dalam sesebuah lagu...
ada misteri,
ada cerita,
ada rahsia,
ada kenangan,
ada senyum,
ada airmata,
disisi mu aku terdiam seribu bahasa,
dihati ku bergetar sejuta rasa,
namun sukar untuk aku meluahkan,
................
walaupun kenangan itu telah berlalu,
dari lagu yang baru sahaja bernafas,
tapi impaknya,
seakan cerita semalam adalah cerita hari ini,
seakan sejiwa,
lagu dan cerita lalu itu..
nafas ku terhenti bila melihat diri mu,
terasa pantas degupan jantung ku ini,
mungkinkah hati ku milik mu jua,
.............
terfikir kembali,
dahulu aku doakan yang indah,
penuh sabar menanti,
kesudahan yang baik,
kini makin terjawab..
kan ku abadikan dikau,
sewaktu kenangan yang manis,
yang tak mungkin aku lupa,
untuk selamanya...
apa yang manis,
doa ku teruslah dikekalkan manisnya,
apa yang pahit,
moga cepat aku buang dari kotak minda..
moga tidak terpendam di lubuk hati.
kan ku coretkan kenangan mu,
dalam sanubari ku ini,
agar jadi yang terindah,
dalam hidup ku ini...
nota takde kaki:
i know, he doesn't know. but, like i care? i just can show what can i show. hopefully, he can feel it.
Ahad, Oktober 23, 2011
Rabu, Oktober 19, 2011
Sabtu, Oktober 08, 2011
Cerita banyak versi
Cerita manusia banyak versi.
Aku faham ada manusia yang tidak suka heboh dan bercerita. Tidak suka cari perhatian murahan.
Aku respek manusia jenis ini. Diam-diam berisi.
Tak perlu menjadi seperti ayam, bertelur sebiji riuh sekampung.
Tapi sedikit pelik.
Tidak suka ceritakan hal sebenar, perlukah reka cerita pelbagai versi? Pada aku diceritakan menghala ke kiri. Pada mereka diceritakan menuju ke kanan. Dalam diam, rupanya berpatah ke belakang.
Kalaupun tak mahu kecoh, sekurang-kurangnya jangan menipu. Dan kalau mahu menipu, jangan banyak versi.
Dan bila sudah kantoi, hilang respek aku.
Nota takde kaki: Kalau tak nak kecoh, kenapa update status/gambar dekat FB? Oh, FB kan tempat raih perhatian + tempat "tayangan" segala-galanya. Kan dah kantoi!
Rabu, Oktober 05, 2011
Selasa, Oktober 04, 2011
Cubaan Kali Pertama
Cubaan kali pertama update belog di ofis!
Selama ni hanya mampu bukak belog sendiri je, belum cukup berani nak update belog kat ofis. Hari ni, tiba2 keberanian datang. Maklumlah, OJT dah nak habis katakan. :p
Sorang dua member sudah pun tau status diorang. Confirm as employee or not. Kami berempat? Tawakal aje.
Okbai. Lepak pantry jap sebelum sambung kerja.
Selama ni hanya mampu bukak belog sendiri je, belum cukup berani nak update belog kat ofis. Hari ni, tiba2 keberanian datang. Maklumlah, OJT dah nak habis katakan. :p
Sorang dua member sudah pun tau status diorang. Confirm as employee or not. Kami berempat? Tawakal aje.
Tinggal tanda tanya
Okbai. Lepak pantry jap sebelum sambung kerja.
Langgan:
Catatan (Atom)