»

Selasa, April 26, 2011

Puteri tercantik ketika aku kecil


Waktu zaman kanak-kanak, benda yang sangat ditunggu waktu ayah pulang dari kerja adalah suratkhabar. Baru je ayah melangkah masuk ke dalam rumah, "Pa, mana paper?". Ayah hulur. Terbongkang aku belek sehelai demi sehelai, baca mana-mana bahagian yang mana tajuknya cukup menarik minat aku untuk membaca isi beritanya sehingga ke akhir perenggan.


Dari situ, aku mula kenal seorang puteri yang sangat terkenal waktu itu. Terkenal dengan kejelitaan, kerja-kerja kebajikan...dan juga pelbagai kisah sensasi rumahtangganya. Dari situ jugak, minat untuk ketahui latar belakang puteri tu sangatlah menebal.




Sumber utama tentang Puteri Diana = suratkhabar + cerita emak
Ehem...tapi Putera William sekarang hensem+cute macam dulu2 lagi ke? Jawablah sendiri..kuikui.


Ya, memang dulu lepas je baca keratan akhbar tentang Puteri Diana, kalau ada soalan tambahan...emak lah yang jadi kaunter pertanyaan aku. Maklumlah, kecik-kecik dulu mana kenal internet, mana pernah jumpa pakcik Google lagi kan?


Seingat aku, aku mula kenal Puteri Diana dengan kerja-kerja kebajikan dia terutamanya hal-hal berkaitan dengan periuk api & mangsa AIDS. Tiap kali terpampangnya gambar Puteri Diana kat suratkhabar, aku akan gunting gambar tu dan simpan. Ada koleksi gambar Puteri Diana jugak lah dulu-dulu. Malangnya, semua koleksi gambar Puteri Diana dah jadi abu kot. Ceh, kalau tak mesti ada kenangan hobi zaman kanak-kanak siap boleh tunjuk kat anak-anak lagi. Punyalah jauh pikir! -_-"


Bila kisah rumahtangga Puteri Diana dengan Putera Charles dapat liputan meluas kat suratkhabar, makin la aku nak tahu pasal Puteri Diana ni. Pasal Putera Charles dengan kekasihnya Camilla Parker Bowles *dulu aku menyampah baca berita pasal ni, kesian Diana!*, perceraian Puteri Diana, kisah Ratu Elizabeth, kisah anak2 Puteri Diana si Putera William & Putera Harry...dan tak pasal-pasal, pape je kisah berkaitan dengan Puteri Diana & Istana Buckingham aku minat nak tahu. Maklumlah, keluarga diraja popular katakan...



Dulu beli poskad yg ada gambar mcm kat ikon "LOVE" tu


Masa darjah 3, serius aku terkejut bila tengah syok tengok berita terkini kat tv3 tu *ape korang ingat sekolah rendah aku layan cerita kartun je ke? haha....*, korang dapat agak kan berita pasal apa? Tahun 1997. Tragedi kemalangan maut Puteri Diana & Dodi Al-Fayed. Serius mula-mula tak percaya, tapi bila tengok gambar kereta yang terlibat dengan kemalangan tu, dan tv + suratkhabar mula buat liputan meluas pasal tragedi tu...barulah aku sedar itu realiti.


Dalam hati, "baru mula nak ambik tahu pasal puteri raja cantik, tapi sekarang?".


Kematian Puteri Diana bagi aku bukan saja makin tambahkan populariti seseorang yang pernah bergelar Princess of Wales, tapi singkap banyak cerita lain lagi. Cerita cinta tak kesampaian dia dengan Dodi Al-Fayed, malah banyak lagi kisah peribadi, kehidupan Puteri Diana di dalam & luar istana dibongkar. Termasuk jugak dengan teori konspirasi kemalangan & kematian Puteri Diana!


Sampai sekarang, aku dah besar...masih lagi dapat rasa pesona & pengaruh Puteri Diana, masih ingat lagi bagaimana terkejutnya dulu dengan berita kemalangan puteri tercantik ketika aku kecil. Masih ingat lagi berita tentang dunia bersedih dengan kehilangan dia, masih terbayang lagi gambar-gambar sekitar upacara perarakan sebelum pengkebumian, dan sekarang...dunia mula bertumpu ke arah Kate Middleton. Tapi, Kate Middleton masih lagi dibayangi & dibandingkan dengan pesona & pengaruh ibu kepada bakal suaminya. Kesian bukan?




Tapi bagi aku, puteri tercantik yang aku kenal ketika aku kecil sehingga sekarang...hanya Puteri Diana. Pesona Kate Middleton sebagai seorang puteri raja belum terserlah kot?



Nota takde kaki: Dulu aku kagum dengan pesona kecantikan seorang puteri bernama Diana. Tapi sekarang, ia hanyalah cerita zaman kanak-kanak aku. Tak lebih dari itu.

2 ulasan: