basuh, pastu mandikan terus la jawabnya. Prepare air suam, kang melompat amsyar kalau kena air sejuk pagi2 hari nie..hehe.

Bath time!! Yang nie seronok kalau dia dalam mood baik. Leh berendam dalam air lama2 sambil main itik kuning kuek-kuek. Kalau tak...jangan cakap la, abes basah satu baju sebab dia tak nak mandi.Dahla makin berat skang..jangan dera cekni arini ye amsyar.

Siap mandi. Sapu losyen, ubat, pakai baju + seluar sume...oppss, pampers tertinggal lak. Pastu, minum susu. Kenyang.

8:30 am
Main dengan hati yang girang. Ambik bantal, peluk, cium, gelak sorang2. Ambik mainan, sume nak masuk dalam mulut. Amsyar pantang dengar nasyid buah-buahan ngan nasyid binatang. So, bukak lappy walid dia, biakan dia tengok video2 tu sampai dia puas.

9:00 am
Amsyar duk diam2, cekni da kebulur. Sarapan jap..toasted garlic bread, poyonya..hik2, roti bakar je kot. Sarapan tu penting tuk permulaan hari yang baik..wahaha, ayat macam kenal je.

Suapkan jugak roti tanpa garlic butter kat amsyar, dia memang tak leh tengok makanan, sume nak even tak layak masuk dalam perut seorang bayi berusia 10 bulan, contohnya aiskrim etc. Roti tu takpe la.Nama pun baby yang da besar..kan2?

Sambung main lagi si amsyar nie. Bangun, jalan 2 3 langkah, stop..duduk. Semalam sampai ke 5 langkah kot dia jalan...wahaha, sukanya tengok!!

Lagi satu, memandangkan cekni si amsyar nie suka je usik amsyar, wat macam2 bunyi..pandai lak dia tiru. Semalam, dia wat bunyi kucing meow meow pas cekni dia wat. Terkejut mama amsyar dengar anak dia da pandai wat bunyi macam kucing jantan lak..haha.

Ok..sambung main lagi ngan amsyar. Menari pun amsyar suka jugak. Rasanya sume baby suka kalau ada orang dukung dan menari2. Dulu2 masa mengasuh dik yie, dia pun suka bila part menari nie. Pusing sana pusing sini, tu dikira menari bagi baby2 sedunia ok! ^^v

9:30 am
Amsyar da mula tunjuk tanda2 mau tito...garu2 mata, da mula tak nak main, garu2 mata balik, sambil hisap bibir sendiri. Kadang2 bila da ngantuk, suka je dia cium pipi cekni ,main2 hidung, cium pipi balik...hesy si amsyar nie. Haha..

Bagi susu. Letak dalam buaian. Dodoi amsyar. "Buai laju2". Sure amsyar tak tidur kalau dodoi pakai lagu tu. Hehe. Pas nasyid, berzikir dalam bberapa minit. zZzZzZ..amsyar da tito! Boleh la cekni relaks jap plus buat keje2 lain, cthnya berFB, hik2.

11:15 am
Amsyar akhirnya terbangun juga selepas bberapa siri gangguan dari anak buah kak long yang duk sebelah umah. Amsyar tito pun sengaja buat bising, diketuk2 pintu tu banyak2 kali padahal da cakap awal2 amsyar tengah tidur. Geram pun ada!

Main2 ngan amsyar lagi. Jaga amsyar sangat senang bila perut dia da penuh. Kumpul bantal2, bantal spongebob squarepant, bantal ulat bulu kaler2 yang lagi besar dan panjang dari amsyar, bantal chipmunks, bantal2 len termasuk bantal peluk ku, si garfiled. Bagi dia main ngan sume bantal2 tu. Gelak sana gelak sini.

12:05 pm
Emm..amsyar 'diculik' oleh orang sebelah. Kalau la tahu orang sebelah nak bawak amsyar turun pegi ambil anak dia dari sekolah, awal2 lagi bagi topi suruh amsyar pakai. Pukul 12 tgahari ok! Nasib cuaca hari ni tak panas terik, tapi still panas dan tak elok tuk bayi.

1:00 pm
Orang sebelah datang hantar amsyar balik selepas 'diculik' sejam. Aiyak..masyam je. Ok2..jom basuh. Minum susu. Main kejap. Amsyar da mula gosok2 mata. Tadi kejap sangat dia tidur sebab banyak gangguan...kesian amsyar.

Otw nak tidur, anak orang sebelah datang ganggu lagi. Kononnya nak main ngan amsyar lagi, nak bagi mainan baru. Tadi kan da main lama ngan amsyar dik oi! Mulanya ketuk2 pintu biasa je, lastly dihentak2nya pintu grill tu kuat2 sebab permintaan dia tak dilayan. Memang tak leh sabar!!! Marah kang anak orang. Emm..takpe, kena sound budak nie, sound sikit je..tak banyak. Haha..

Pastu, amsyar tidur dengan lenanya. Like this! ^^.


2:00 pm
Mama asmyar da balik keje. Walidnya tak habis kursus kat UPM lagi.

Petang sampai ke malam, gilir2 ngan kak long jaga plus main2 ngan amsyar sampai la dia tido..zZz



P/s: arini 1st time sehari suntuk tak sempat nak calling2 dengan dak kecik...dia tertido sebab penat kerja...:(. takpe2..saya faham, hehe..oleh sebab tu,layan Baik2 Sayang. uhuk2..
Tapi2...pastu dia tersedar tido balik..wahaha..suka2.