»

Ahad, Jun 26, 2011

Malas letak tajuk!

Ada jugak blogger yang perasan aku dah jarang update belog. Bukan sebab malas berblog, bukan jugak sebab sibuk sangat...eh, sibuk la jugak. Sebab utama, INTERNET!

Ok dah malas lagi nak taip.

Kepada wanita2, gadis2, perempuan2 sekalian...silalah lebih berhati-hati & beringat bila membonceng motosikal. Pastikan korang tak bawak handbag...kalau tak kena ragut macam saya :(


Ok..bye! Esok kerja tempat baru...


Rabu, Jun 15, 2011

Emel dari seseorang yang istimewa..


Tengahari tadi, mood praktis coding berubah kejap lepas baca emel dari seseorang...




Trainer baru kitorang bekas anak didik Mr. L jugak...so, non-stop dia puji2 bekas sifunya. Yup, semua akui kehebatan skill JAVA beliau & kebaikan beliau.


We still miss him.


Nota takde kaki: Satu je doa aku, moga satu hari dia mendapat hidayah untuk memeluk Islam yand sudah lama didalami beliau....amin.

Selasa, Jun 14, 2011

I miss my favourite trainer so much!

Yup...really miss him.
Feel so sad when heard about that bad news.
Bad news for all of us...
It was so sudden.
Seriously, T___T.
Mr.Leong...we're missing u.


Love you.....
excellent JAVA trainer,
best 'jungle' storyteller,
good teacher,
good friend..


Miss your...
jungle stories
meaningful videos 'bout what actually happen to world
movie times in class
voice singing 'Highwayman' song
'I already need my sugar' trademark





"Remember to be happy. Happiness is the only real wealth left in this world.
Just enjoy with your life."


"Don't buy gold, don't buy silver, but buy knowledge!"

-MR. LEONG-



Nota takde kaki:
Mode: Listening highwayman... :(

Sabtu, Jun 11, 2011

Barakallah...

Makin hari, makin ramai sahabat2 yang sudah sah menjadi isteri kepada suami masing2. Pernikahan mereka bukan semata-mata tertumpu kepada ikatan suami & isteri yang sah, perjalanan mencari redha Allah swt di dunia & akhirat. Pernikahan mereka juga bertujuan untuk berdakwah kepada sahabat2 lain.


Kerapkali sahabat2 yang sedang berbahagia di alam rumahtangga berdakwah & menyampaikan pesanan, nasihat & mesej kepada sahabat2 bujang yang lain di facebook tentang kebahagiaan & ketenangan hati mereka selepas selamat menjadi seorang perempuan halal kepada seorang lelaki.


Dan aku tahu, mereka tak seperti pasangan pengantin baru yang lain. Mereka bercinta selepas sah nikah. Pernikahan mereka cukup sederhana. Tak perlu majlis perkahwinan yang meriah & pembaziran wang untuk pelamin,mekap, baju cantik bagai. Cukup dengan akad nikah & majlis walimah yang sederhana. Kagum betul aku dengan mereka.



[Hiasan]


Apapun, barakallah untuk sahabat2 aku yang sedang berbahagia dengan pasangan masing2. Fatin, Ummu, Syuhada, Athirah, Eton...kalian sangat beruntung menjadi seorang perempuan yang baik, mendapat pasangan baik yang kelihatannya mampu membimbing ke jalanNya, mendapat kesenangan untuk menyegerakan pernikahan di usia muda...lalu berdakwah kepada sahabat2 yg lain.


Nota takde kaki:
Doakan kami menjadi yang lebih baik. =)

Isnin, Jun 06, 2011

Belajarlah untuk meminta maaf


"Maafkan saya", ungkapan yang ringkas namun berat sekali untuk diungkap. Waima untuk ucapkan "Maaf" pun, adakalanya lidah terasa cukup berat untuk melafazkannya. Mengapa?


Bila sudah berbuat salah, perlu cermin diri. Perlu muhasabah diri. Perlu ada rasa dan keinginan untuk ucapkan kata keramat itu kepada mereka yang berkenaan.




Secomel-comel kucing pun, masih ada rasa bersalah. Kan?


Namun lain orang lain perangai. Tak semua yang anggap "Maaf" itu perlu diluahkan setelah kita berbuat sesuatu kesilapan terutamanya kepada manusia. Sudahlah berbuat salah kepada orang lain, hati masih lagi kering, tegar untuk meminta maaf.


Jangan disalahkan didikan ibu bapa ketika kita kecil yang tidak menitiberatkan perlunya meminta maaf jika kita berbuat salah. Besar atau kecil kesalahan yang kita lakukan, belajarlah untuk meminta maaf.

Berat sangat mulut nak mintak maaf, apa kata tulis je note macam ni. Sejuk sikit hati orang yang kita buat salah tu. Ye tak? :)



Saya pernah berdepan dengan seseorang yang hati kering dan ego tinggi, tahu diri sudah membuat salah, tapi muka masih lagi selamba seakan tiada apa-apa berlaku, jauh lagi untuk meminta maaf. Mujurlah tidak perlu berdepan dengan orang sebegini sehari-hari seperti dulu lagi ^^



Nota takde kaki:
Cuba memaafkan orang yang tak pernah belajar untuk meminta maaf bila dia melakukan kesalahan.