»

Isnin, September 27, 2010

Dugaan lagi

Musim fyp nie,sekali lagi Allah nak duga aku.

LAPTOP ROSAK.....lagi!!!

Sabar jela kan..ada la tu hikmah nanti. Tu je yang mampu aku cakap kat diri sendiri.


Ok..stop cerita sedih nie. Nak kongsi something.

Aku dah ade bf baru. Ahmad Abrar namanya...abracadabra...ting!! *smbil pegang tongkat ajaib*
Hehe....kak long tau nie mesti dia marah sebab kitorang kat umah selalu panggil abrar macam tu. Ngee..gurau je ye abrar!

Anak buah ke-3 untuk aku selepas amsyar dan aqeel.

Abrar lahir pada 27 Ogos 2010 jam 7.45 petang...kesian doktor ngan nurse sempat buka minum air je.

Yang pastinya, kak long yang excited nak makan gulai ayam kampung ngan kuih bunga tanjung memang kena tunda dulu la niat dia =). Aku yang excited nak makan gulai ayam kampung sebelum berbuka pun dah tak selera nak makan sebab...teeeettttt, rahsia.

Tarikh tu akan takkan lupa sebab dalam gembira dengan lahirnya abrar, ada cerita sedih jugak berlaku. Terpaksa cover sebab tak nak nangis masa kat hospital, tapi last2 takleh tahan gak. Akibatnya, nangis la aku kat lantai hospital sensorang dimalam hari masa kak long ngan abrar dah tidur.Wawawa.....syahdu2. Nasib baik mak cik katil depan pun da nyenyak. Haha...
*tapi aku taknak ingat,yang penting mau hepi selalu ^____^v*

Padahal dalam otak da plan nak upload gamba2 abrar, tapi sebab laptop rosak...erm, lain kali jela. huhu...



Nota tak berkaki:

Abrar=orang yang suka membuat kebajikan. Insyaallah...moga2 peribadinya seindah namanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan