»

Sabtu, April 30, 2011

Cinderella moden yang gojes!


Ok, saya tahulah lambat update pasal ni sedangkan orang lain dah berzaman update entri + gambar2 sekitar 'Royal Wedding of the Year' (?)...ada tanda tanya di situ, Wedding of the Year or Decade? Tak kisahlah...nak update jugak pasal ni, sebab kononnya entri ni sebagai kesinambungan entri 'Puteri tercantik ketika aku kecil'.


Bak kata Mr.Leong (saya tahu awak tak kenal dia, dia trainer JAVA saya yang suka menghabiskan masa di lab Western Digital dengan pelbagai 'jungle stories' yang sangat menarik). Ok2..bak kata Mr.Leong, Putera William sangat bijak apabila memutuskan hubungan cintanya dengan Kate satu masa dahulu, lalu mengupah ejennya untuk buat tawaran berharga kepada Kate untuk pendedahan kisah cinta mereka. Tetapi nampaknya Kate lagi bijak apabila menolak tawaran wang..lalu membuktikan cinta sejatinya hanyalah untuk William seorang (sungguh tak boleh blah ayat..haha)...maka percintaan disambung kembali, lalu diteruskan dengan pertunangan dan akhirnya ke alam perkahwinan.




Lambai jangan tak lambai...satu dunia tengok ni haa...


Tiara Cartier milik Ratu Elizabeth. Tapi..tiara Puteri Diana pakai dulu lagi cantik kan? FYI..Kate did her own make up!


"You look so beautiful...", kata si Putera William


Kate sangatlah gojes kan? Gaun pengantin yang simple but sweet.


Tapi kalau rambut Kate tu dibiarkan lebih beralun kat bahagian depan mungkin nampak lagi sweet kot. Kata orang Melayu, lagi menyerlah seri seorang pengantin baru. Dan hand-flower tu...kalau macam Puteri Diana punya, mesti lagi lawa! Banyak komenlah kamu ni..haha.



Perkahwinan sangatlah meriah + suami yang hensem& kaya + gaun pengantin yang sangat cantik + tiara pun cantik + hand-flower yang panjang mengurai...errr, tapi...kisah selepasnya tak seindah hari perkahwinan. Apa pengajaran korang dapat? Bincangkan..;)



Cinderella moden melambai-lambai penuh kebahagiaan di sisi putera rajanya sambil diarak dengan kereta kuda menuju ke istana kayangan. Err...hiperbola!


Yang ni lagi la sweet! Mungkin sebab masa Puteri Diana kahwin, usianya masih belasan tahun..itu sebab nampak lagi sweet.



Baru je kahwin dah dapat anak berderet...mantaplah. Haha...untung budak2 kerabat diraja berenam ni, tak pasal2 masuk gambar rasmi perkahwinan Duke & Duchess of Cambridge.



Oh...yang ni sangatlah sweet. Jatuh hati dengan dress ke-2 dipakai Kate ni.



Bila tengok secara live majlis perkahwinan diorang (err...maksudnya live dari ntv7), rasa seakan tengah tengok kisah perkahwinan yang selalu ditonjolkan media Barat dalam kisah dongeng mereka. Puterinya seorang yang cantik jelita, dengan rambut panjang melepasi bahu...berkahwin dengan seorang putera raja...lalu diarak ke istana dengan kereta kuda. Kan?



Satu-satunya gambar Will & Kate yang paling suka tengok. =)



Nota takde kaki:
2 orang member sekolah rendah + seorang member sekolah menengah dah nak kawen bulan 6 ni. Waaa...cepat diorang da bertemu jodoh. Malangnya terikat dengan training di hari bahagia mereka..T__T

6 ulasan:

  1. wah.....prince william dan princess kate..^^

    BalasPadam
  2. cik kumiko...
    tengok gamba diorg kawen,, rasa cam nak kawen plak...keeheee

    BalasPadam
  3. baju kate yg lepas wedding tuh cantik sgt kan!!

    BalasPadam
  4. salm dari mama...cik kumiko kalau nak kahwin jemput mama ek...he 2x..memang cantik kan !!!

    BalasPadam
  5. @ msred : haaa...cepat2 lah kawen! :p

    @ shahirah : a'a...baju tu sweet sgt, simple je.

    @ mama : insyaallah..

    BalasPadam