»

Jumaat, Disember 24, 2010

Buntu


Salam..

Macam mana ye nak cakap, tapi...pada sesape yang dengan sengaja baca blog ni atau terbaca, tolong doakan saya. Tolong doakan saya diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan andai Allah swt mahu menguji saya. Saya sayangkan orang yang sayangkan saya, dan saya perlu kuat demi mereka yang menyayangi saya.

Itu saja kot. Benar2 buntu, entahlah kan...

Senyum selalu. Bye! ^__^


Entah.

Entah pada siapa harus bicara.
Entah ke mana hilangnya kekuatan diri.
Entah cukup kuatkah diri andai diuji.
Entah ada yang akan mengerti.
Entah sampai bila harus berdiam cuma.
Entah sampai bila bibir terus senyum.
Entah sampai bila mata terus menangis.
Entah sampai bila tidur tidak selena.
Entah sampai bila hati gundah-gulana.
Entah sampai bila jiwa termotivasi.
Entah bila kekuatan itu akan muncul..






*****

Perlu kuat. Perlu tabah. Perlu sabar. Perlu redha.


Khamis, Disember 23, 2010

Duhai hati yang berduka..


Hati bersedih.
Tak tertahan lagi air mata.
Memikirkan apa bakal terjadi.
Sengaja disembunyi di depan ramai.
Kekalutan hati dan fikiran.
Ya Allah..
Hanya padaNya tempat mengadu segala.
Tempat bercerita segala kekusutan.
Pada diri disuntik motivasi.
Tabahkan hati.
Kuatkan semangat.
Positifkan minda.
Senyumlah selalu.
Berdoalah seikhlasnya.
Allah mendengar mu,
Duhai hati yang berduka...




*Terima kasih..kamu ada temani aku menangis.

Rabu, Disember 22, 2010

Selasa bersama Dinos Alive!

Salam..
Pagi semalam jalan2 lagi. Pergi melawat dinosaur kat Pusat Sains Negara. Ehe..maklumlah, cuti sekolah kan sekarang, haruslah guna peluang untuk jalan2 sebaik mungkin. Kang tak lama lagi da bukak sekolah, kena tumpu study pule. Saya kan ambik SPM tahun depan. ^__^v


Eh, rasa malas la nak cerita panjang2. Layan gambar je boleh? Tu pun sikit je diupload, sebab malas jugak..kwang3. Hei...pemalas betul!



Apa name dino ni ye? Kite panggil raksasa dinosaur baik jela..boleh?




Yang ni pulak dinosaur jahat...huwargh! Tengah melilau cari mangsa.




Aiyyo...da dekat ngan dino jahat. Tapi si kecik ni berlagak selamba lagi.




Aiyyoo...itu dino jahat sudah nampak kita la! Lari cepat!!




Muka lega + bahagia sebab berjaya lari dari dino jahat. Rehat kejap...penatlah!




Hai saya Abrar!! Saya tak kena kejar dek dino jahat pun...oyeah!



Pameran Dinos Alive kat PSN ni sebenarnya dari 1 Dec 2010-31 Mei 2011. Jadi, kalau rasa nak pergi bawak budak2 kecik yang sememangnya suka tengok benda2 macam ni, boleh la pergi sana. Ada banyak ekor lagi dino kat ruang pameran lain, kalau nak tengok...sile la ke sana ye. Eh, tolong promote pule. Tapi sekarang, banyak galeri2 pameran lain tengah diupgrade.

Ok. Bye!


Isnin, Disember 20, 2010

Jalan-jalan lagi..


Jalan2, cycling kat Taman Botani. Pastu karok? Oh! AmalMiau dengan Budak menanti pelangi dah update. Saya tak payah la nak cerita panjang2 kan?


Tamat~



Nota takde kaki: Tiba2 rasa sayu...sayu rindu zaman bersama mereka.

Amsyar dan lappy Cekni


Salam...
Entri ni pun tak nak taip panjang2. Hanya mahu bercerita seringkas mungkin dengan adanya gambar2 budak kecik ni.


Si Amsyar ni, pantang tinggalkan lappy ter'on' kejap je...mesti dia datang tolong 'off'kan.
Takpun main tekan2 dulu sebelum 'off'kan lappy.

"Mula2 kite off lappy Cekni"




"Pastu kite on balik lappy Cekni...yeay!"




Ecece...bizi sungguh jari-jemari tu tekan2 keyboard laju2. Tengah buat kerja la tu kunun!

Si kecik ni tengah taip ape? Haa...itu kite taktau. =)



********* Pada hari yang lain pule **********



Eip! Si kecik Amsyar ni khusyuk tengok ape? Jom kita terjah!




Oh! Layan movie ye.. Bee comel..ehe~



Lagi dan lagi. Khusyuk yang amat......




.......sampai tak sedar orang tengah snap pic.




"Bantal bucuk ni untuk keselesaan semasa menonton".

Pandai pulak tetiba pergi cari bantal dia...haisy, macam2 la budak kecik ni~


***********

Hari2 lain pun macam tu jugak.
Pantang tengok lappy on je, pastu tuan punye lappy takde depan lappy...mesti dia pergi main tekan2 dulu, pastu 'off'kan. Pastu on balik.

Dah tau main on off, dia boleh pulak gelak nakal. Kadang2 dia sengaja buat2 nak 'off'kan lappy sambil mata tengok dekat saya, nak tunggu reaksi saya. Tunggu Cekni dia buat bunyi kucing dulu baru dia kunun2 takut-lari masuk bilik-tak pun nyorok belakang mama dia.

Tak nak bagi dia main tekan2 senang je, pasang je cerita upin ipin...sure tak bergerak duk depan lappy je. Khusyuk yang amat kalau tengok cerita upin ipin.


~Tamat sudah~




Nota takde kaki:
Budak kecik ni selalu hiburkan hati. Masa tengah bersedih sebab hal yang saya tak suka selalu diulang2 oleh seseorang dulu, Amsyar la yang buat hati tersenyum kembali. Saya mula dekat dengan 'budak tu' pun lepas Amsyar lahir.

Jumaat, Disember 17, 2010

I Luv U Before I Met U


Salam...

*Artikel ni dicopy paste dari I LUV ISLAM


Ingin menyayangi dan disayangi adalah fitrah setiap manusia. Bohonglah sesiapa yang mengatakan "aku tak perlukan sesiapa dalam hidup... hidup matiku hanya untuk Allah." Rasullah sendiri pernah menegur seorang lelaki yang sanggup berlapar dan enggan berkahwin semata-mata ingin mengabdikan diri kepada Allah.

Kita semua memerlukan seseorang dalam hidup untuk berkasih sayang. Namun, janganlah keterlaluan sehingga menjadikan matlamat berkasih sayang sebagai satu-satunya matlamat dalam hidup. Misi kita dalam hidup ini perlu perlbagai. Sebagai hamba Allah, tentu sekali, matlamat utama adalah untuk menjadi seorang mukmin yang bertakwa. Maka, dalam perjalanan kita menjadi mukmin yang bertakwa, pastikan misi-misi kita yang lain juga seiring dalam mencapai matlamat yang utama. Ini termasuklah misi kita mencari pasangan yang terbaik.

Kebanyakkan wanita yang saya temui, menyayangi 'suami'nya lama sebelum mereka jatuh cinta. The idea of finding & marrying the best menyebabkan mereka mendambakan seseorang yang mempunyai sifat dan sikap yang baik dan terpuji. Kebetulan pula, contoh lelaki yang mereka lihat menepati ciri-ciri tersebut akhirnya benar-benar menjadi suami mereka. Wallahualam, ini perancangan Tuhan. Setiap orang sudah ditetapkan rezekinya (termasuk jodoh) dan Allah Maha mengetahui apa yang didalam hati setiap insan.

Berikut adalah beberapa wanita yang 'menyayangi suaminya' lama sebelum mereka jatuh cinta...

Kisah Kak R
Saya bertemu beliau di satu kursus dan kebetulan menjadi rakan sebilik saya. Entah macam mana terkeluar cerita kahwin. Saya tanya,"bagaimana boleh kenal?"

Menurut Kak R, mereka berdua satu universiti tetapi tidak pernah berbual. Kak R akui, suaminya semasa zaman pelajar adalah antara pemuda yang 'baik-baik'. "Ada satu kali, masa tengah bersembang dengan seorang kawan perempuan, dia (suami) lalu di tepi kami. Akak berbisik kat kawan, andai aku diberikan suami, nak yang macam dia...." beritahu Kak R sambil tersenyum.

Kisah H
H sepupu yang baru balik dari Syria. Saya bertandang ke rumah mereka untuk meraikan majlis walimah beliau dan abangnya. Malam itu, saya menumpang tidur sebilik. Saya bertanya,"bagaimana boleh kenal?"

Menurut H, dia sudah mengenali suaminya sepanjang pengajian di Syria dan kebetulan adalah kawan baik abangnya. Namun, mereka tidak pernah bersembang lebih dari urusan persatuan. Beberapa bulan balik dari Syria, si kawan abang masuk merisik. Akui H, "walaupun kami tidak pernah bersembang, saya kagumi sifat dan sikap beliau. Harapan saya masa kat Syria dulu, semoga saya memperolehi bakal suami sebaik beliau," beritahu H, tersipu.

Kisah A
Saya berjumpa A di satu Konvensyen Islam di Amerika. Usianya masih belasan tahun. Ketika itu, usia saya baru menginjak 22 tahun. Apabila mendapat tahu dia baru seminggu melangsungkan majlis walimahnya, sambil mengenggam tangannya dan gelak gembira, saya berkata,"I'm sooo jealous..."

A balas genggam tangan saya sambil memandang tepat ke mata, "you should not say that to a friend. You should say, I'm happy for you," dia tersenyum sambil menambah,"...and ask Allah to give me the same happiness."

Perancangan dan ketentuan Tuhan amat cantik, malah janjinya dalam surah An-Nur ayat 26 cukup tepat, "Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."

Namun, tiada siapa dapat meramal siapa jodoh yang telah di tetapkan. Tetapi, the idea of finding & marrying the best, harus disematkan. Allah Maha Mengetahui apa yang dihati setiap manusia. Dan, Dia juga Maha Mengetahui apa yang terbaik.

Bagi saya, dari dulu (semenjak timbul keinginan untuk berkahwin), saya mendambakan yang terbaik untuk diri, keluarga, agama dan masa depan. Alhamdullilah, dalam perjalanan itu saya ditemukan dengan kawan-kawan yang memberi erti pada istilah terbaik...

Saya mendoakan agar kawan-kawan yang yang sedang mencari rezeki (jodoh) masing-masing supaya jangan putus asa. Allah mendengar isi hati anda. The idea of finding & marrying the best bukanlah sesuatu yang fairytales. Ia telah berlaku kepada beberapa pasangan dan InsyaAllah, ini juga boleh berlaku pada anda.

Saya akhiri dengan satu petikan dialog dari novel The Notebook oleh Nicholas Spark:

"The best love is the kind that awakens the soul and makes us reach for more, that plants a fire in our hearts and brings peace to our minds. And that's what you've given me. That's what I'd hoped to give you forever."





Nota takde kaki: i love him before i met him? I'll tell him soon lah! :p


Rabu, Disember 15, 2010

Jalan-jalan


Bercerita seringkas mungkin...boleh kan?




Ahmad Abrar menguap. Comel je *bagi aku*. On the way~





Ahmad Amsyar pose mengada. Susah tengok dia senyum depan kamera sekarang.
Nasib baik sempat snap.
Masa ni dah nak sampai rumah Che Nen kat Kota Kuala Muda.





Jalan2 ambik angin petang kat pantai.
Kata Kak Long, "Mana2 pantai pun same je. Laki pompuan belum kawen datang duk wat maksiat."
Eh, ade benarnya kan?





Sungguh comel dua beradik nie, sempat lagi baring2 kat masjid.
Bosan menunggu pengantin baru tengah akad nikah.
Psstt...amsyar 'culik' susu adik dia.
Pantang abrar lambat minum je, mesti botol susu tu bertukar hakmilik kejap.





Amsyar excited tengok kapal tapi panik bila kat atas feri. =)p




Pergi Penang tak sah tak pergi USM. Universiti kebanggaan abang ipar la katakan.
Dari KL sampai ke Penang, tak habis2 dengan cerita USM itu, USM ini.
Naik bosan aku dengan Kak Long dengar..hoho.



Dialog ini adelah konspirasi aku dengan Kak Long bila balik KL..wahaha. Tasik USM kat belakang tu memang betul2 ada banyak biawak besar, bukan kat atas pokok. =p





Akhirnya, ada jugak gambar sendiri....yosh!


~Tamat sudah~

Ahad, Disember 12, 2010

...............

Al-fatihah untuk arwah nenek..

Ringkas je.

Esok pergi jalan2 lagi...yeay!

Rase2 macam nak upload gambar2 anak-anak sedara masa pergi jalan2 kedah-penang, tapi belum sempat. Lepas balik melaka baru upload ok bebeh!


Nota takde kaki:
Saya balik kl kamu balik sana. Saya pergi sana kamu balik sini T___T

*Entri selingan yang ntah pape. Papai.

Rabu, Disember 08, 2010

Menjadi lebih perempuan (?) ke??

Ini kisah seorang anak dan ibu.

Kerapkali si ibu mencadangkan si anak berubah, berubah, berubah. Berubah menjadi seorang gadis yang lebih perempuan. Gadis yang pandai bergaya. Gadis yang pandai melawa. Katanya cantik dia melihat gadis-gadis lain sebaya si anak yang pandai melawa, pakai baju-baju cantik, ikut fesyen tapi masih menjaga aurat.


Tapi anaknya tetap begitu. Bukanlah bergaya selekeh, tapi biasa cuma. Si anak cuba menjadi diri sendiri, bersederhana seboleh mungkin.


Hati anak nakal berkata, "Ibu, saya tak bergaya melawa tapi saya tetap ayu dan manis bukan? Saya tidak terlalu up-to-date kerana itu bukan saya. Saya tak perlu terlalu melawa, cantik bergaya, mekap berwarna-warni semata-mata mahu cantik di mata orang lain. Saya bukannya gadis yang cuba menarik perhatian lelaki dengan cantiknya luaran saya yang kadangkala palsu semata. Saya juga tak mengharapkan pujian betapa cantiknya saya, pandainya saya bergaya seperti sesetengah gadis lain yang pandai melawa kerana saya tahu pujian itu kadangkala ada racun disebaliknya.



"Saya tak suka sangat bawa handbag, macam perempuan sangat."
"Saya tak reti pakai kebaya, baju kurung biasa sudah cukup selesa."
"Pakai tudung macam tu? Saya tak reti jugak..hehe."


Macam-macam alasan lah saya si anak! T___T

Tapi bila saya mula berani berubah *sedikit, tak banyak*, konpem mak saya takkan tanya lagi semua2 tu kan?



Err....umi, saya dah berubah sedikit kan? Ehe... :)p



Nota takde kaki:
Kenapa kebanyakan mak2 nak sangat anak dia pandai bergaya, pandai melawa...senang cerita jadi seorang perempuan. Ape tidak perempuan kah aku selama ni? Ahaa...semestinya perempuan! Mungkin sebab ramai sangat perempuan sebaya saya takpun sepupu-sepupu perempuan yang pandai bergaya, nampak cantik di mata mak saya, maka dia pun nak tengok anak dia macam tu jugak. Boleh? Sekali sekala boleh la. Terima kasih umi bagi saya keluar macam ni jumpa en. rorou :D


~Sederhana dalam penampilan itu lagi baik, pastikan aurat sentiasa dijaga. Jangan jadi mangsa fesyen, hendak bergaya selendang yang lebar tapi hairannya tidak menutup dada pula. Seluar ketat dan baju singkat juga jadi pilihan~


*Tegur saya bila saya alpa, saya hanya mampu menegur melalui coretan di blog*



Selasa, Disember 07, 2010

Susah hati sekejap


Bila orang lain tak sihat...demam, kita pulak yang susah hati kan?
Susah hati bukannya ape, risaukan sebab orang tu takde sesiapa nak tolong jaga *tolong jaga dari jauh adelah*. Takde siapa nak tolong tengok-tengokkan. Takde sesiapa yang boleh dia minta tolong.

Demam sorang-sorang la kiranya.

Dan selalunya kalau orang tu demam, tak seteruk ni. Dan biasanya kalau dia tak sihat, ada orang lain yang boleh tengok-tengokkan dia.

Demam teruk+duduk sorang2+esok dia ada exam. Sungguh saya risaukan orang tu.


Nota takde kaki:
Sakit sendiri hilang bila lagi risaukan orang lain.


Rindu terlarang?


"Jangan dilayan rindu yang terlarang, walau ia rahsia kita seorang, kelak memesongkan cinta yang realiti"


Ringkas ayatnya. Besar maknanya.

Akal mampu mentafsir apa itu rindu yang terlarang.

Hati mampu menghindar dari terpesongnya cinta yang realiti.

Apa yang terlarang, itulah yang akan menghancurkan.

Moga kita sentiasa terpelihara.



Isnin, Disember 06, 2010

Buku | Agenda Yahudi Menakluk Dunia [3]


Salam..hari ni jom sambung ambil tahu serba sedikit tentang protokol yahudi ke13-24

[Protokol 13]

- Bohongi pekerja

" Bagi memastikan kumpulan itu tidak dapat menduga helah ini, kita perlu mengalihkan tumpuan mereka kepada hiburan, permainan, hobi dan apa jua bentuk keseronokan."

[Protokol 14]

"Ahli cendekiawan kita membincangkan kelemahan pelbagai kepercayaan orang bukan yahudi, tetapi tiada siapa yang membincangkan pegangan kita yang sebenar kerana ia tidak akan dipelajari sepenuhnya oleh sesiapapun kecuali kita".

[Protokol 15]

- Pakatan sulit

"Sementara berjaya mengambilalih tampuk pemerintahan, kita terus menggerakkan penentangan. Kita bentuk cawangan penyebar dakyah kita di negara-negara seluruh dunia yang dianggotai oleh golongan berpotensi atau orang penting dalam aktiviti masyarakat".

- Bangsa selain yahudi adalah bodoh

"Jika kita berjaya menjebak mereka ke dalam kancah kejahilan, bukankah ia adalah satu bukti minda orang bukan yahudi lebih mundur berbanding minda kita? Keadaan ini menjadi faktor utama yang menjamin kejayaan kita".

- Menuntut ketaatan

- Kekejaman kita berasas

"Seperti yang anda lihat, saya dapati pemerintahan kuku besi kita berdasarkan hak dan tugas: hak bagi memaksa pelaksanaan tugas adalah obligasi langsung sebuah kerajaan yang menjadi 'bapa' kepada rakyatnya".

[Protokol 16]

- Sejarah diubah

"Kita padamkan semua fakta sejarah abad sebelumnya yang memberi gambaran buruk tentang kita daripada ingatan masyarakat dan hanya meninggalkan fakta tentang semua kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan bukan yahudi".

[Protokol 17]

"Sejak sekian lama, kita menolak kerjda dakwah yang dilakukan oleh orang bukan yahudi, dan seterusnya kita perlu rosakkan usaha mereka kerana buat masa ini, ia mungkin berupa satu ancaman kepada kita".

[Protokol 18]

"Sampai masanya, kita perlu memperkukuhkan pertahanan rahsia yang boleh menjadi pemusnah kepada kewibawaan pihak berkuasa.....".

-Kerajaan yang digeruni

[Protokol 19]

"Jika kita tidak dibenarkan terlibat dengan bebas dalam politik, kita menggalakkan semua bentuk laporan atau petisyen beserta cadangan kepada kerajaan bagi memeriksa semua projek atas alasan kesejahteraan rakyat".

[Protokol 20]

- Modal dimusnahkan

- Kemelesetan yang direka

- Negara bukan yahudi dimufliskan

- Kesan faedah (riba')

[Protokol 21]

"Apabila kita menguasai takhta kerajaan dunia, semua kewangan dan perubahan yang tidak serasi dengan kepentingan kita, dihapuskan sehingga tiada kesan lagi".

[Protokol 22]

"Kuasa kekayaan kita yang agung iaitu emas kini berada dalam genggaman kita; dalam masa yang singkat sahaja kita boleh memperolehinya dari simpanan kita dalam apa saja kuantiti yang kita mahui".

[Protokol 23]

"Pemerintah agung yang mengganti semua pemerintah yang sedia ada, mengheret bersama keruntuhan moral masyarakat akibat permainan kita, melahirkan masyarakat yang tidak mengiktiraf kuasa sesiapa walaupun kuasa Tuhan".

[Protokol 24]

- Raja yahudi

" Rancangan tindakan raja buat masa sekarang, dan lebih-lebih lagi bagi masa depan, tidak diketahui, walaupun kepada mereka yang dipanggil penasihat terdekat".

-TAMAT-

Nota takde kaki: Protokol yahudi ini dipetik dari "Agenda Yahudi Menakluk Dunia" karya Sabaruddin Hussein.


"Pasti kamu akan dapati, orang yang paling kuat penentangannya terhadap orang yang beriman adalah orang yahudi dan orang yang menyekutukan Allah..."

Al-Maidah; 82



Jumaat, Disember 03, 2010

Hari mereka, hari kami jua...

28112010...itu hari kejayaan mereka,

konvo mereka
[hemie].[tamtam].[hazique].[fariz]



bucuk dan bacen
[tqa]&[hemie]



hari kegembiraan mereka,

hari kegembiraan kami bersama.....



kami

-[hazique].[ila].[amal].[hemie].[aini].[naruto].[tamtam].[fariz]-


kami lagi



Terjumpa sahabat lama yang jauh dimata dekat dihati...opps.
tahun depan kami+amal+ila pula konvo!!


Ahad, November 14, 2010

Buku | Agenda Yahudi Menakluk Dunia [2]

Ok...ini adalah entri sambungan ye. Walaupun bosan tetap nak sambung entri, boleh?

Dalam kelas hari ni, kita akan sambung BAB 6 iaitu Protokol Yahudi. Murid2 semua pernah dengar pasal protokol yahudi tak? "Takkkkk!!!". Ok, kalau tak pernah meh kita sama2 baca start dari muka surat 123 sampai habis ye. *Wahaha...bajet cikgu ke hape nie? Adoyai...selingan semata*.

-Serius-

*Protokol yahudi berasal dalam bahasa hebrew dan diterbitkan dalam bahasa inggeris hasil terjemahan Victor E. Marsden. Protokol ini bermaksud 'mesyuarat' yang merujuk kepada Mesyuarat Tokoh Zionis atau The Elders of Zion (1896) di Basle, Switzerland. Protokol ni dimuatkan dalam buku International Jew hasil Sir Henry Ford. Oleh sebab protokolnya banyak dan tersangatlah panjang meleret-meleret diorang punya perancangan dan perbincangan, maka penulis buku ni dah pun ringkaskan.

*Sekadar berkongsi 12 dari 24 protokol dan antara perbincangan yang disentuh mengikut protokol.

[Protokol 1]
-Emas
-Paksaan adalah kebenaran

"Kuasa kita dalam keadaan sekarang sama sekali tidak boleh diperlihatkan. Ia terus dalam keadaan demikian sehingga sampai ketikanya apabila ia menjadi cukup teguh dan tidak boleh dipandang remeh."

-Kita adalah pemerintah agung

"Perhatikan orang yang minum arak, mereka terus dikelirukan oleh alkohol. Mereka menggunakan alasan bagi menikmatinya secara melampau atas nama kebebasan. Kita sama sekali tidak boleh mengikut jejak ini."

-Kebebasan dihapuskan

[Protokol 2]
-Kerosakan bidang pendidikan

"Jangan sekali-kali kita terfikir kenyataan ini adalah omong kosong semata-mata. Fikirkan dengan teliti kejayaan yang kita capai daripada teori Darwin, Marxis dan yang lain-lain. Apa yang penting bagi orang yahudi adalah kesan kecelaruan yang dibawa oleh teori-teori ini terhadap minda orang bukan yahudi".


[Protokol 3]
"Kini, saya berani memberitahu anda matlamat kita kian hampir tercapai. Lambang ular yang menjadi simbol kita, semakin meluaskan belitannya dan mengukuhkan cengkaman."

-Kemisikinan sebagai senjata

-Yahudi terselamat

".......kita menjadi kuasa yang berakar umbi di peringkat antarabangsa yang tidak dapat dilihat atau dikesan oleh sesiapa."

[Protokol 4]
-Semua agama dimusnahkan

"Ini adalah sebab utama mengapa kita perlu merosakkan semua kepercayaan, mencarikkan prinsip ketuhanan orang bukan yahudi. Ia meliputi segenap aspek kepercayaan dan sudut kerohanian. Lalu, meletakkan segalanya dalam bentuk kiraan atau fizikal yang boleh dilihat dan bersifat kebendaan."

[Protokol 5]
-Monopoli modal
-Menguasai orang ramai

"...kita perlu menjuruskan pendidikan golongan bukan yahudi ini ke arah suatu keadaan yang lemah. Ini menyebabkan apabila mereka diminta mengusahakan sesuatu perkara, mereka tidak mampu melaksanakannya."

[Protokol 6]
-Kita perhambakan orang bukan yahudi

"Bagi menjerumuskan orang bukan yahudi lebih jauh ke jurang kemusnahan, kita membantu sebahagian kecil daripada mereka hidup mewah berasaskan perdagangan spekulasi dan sikap tamak itu menelan segalanya selepas itu."

[Protokol 7]
-Perang dunia

"Bagi memastikan kejayaan, kita perlu menggunakan tipu helah dan mengusai perbincangan dan perjanjian....kita perlu menggunakan taktik yang bercanggah sama sekali dan berpura-pura jujur serta ikhlas."

[Protokol 8]
"Orang bukan yahudi kekal sebagai pembantu pentadbiran yang taat."

[Protokol 9]
-Kerajaan agung yahudi

"Kita memerintah tanpa paksaan, berasaskan kuasa yang kita miliki. Dan senjata di dalam tangan kita adalah cita-cita yang tiada sempadan, ketamakan yang membakar, dendam kesumat, kebencian dan niat jahat."

"Kita berjaya memperbodoh dan merosakkan golongan muda bukan yahudi dengan menenggelamkan mereka di dalam pelbagai prinsip dan teori yang sememangnya kita ketahui oleh kita sebagai dusta dan palsu yang disuburkan dan disebarkan ke dalam minda mereka."

[Protokol 10]
-Matlamat kita adalah menguasai dunia

" Apabila kita berjaya merampas kuasa, kita berkata kepada rakyat, "Segalanya berjalan tidak seperti dirancang......"

-Racun liberalisasi
-Lantikan presiden

[Protokol 11]
"Daripada asas teguh yang kita bina, kini tidak banyak lagi yang perlu kita lakukan, melainkan beberapa langkah mudah peringkat akhir begi melengkapkan usaha itu"

[Protokol 12]
-Kebebasan akhbar dimusnahkan

"....Di bawah seliaan sebuah pusat akhbar, kita mengadakan konvensyen dunia akhbar di mana agen-agen kita mengeluarkan amanat rahsia melalui isyarat tertentu tanpa mengeluarkan sebarang perintah atau petunjuk yang jelas."

-Hanya cerita bohong disiarkan

"Kaedah seperti ini, adalah pendekatan terbaik bagi menarik perhatian dan keyakinan orang ramai terhadap kerajaan kita".


**********
Nota takde kaki: Lagi 12 protokol sambung lain boleh kan?


*Dipetik dari "Agenda Yahudi Menakluk Dunia" oleh Sabaruddin Hussein (2010)


Khamis, November 11, 2010

Buku | Agenda Yahudi Menakluk Dunia [1]


Tengok tajuk macam menarik, bila baca....lagi menarik! Ehem...tapi takde la baca dengan serius macam baca novel, tengok mana isi2 menarik, info2 menarik jela. Buku ni agak berat dan serius kupasannya, tapi sebab penulis buku ni guna bahasa yang mudah nak faham dan isi kandungan meletup, jadi membacanya sangatlah tidak membosankan langsung. *Senyum*

Mukadimah cuma. Nak ulas panjang2 harus lenguh tangan nak taip kat blog ni dan haruslah orang yang baca bosan *kan2...tu dah menguap, bosanla tu =p*. Tapi tak kisahla, nak kongsi jugak kat sini mana yang mampu dikongsi.


"Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga kamu menuruti agama mereka"
Surah al-Baqarah; ayat 120



Meh kita tengok tiap bab dan tajuk *tajuk je ok, kang masuk isi-isi tersurat dan tersirat tak tahulah pule korang minat nak tau ke tak*.

BAB 1 - Sejarah ringkas bangsa yahudi
- Kronologi peristiwa bangsa yahudi

BAB 2 - Amerika Syarikat (AS): satu lembaran baru
- Era baharu bangsa yahudi
- Sejarah sebagai subjek utama

BAB 3 - Pengaruh yahudi di AS
- Politik dan ekonomi
- Pembunuhan John F. Kennedy
- Pengaruh ke atas media
- Yahudi mencipta kemelesetan

BAB 4 - Ke arah mencapai matlamat akhir
- Program dan strategi politik yahudi
- Strategi yahudi
- Perang Yom Kipur
- Perang Teluk Pertama 1991
- Perang Afghanistan dan peristiwa 11 September
- Reaksi dunia

BAB 5 - Realiti masa kini
- Keadaan masyarakat
- Langkah mengatasi
- Renungan akhir


BAB 6 - bersambung entri lain. boleh kan?


Tengok dia punya tajuk2 setiap bab pun dah buat keterujaan nak baca buku ni makin meluap-luap. Hoho...tak percaya? Apa kamu bilang aku ini manusia yang kerjanya melayan kejiwangan novel saja? Tak percaya takpe ^__^


***********
Nota takde kaki: Entri ni bosan kan? Kang tulis pasal diri sendiri orang lagi bosan, nak tulis pasal aku dengan encik rorou kang orang meluat lak nak baca...teett. Jadi, tulis pasal buku yang sangat menarik ni *bagi aku la*. Maap ler sebab tak reti nak ulas buku. Tapi buku ni tak bosan dibaca, cukup menarik kupasannya.

Psst..kalau bosan entri ni baca je entri bawah ni. Kuikui...=p