»

Isnin, Mei 30, 2011

Pre-grad 2: Edisi tertinggal keretapi



Memang tertinggal keretapi! Konvo dah lepas lama dah, apesal baru nak upload gambar pre-grad? Jawapannya sebab aku sedih tengok arkib belog tuk Mei ni, dah nak masuk bulan Jun, sempat tulis 4 entri je? Macam sibuk sangat je? Mungkin kepenatan seharian training, kadang2 sampai terpaksa curi cuti hujung minggu...buat mood nak update belog hilang.


Dah malas nk cakap pape lagi dah, cukupkan syarat tuk buat sambungan pre-grad 2. upload jela...senang cerita. -_-''





Sopan la kunun. Eh, memang sopan pun :p



Budak perempuan tu memang pemalu orangnya.


Dah..malas lagi dah nak upload gambar2 pre-grad yang dah basi. Lagi la gambar masa konvo, langsung memang takde keinginan pun nak tengok balik. Sape suruh rosakkan hari konvo sendiri. Hmmm..ok, bai!


Nota takde kaki: 3 gambar sudaaa...mood malas!

Khamis, Mei 19, 2011

Pre-grad 1: Gatal nk upload walau dah lepas

Sejujurnya...hati merasakan manisnya hari konvokesyen bukan pada hari bersejarah sendiri. Manis itu lebih dirasakan waktu sama-sama meraikan kawan-kawan yang terlebih dahulu bergraduasi akhir tahun lepas.

Nampaknya perlu sambung master tuk grad & rasakan hari konvo sekali lagi? =)




Graduan skema



Tidak lagi skema



^^,



Merasa jugak gambar kat sini..ehe



Style lah amal!



Sesi menjatuhkan buah kelapa dengan cara baling topi konvo sampai buah kelapa jatuh..haha
(buah kelapa hade ke?)


Ok..cukuplah 6 gambar tuk pre-grad photoshoot. Mungkin kalau rajin lain kali upload lagi. Tapi perlu ke?


Nota takde kaki:
Seciput cuma entri bulan mei. upload gambar banyak2 kononnya update entri baru boleh? ^^,

senyum palsu



rindu pada ruang bicara
janji diri pada ruang bicara, bila ada kelapangan
tak akan mengabaikannya
tapi bila masa lapang itu tiba,
hati tidak ceria untuk mencoret
jika mencoret hanya kata-kata luka kecewa
jika mencoret hanya luahan perasaan hati berduka
untuk apa dicoret kalau begitu?
menambahkan lagi guris di hati..
baik diam dalam gelap
luahkan melalui tangisan duka..
atau mungkin bercerita pada yang sudi mendengar
dan senyum palsu bila perlu..






Nota takde kaki:
Terima kasih untuk senyuman palsu di hari bersejarah.

Ahad, Mei 08, 2011

Belon-belon Cinta

Awesome pic!


Kononnya romantis kan2? :p


Love ballons!


Sangatlah manis mereka berdua


Super duper manis

I wanna grow old with you..


Orang melayu sekarang dah jadi trend sebelum nikah, mesti ada pre-wedding photoshoot. Perlu ke ikut trend gitu? Tapi yang penting, comel + sweet + romantis diorang punya gambar. Sangatlah jeles saya tengok. Haha..



Jejaka lidi + Gadis lidi + Belon cinta


Oleh sebab tak rasa akan ada gambar2 sweet dengan ehem2 pegang belon yang colourful tu, maka doodle pun jadik lah kan? ^^,



Nota takde kaki:
Ingat sampai bila2 pujian ikhlas dari trainer. Top 4 best female speaker...alhamdulillah.