»

Jumaat, Januari 21, 2011

perihal kakak dan adik2 kesayangan [1]

Saya rasa saya suka dengan gelaran sekejap cuma ini.


"Hai cikgu. Bye cikgu".
Imran...dalam hati saya panggil dia budak ulat buku (spek mata bulat yang besar) walaupun dia bukan ulat buku, tapi suka lukis-conteng-buat komik bersama dengan Muhaimin yang sukaaaa sangat lukis gambar badan manusia siap dengan tips menjaga kebersihan....dan juga kuih karipap. Sungguh tak faham.


*hiasan semata


"Cikgu!! Cikgu aini!".
Adlan...pelajar hensem muka seiras Azzam Idola Kecil 2. Haisy..tak leh cerita panjang pasal apa budak ni buat bila saya masuk kelas, kang ada orang jeles :p


Oh, ni memang Azzam IK2

*hiasan semata


"Cikgu aini! Penat saya cari cikgu..".(nada manja).
Lupa nama dia, maklumlah tak mengajar kelasnya.


Di padang...lagi santai dan gamat dibuatnya. Ye...saya tau saya layan mereka2 di padang sekolah itu macam melayan adik2 di rumah, mungkin sebab itu mereka lebih berani bergurau dengan saya berbanding cikgu2 lama di situ. Dan mereka masih boleh berlawak tak jadi sebelum lari-lompat-tak jauh pun.


Serius. Diorang tak takut dengan muka pura2 garang ini. Puncanya? Bagi mereka, aku ni umur 18 tahun...haisy, lemoh.
Rata-rata yang tanya "Cikgu, umur cikgu berapa?".
"Cuba awak teka".
"18 tahun".
"Isy...muda sangat tuh".
"20".
Senyum jela dengan budak2 ni. Patutlah suka-suki je panggil aku akak. T__T

Macam mana nak bagi muka nampak matang sikit?


Apepun..saya tau kerja ini tak kekal untuk saya. Saya mau gembira saat menjadi 'kakak' kepada mereka2 di dalam kelas.

*gambar culik google

Tiada ulasan:

Catat Ulasan