»

Sabtu, Februari 26, 2011

Terharu dengan mereka

Terharu dengan bebudak darjah 6, walaupun minggu ni dah tak mengajar diorang lagi, asal jumpa je diorang mesti nak salam cium tangan. Asal nampak kelibat aku mula la nak melambai-lambai gaya cam masuk pertandingan ratu cantik siap wat peace...dan jerit2 panggil nama aku. o_o"


Terharu dengan bebudak darjah 5, walaupun sempat mengajar diorang untuk 3 hari saja, siap datang cium tangan peluk bagai bila aku cakap "Cikgu dah tak masuk mengajar kelas awak semua hari ni".


Tak kisah dengan gelagat diorang, malah rasa sangat2 dihargai. Tapi terkadang segan bila ada cikgu2 lain yang tengok gelagat diorang bila dengan cikgu sementara yang bakal bersara minggu depan ni.

Ok, bye! Assalamualaikum.

Nota takde kaki:
Esok ahad dan saya mahu berbahagia....tettt.

Sabtu, Februari 19, 2011

Cikgu tak tipu laaa..


*entri ni nak story mory je dengan panjang lebarnya mungkin. Ini semua kerana sangat bosan tinggal keseorangan di rumah.


Alkisahnya bebudak sekolah cakap aku kelentong diorang, tipu diorang sebab aku cakap hari terakhir di sekolah adalah semalam, 18 Feb. Tup tup, pagi tadi aku muncul balik ke sekolah.


*hari ni hari sabtu, dan kami kena gantikan tuk cuti CNY sebelum ni*


Pagi, masuk je kawasan sekolah..aku kena lalu depan tapak perhimpunan dulu untuk naik ke pejabat. Tiap-tiap pagi bebudak ada roll call. Pagi tadi, diorang tak hiraukan cikgu-cikgu darjah 6 yang lain. Terus ada budak 6R yang jerit, "Aik cikgu! Cikgu datang lagi?" Adlan budak muka macam Azzam IK2 seperti biasa bila nampak aku, buat isyarat peace sambil sengeh (^__^)v. Dan aku tengok si Firdaus duk tersenyum sambil lambai-lambai dekat belakang. Selesai tulis kehadiran, aku terus turun tapak perhimpunan balik. Dan-dan si Zaiezry, "Cikgu tipuuu, kata tak datang da harini. Masuk kelas kitorang taw!". Malangnya, hari ni aku tak masuk 6R.

*********

Bukan niat nak kelentong, jauh lagi nak tipu bebudak tu. Aku dapat tau yang Puan GB suruh aku sambung lagi 9 hari sebelum balik sekolah semalam.


Dan petangnya, balik rumah agak lewat sebab kakak nak selesaikan kerja dia. Jadi petangnya sempat jumpa dengan bebudak perempuan 'the pom pom girls' kelas 6A, 6C dan 6I yang datang tuk latihan diorang. Maka mereka jerit panggil nama aku.

Syikin: "Cikgu, esok cikgu tak nak datang ke?". Yang lain hanya memandang.
Aku: "Esok cikgu datang lagiii". Senyum.
Semua: "Yeaayyyy!!!". Bukan main kuat lagi suara, kalau Puan GB dengar haruslah kena tegur.
Izzati: "Hari sukan cikgu datang tak?"
Aku: "Datang. Tapi minggu depan cikgu da tak masuk kelas korang taw".
Semua: "Alaaaaaaaa cikguuuuuuuuuu!!!"
Campur2: "Nape cikgu tak masuk?. Masuklah ngajar kelas kitorang lagi cikgu".
Aku: "Kan ustazah awak dah datang minggu depan, jadi dia masuklah mengajar balik".
Syikin: "Habis cikgu tak jadi berenti?".
Aku: "Saya ada kat sekolah lagi 9 hari. Tapi tak masuk mengajar macam biasa la. Just kena relief kelas kalau ada cikgu tak datang".

Kami berborak-buat bising lagi di kantin kemudian aku pun dah nak balik. Tau 'the pom pom girls' tu buat apa lepas tu? Diorang beratur dekat dengan pagar sekolah, tunggu kereta abang ipar aku lalu depan tu, siap lambai2 lagi. Terasa bebudak ni melambai-lambai seorang guru tuk Majlis Persaraan Cikgu Segera Yang Sementara ini.

********

Hari ni, bila masuk kelas 6C, bebudak yang tak tau cerita sebenar bertalu-talu tanya aku itu ini. Dan diorang dengan penuh harapannya nak aku jugak yang masuk mengajar kelas diorang minggu depan. Lagi pening bila si Firdaus tak habis-habis mintak aku bagi pape kenangan dekat dia, dan suruh aku tukar profile picture kat FB. Katanya, "Cikgu bagi marker pen pun jadi la cikgu". Dan "Cikgu, kenapa takde lagi gambar dekat fb, saya nak gambar cikgu".



Di kelas 6A, keadaan sama berlaku. Kelakar bila ada jugak bebudak yang mintak sign sampaikan si Fayed cakap "Glemer sangat ke cikgu ni?". Aku ape lagi, "Eh...mestilaaa". Diorang duk sibuk-sibuk mintak emel, nombor fon la hape la.


Melayan kerenah diorang yang banyak mulut dan nakal terutamanya bebudak laki ni kadang-kadang memeningkan, tapi seronok. Boleh hilang rasa sedih bila melayan gelagat diorang yang mengada lebih ni. Paling mengada mesti la bebudak lelaki, nakal, degil, banyak cakap..semua diorang yang bolot. Bebudak perempuan maintain dengan perangai manja sweet mweet diorang.


Makin hari, makin sayang aku dekat diorang. Rezeki kot, ada 9 hari lagi bersama diorang. Bak kata Firdaus, "Saya tak dapat jumpa cikgu dalam kelas, dapat jumpa kat bilik guru pun jadi la".


Ok daaa...terlalu panjang sesi bercerita. Sebenarnya sangat excited dengan diorang, sebab tu tercerita dengan panjangnya *itupun banyak cerita semalam dan hari ni di skip*
Mungkin ada yang tak suka entri ni. Maaf~

Adios!


Nota takde kaki:
They coloured my life.

Jumaat, Februari 18, 2011

Kami sayang cikgu Aini..


"Terima kasih cikgu Aini. Kami sayang cikgu Aini".
Part yang paling aku suka bila dah habis mengajar. Zaman sekolah rendah dulu, hanya ungkapan "Terima kasih cikgu...." disebut dengan panjang meleretnya. Biasalah, nama pun budak sekolah rendah. Gaya bagi salam, ucap selamat atau terima kasih tetap sama. Tapi zaman aku jadi cikgu ganti, ungkapan "Terima kasih cikgu" di akhir setiap kelas ditambah lagi dengan "Kami sayang cikgu", nak-nak lagi kalau kena mengajar masa terakhir, pukul 12-1...lagi panjang.

"Teerimaa kaasiiiih ciiikguu Ainiiii. Kaamii saaayaang ciikguu Ainiiii. Puuulaang duuluu cikguu Ainiii".

Hambik..lama bebenor kena tunggu diorang habiskan 3 ayat yang sengaja dileretkan tu siap dengan beratur salam cium tangan bagai. Wah...ramainya sayang aku! Terasa diri begitu berharga. Ecece... (^_^)v


Dan bila minggu ni minggu terakhir aku sebagai guru ganti di situ, antara yang aku dengar.

"Alaaaaaaaaaaa cikguuuu".
"Cikgu, gantilah lagi".
"Cikgu, lepas ni cikgu mengajar sekolah mana lagi. Mengajar la kelas ni balik".
"Cikgu, cikgu cantik hari ni. Nanti sambung balik tau!". Pandai membodek.

Tak kurang juga.

"Cikgu, isi tempat kosong dalam kertas ni. Emel, nombor fon. Semualah..".
"Cikgu, nak gambar. Dekat fb cikgu takde banyak gambar".
"Cikgu, bagi la saya pape buat kenangan. Pen pun jadi la cikgu. Duit sehinggit pun boleh jugak".
"Cikgu, datang la hari sukan ni, tengok kitorang bersukan".


Biasalah kan, banyak pulak ragamnya anak-anak murid kalau dengan cikgu ganti ke, dengan cikgu praktikal ke. Sebab diorang tau nanti dah takde peluang nak jumpa dekat sekolah. Dan lagi puncanya, biasanya cikgu ganti atau cikgu praktikal adalah cikgu muda remaja lagi, tak garang, macam kakak takpun abang diorang je, jadi lebih santai dan terbuka bila berborak. Takpun lagi bertambah diorang punya tahap mengada-ngada..heh. :p






Nota takde kaki:
Hye great teacher out there! You're so lucky being a teacher. Love being a teacher even just for a month =)

Rabu, Februari 16, 2011

Maafkan saya, saya pinjam tulang rusuk kamu..


Salam...sememangnya mencergaskan diri untuk update lagi dengan entry copy paste dari sini.
Sudah berkali-kali baca pun, tetap rasa tak jemu nak ulang baca lagi.

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti)

Kamu, tulang rusukku.


Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang
rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya…


Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA
lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak
cintakan saya lagi !!”.

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga
berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang
rusukku !!”

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air
mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah. “Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.


Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.


Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah
dinding pembatas.


LELAKI : Apa khabar?
WANITA: Baik… Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.


WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal..”


Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah
kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia
patahkan.


Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang
dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat…

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata
yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan
menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima?


Sometimes you have to hurt someones feelings just to let them understand how it felt when they hurt yours. Really?

Nota takde kaki:
Wahai lelaki, sudah bertemukah kamu dengan tulang rusuk mu yang hilang? Berlagak tanya lelaki, haku dah tau ke haku curi sape punya tulang rusuk ni? Eh..bukan curi, pinjam je. Maafkan saya, saya pinjam tulang rusuk kamu. Nanti sampai masa saya bagi balik hokey! T__T'


cubaan melelapkan mata dengan mengupdate belog


Haisy...tak habis2 dengan masalah dunia. Lagha sungguh! Dah pukul 1:20 pagi, tidur la aini oh! Sudah2 la tu buang masa, buang segala-galanya. Esok kerja. Lupakan jela pape je yang buat jiwa kacau bilau. Aku kan robot. Robot yang takde perasaan langsung. Oyeah~


Ucapkanlah kasih..
Satu kata yang ku nantikan
Sebab ku tak mampu
Membaca mata mu
Mendengar bisik mu

Nyanyikanlah kasih
Senandung kata hati mu
Sebab ku tak sanggup
Mengartikan getar ini
Sebab ku meragu..pada diri mu

Mengapa berat ungkapkan cinta
Padahal ia ada
Dalam rinai hujan
Dalam terang bulan
Juga dalam sedu sedan

Mengapa sulit mengaku cinta
Padahal ia terasa
Dalam rindu dendam
Hening malam...
Cinta..terasa ada


*amal, sila praktis lagu ni ye*



Haiyya..diri sendiri pun tak tau kenapa perlu taip lirik lagu ni di saat yang tidak sepatutnya. Eh...lupa, aku robot yang takde perasaan. Jadi, no problemo!



Nota takde kaki:
Ingatan untuk diri sendiri, nak sedu sedan pun, biar pada yang selayaknya. Bila kali terakhir menangis kerana takutkan Allah swt? Bila kali terakhir menangis disebabkan manusia? Pikirlah sendiri aini oiii. Ok...mencuba untuk lelapkan mata. Esok kerja. Oyasumi. =_= zZz

Selasa, Februari 15, 2011

Rindu yang pelik(?) ke Hati yang pelik?


Pelik kan hati? Rindukan seseorang yang dulunya dianggap kawan baik sedangkan dia yang tersayang yang ada di dalam hati sekarang adalah insan yang sama sahaja. Kawan baik yang tak pernah pergi dari hidup, malah makin dekat, tapi mengapa masih rindu dia yang dulu?


Rindu untuk berbicara sebagai seorang kawan. Rindu untuk setia mendengar cerita dan luahan dia. Rindu untuk mencuba tenteramkan hati dia walaupun diri sebenarnya tak mampu. Rindu untuk bergurau-senda sebagai seorang kawan. Terkadang lebih merindui dia dan kenangan masa lalu dari apa yang dimiliki sekarang.

Hati oh hati, kenapa jadi begitu?


Nota takde kaki:
Tetiba rasa nak karok lagu Ada Cinta- Acha & Irwansyah. Siapa nak nyanyi part Irwansyah? Gerenti takde. Haha...sedih2.

Khamis, Februari 10, 2011

ada apa dengan tiramisu?

Mula-mula tengok, dah tahu akan jatuh cinta dengan cerita ni
Cerita yang sweet mweet dah tamat.
Macam biasa, hepi ending.



Kawan, sayang dalam diam, rasa hati dirahsiakan dan dinafikan,
benci tapi cinta, rindu dalam diam,
apa lagi?


bahagia di penghujungnya itulah yang dicari


...Rahsia di hati tak siapa yang tahu,
namun jika naluri sudah merasakannya,
rahsia itu terserlah jua...




nota takde kaki:
masih ingat coklat tiramisu itu? pahit diawal, manis akhinya. ada apa dengan coklat tiramisu? fahami kenapa saya berikan kamu itu =)

Rabu, Februari 09, 2011

Perut lapar, tekak pun dahaga!

Teringin mahu menunggu bas depan DC seusai selesai solat maghrib. Bersesak-sesak dengan pelajar lain. Sampai, seseorang sudah menunggu, lalu melintas sedikit sesaknya jalan di Seksyen 2..lalu kaki pantas menuju ke gerai biasa yang kami kunjungi. Teringin meneguk sejuk dan manisnya air tembikai gelas besar seperti kebiasaan kami. Kadang-kadang habis dihirup segelas besar, terkadang rasa mahu membuli dia, lalu ditukar gelasnya yang sudah kosong dengan gelas sendiri yang masih berbaki air tembikai. Dan memaksa dia menghabiskan air tembikai aku. Isy...pembuli betul!


*gambar dari sini


Teringin mahu menikmati cheese nan di kedai mamak, walaupun diri kurang selesa dengan persekitaran yang udaranya tercemar dengan bau dan asap rokok dan sisha..huh. Menu biasa kami jika mahu berjimat..haa, takpun ketika perut tidak terlalu lapar. Saat paling aku suka, buli lagi! Ambil bahagian roti yang ada cheese kepunyaan dia..oyeah! Dan bila perut sudah kenyang, ada orang yang dipaksarela menghabiskannya. Lapar tetiba perut ni. Saya nak makan nan cheese satu! T__T




Nota takde kaki:Kawan2...saya rindu saat di Shah Alam T_T