»
Memaparkan catatan dengan label famili. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label famili. Papar semua catatan

Rabu, Disember 15, 2010

Jalan-jalan


Bercerita seringkas mungkin...boleh kan?




Ahmad Abrar menguap. Comel je *bagi aku*. On the way~





Ahmad Amsyar pose mengada. Susah tengok dia senyum depan kamera sekarang.
Nasib baik sempat snap.
Masa ni dah nak sampai rumah Che Nen kat Kota Kuala Muda.





Jalan2 ambik angin petang kat pantai.
Kata Kak Long, "Mana2 pantai pun same je. Laki pompuan belum kawen datang duk wat maksiat."
Eh, ade benarnya kan?





Sungguh comel dua beradik nie, sempat lagi baring2 kat masjid.
Bosan menunggu pengantin baru tengah akad nikah.
Psstt...amsyar 'culik' susu adik dia.
Pantang abrar lambat minum je, mesti botol susu tu bertukar hakmilik kejap.





Amsyar excited tengok kapal tapi panik bila kat atas feri. =)p




Pergi Penang tak sah tak pergi USM. Universiti kebanggaan abang ipar la katakan.
Dari KL sampai ke Penang, tak habis2 dengan cerita USM itu, USM ini.
Naik bosan aku dengan Kak Long dengar..hoho.



Dialog ini adelah konspirasi aku dengan Kak Long bila balik KL..wahaha. Tasik USM kat belakang tu memang betul2 ada banyak biawak besar, bukan kat atas pokok. =p





Akhirnya, ada jugak gambar sendiri....yosh!


~Tamat sudah~

Sabtu, Ogos 21, 2010

Sape kate tak best ada keluarga besar? | episod 1

Sape kate tak best ada keluarga besar? Best wooo....sile percaya!
Bak kata tajuk lagu ct nurhaliza, Percayalah~

Sempat la jugak menconteng muka2 comel seperti di bawah sambil jaga dak amsyar. Suka suki je muka sendiri yang paling comel dalam gambar kan siap ada bunga sekali kat kepala (sila rujuk gambar).

Al-maklumlah, tak pernah ada waima sekeping pun gambar famili di mana muka2 hensem dan lawa bersatu dalam 1 gambar. Paling liat untuk bergambar umi, papa, abe chik dengan amar. Jual mahal sengoti sungguh T__T
Maka dengan itu, inilah dia satu2nya gambar famili yang ada..^_^

FAMILI SAYA (macam tajuk karangan sekolah rendah dulu2 kan?)
Amsyar & Aqeel, cekni ingat korang cuma xmuat nak lukis.



Keluarga besar dan ramai. Ape jawapan anda? *Boleh pilih lebih dari satu, jawab dalam hati je ok hehe*
A. Saya sukaaaa sangat2. Lagi ramai lagi meriah.
B. Untung woo ada famili besar, time susah senang ada yang tolong.
C. Saya suka famili kecik je, lagi senang tak banyak kerenah.
D. Euww! Please. Tak best langsung!
E. Saya nak anak ramai nanti. Tak kire!!
F. Saya takde pape perasaan tentang isu ini.
G. Famili besar ke kecik? Ape ku kisah.
H. Saya pun tak tau laaa.

********

Tiap kali kawan2 atau sesiapa je yang tanya berapa adik-beradik saya, antara reaksi diorang,
"Wow!!","Mak ai,ramainya!", dan ape ntah lagi.
Ramai ke? Orang lain ada yang lagi ramai kot. Tapi disebabkan rata2 kawan saya keluarga diorang kecik je mesti la diorang terkejut kan.

Mak ayah saya bukannya ada harta banyak seperti orang lain yang pernah saya kenal, pernah saya jumpa. Tapi anak2 lah harta mak ayah saya. Allah swt bagi rezeki dengan cara begini.

Pernah dulu masa form2, masa tu umi baru lepas lahirkan dik yie. Ada seseorang menjadikan kedai kopi sebagai tempat untuk perli umi dan papa kerana terlalu ramai anak. Dia mungkin lupa saya berada di situ sedang membeli barang, dan dia mungkin fikir saya ni cukup bodoh untuk tidak berkecil hati dengan kata2 dia. Ada kamu susah ke kalau tu rezeki Allah swt nak bagi? Tapi beberapa tahun kemudian, Allah swt nak tunjukkan sesuatu. Akhirnya dia termalu dengan kata2 sendiri, dan mungkin juga malu nak ke kedai kopi. Sekurang2nya umi papa ada anak selepas kahwin, bukannya sebelum kahwin!

Ok mari sambung ke cerita asal.

Mungkin bagi yang mempunyai keluarga kecil terfikir, macam mana hidup orang yang ada famili besar macam saya? Kalau mak ayah kaya, gaji besar rumah besar lain cerita. Kalau ayah sorang je kerja dengan gaji sesiput seciput macam mana? Alhamdulillah...setakat ni kami adik-beradik cukup makan cukup minum, cukup kain untuk tutup aurat sendiri, masih ada tempat untuk berteduh, cukup ilmu mana yang patut insyaallah dan yang penting masih cukup kasih sayang lagi malah semakin bertambah ceria bila masing2 dah besar nie.

Yang penting, boleh hidup jugak kan? Takde la mendatangkan banyak masalah bagi kami adik-beradik. Tapi susahnya umi papa nak besarkan kami 9 beradik, hanya Allah swt yang betul2 boleh membalasnya dan memberi ganjaran setiap apa yang mereka lakukan. Sob2...sebak kejap.

*tiba2 rasa malas nak tulis lagi, stop dulu boleh kan? nanti kita sambung next entry*

Mesej:
Sayangi keluarga kita. Keluarga besar atau kecik tak penting sebab tu masing2 ikut rezeki Allah swt bagi, yang penting "Family first".

Salam. aku cahaya mata kehidupan umi papa .

Rabu, Ogos 18, 2010

Sedih dan sayu [cerita dulu vs sekarang]

Sayu..hati ini makin sayu
Rindu...terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa, di hari bahagia...hari raya.....lalalala (sile nyanyi ikut lenggok suara ct nurhaliza ye)

Stop mengarut.
Memang rindu nak balik kampung, buka puasa kat kampung. Padahal nanti balik cuti berpuasa & raya kat kampung 3 minggu kot, dis is soooo pagel!

Cerita dulu (zaman farisian & matriks)

Masa masih pegang status farisian dulu, tiap kali nak balik sekolah pas cuti hujung minggu je mesti umi akan hantar aku kat stesen bas Kota Bharu. Jarak KB-PC dekat je cuma. Naik bas tambang berapa hinggit ye..dalam RM1.00++ kot, ingat2 lupa.

Tapi tiap kali bila dah ada dalam bas, tengok umi kat luar. Rasa sayu, sedih je. Padahal hujung bulan nanti boleh balik rumah lagi. Takpun keluar outing, jumpa umi. Kawan2 lain time outing, betul2 outing dengan kawan2 je. Tapi aku nie kes special sikit, tiap kali outing, tak sah tak date dengan umi kat KB tu.

Dalam bas, mula la aku rasa mata berair. Cepat2 tenangkan diri. Kang ternangis dalam bas malu woo, sebab farisian lain ade jugak (tapi junior la). Sedih, sayu je tengok umi. Lagi sayu bila bas dah mula gerak, tengok umi lambai2 kat aku. Oh2...T_T, kontrol air mata. Penat2 umi pun sanggup temankan aku datang KB, hantar aku kat stesen bas sebelum berdikari balik asrama sorang2.

Bila tengok ramai kawan lain mak ayah diorang hantar sampai ke pagar asrama, aku bangga sekejap. Sekurang-kurangnya aku berdikari, walaupun umi masih teman ke stesen bas tadi. Sampai je asrama terus call rumah, cakap aku dah sampai.

Sungguh tak suka perasaan sedih dan sayu itu. Rasa mau nangis je. T_T

***********

Masuk matriks pun gitu jugak. Umi jarang2 ikut hantar aku pergi stesen bas sebab biasanya aku balik arau malam. Yang hantarnya papa. Tapi tiap kali lepas salam dengan umi, naik kereta pastu...mula mata bergenang. Adeh...selalu takleh kontrol perasaan sayu dan sedih tu. Tapi kat stesen bas lepas salam dengan papa, perasaan dah ok balik. Kire sambung nak rasa sayu2 dalam bas pulak...hehe.

Cerita sekarang (zaman u)

Zaman u, kira dah makin matang konon. Dah pandai kontrol rasa sedih dan sayu, tapi kadang2...tertewas gak. Hoho..

Cerita terbaru...

Tiap kali lepas jumpa je, dia hantar aku kat bus stop seksyen 2 tu. Alah, dekat sangat kot dari bus stop nak balik kolej. Padahal esok boleh jumpa lagi kot, tapi ntahla. Tak tau kenapa, sebelum bas gerak..tengok dia masih lagi tunggu sampai bas tu gerak, rasa sedih pule. Hoho..pelik kan?

Nak2 lagi time dia hantar aku kat kl sentral. Time tu memang rasa taknak naik bas je...huhu. Lagi lama tunggu bas lagi suka sebab dia ada teman kat sebelah. Dalam hati ade jugak rasa kesian kat dia sebab menyusahkan dia. Tapi bila tengok dia pergi @ aku yang naik bas dulu...mesti dalam hati, "Ya Allah, apesal sayu dan sedih je nie? Minggu depan jumpa lagi kot."

Dan semalam, lagi buat aku sayu. Tengok dia berjalan pergi lepas hantar aku. Masa tu hujan gerimis. Tengok dia pergi sampai dia hilang dari pandangan. Oh2...memang syahdu. Sayu je hati. Dan teringat kata2 dia masa kami berjalan dalam hujan tadi. Ok saya akan sabar. T_T
*Sungguh tak boleh blah ayat disini...rasa nak gelak menyampah pun ade. Haha..*


P/s: Agak2 kalo dia baca mesti dia cakap "Sungguh suyu butul" tak? Haha...sempat menyakat lagi aku nie. ^__^v

Papai...salam.