Tiap kali menjengah tahun baru masihi je, mesti ramai yang mula sibuk pasang azam baru, ataupun kecoh azam lama belum lagi tertunai. Ucapan Selamat Tahun Baru? Lagi la klise. Kan?
Tapi berbeza sekali bila peralihan ke tahun baru Hijrah, jarang orang Islam sendiri yang ambik peduli.
Azam tu bagus. Sebab kita akan cuba motivasikan diri dan berusaha bersungguh-sungguh untuk realisasikan azam kita.
Tapi lagi molek rasanya kalau adanya azam yang kita tetapkan untuk dicapai setiap hari, bukannya terhad kepada azam baru setiap kali tahun baru menjengah. Mungkin azam tahun baru tu kita jadikan azam jangka masa panjang.
Dan azam kita sehari-hari, untuk jangka masa pendek.
Azam aku untuk esok hari, selesaikan kerja secepat mungkin di pejabat :)
Azam jangka masa panjang, biarlah diri sendiri je yang tahu.
Yang pastinya, moga dengan semakin singkatnya umur kita, ada pembaharuan yang baik dari sudut amal, akhlak dan iman. Amin ya rabbal alamin..
Nota takde kaki:
Ya allah...perlu masa rehat yang cukup untuk badan dan minda yang terlampau penat dengan hal dunia.
Sabtu, Disember 31, 2011
Sabtu, Disember 24, 2011
HariHari Kerja lalalala...
projek kertasjatuh ini bisa membuatkan aku jatuh sakit?
dua minggu tanpa hujung minggu.
harapnya tidak berlanjutan sampai sebulan tidak berhujung minggu.
ahh..mana boleh tahan!
sesekali kena memberontak...kot?
hujung minggu akan datang saya mahu rehat.
minggu depan saya mahu hadkan masa kerja saya..pulang sebelum isyak.
Kalau lah boleh. Kan?
harihari kerja lalalala
*kononnya suka hati riang gembira lettew*
Nota takde kaki: Ok2, sambung kerja. Takmo balik lewat, sorang dua je kat ofis. -_-"

Rabu, November 23, 2011
Sabtu, November 19, 2011
Telah masuk waktu solat......
Bila tengok kesibukan senior,
Muslim.
Tak menang tangan melayan semua projek,
Tak menang tangan melayan phone meeting,
Berturutan setiap jam,
Kadang terfikir sejenak,
"Masa bila senior aku turun pergi solat?"
Astaghfirullah...
Sesibuk mana pun jadual kerja aku,
Sebanyak mana pun projek kena bereskan,
Berapa lama pun waktu kerja aku seharian,
Serabut mana pun otak nak fikir semua,
Sepenat mana pun aku,
Aku doakan satu.......
Moga Allah lapangkan waktu saat tibanya waktu solat ku.
Dan semoga 'mereka' menghormati waktu aku.
Pesan seseorang,
"Solat awal"
Jadilah aku pencuri masa yang pintar,
Nak pergi solat harus pandai lari seketika,
Turun ke surau,
Tunaikan yang wajib,
Terus naik ofis sambung kerja,
Itupun wajib jugak.
Baru rezeki halal,
Kau tak makan gaji buta... :)
Nota takde kaki:
Cabaran kerja dengan majoriti non-muslim macam ni la kan? Lagi2 non-muslim bukan orang Malaysia -_-"
Cabaran kerja dengan majoriti non-muslim macam ni la kan? Lagi2 non-muslim bukan orang Malaysia -_-"
Ahad, Oktober 23, 2011
Lagu tercipta, bernafaslah kenangan..
dalam sesebuah lagu...
ada misteri,
ada cerita,
ada rahsia,
ada kenangan,
ada senyum,
ada airmata,
disisi mu aku terdiam seribu bahasa,
dihati ku bergetar sejuta rasa,
namun sukar untuk aku meluahkan,
................
walaupun kenangan itu telah berlalu,
dari lagu yang baru sahaja bernafas,
tapi impaknya,
seakan cerita semalam adalah cerita hari ini,
seakan sejiwa,
lagu dan cerita lalu itu..
nafas ku terhenti bila melihat diri mu,
terasa pantas degupan jantung ku ini,
mungkinkah hati ku milik mu jua,
.............
terfikir kembali,
dahulu aku doakan yang indah,
penuh sabar menanti,
kesudahan yang baik,
kini makin terjawab..
kan ku abadikan dikau,
sewaktu kenangan yang manis,
yang tak mungkin aku lupa,
untuk selamanya...
apa yang manis,
doa ku teruslah dikekalkan manisnya,
apa yang pahit,
moga cepat aku buang dari kotak minda..
moga tidak terpendam di lubuk hati.
kan ku coretkan kenangan mu,
dalam sanubari ku ini,
agar jadi yang terindah,
dalam hidup ku ini...
nota takde kaki:
i know, he doesn't know. but, like i care? i just can show what can i show. hopefully, he can feel it.

Rabu, Oktober 19, 2011
Sabtu, Oktober 08, 2011
Cerita banyak versi
Cerita manusia banyak versi.
Aku faham ada manusia yang tidak suka heboh dan bercerita. Tidak suka cari perhatian murahan.
Aku respek manusia jenis ini. Diam-diam berisi.
Tak perlu menjadi seperti ayam, bertelur sebiji riuh sekampung.
Tapi sedikit pelik.
Tidak suka ceritakan hal sebenar, perlukah reka cerita pelbagai versi? Pada aku diceritakan menghala ke kiri. Pada mereka diceritakan menuju ke kanan. Dalam diam, rupanya berpatah ke belakang.
Kalaupun tak mahu kecoh, sekurang-kurangnya jangan menipu. Dan kalau mahu menipu, jangan banyak versi.
Dan bila sudah kantoi, hilang respek aku.
Nota takde kaki: Kalau tak nak kecoh, kenapa update status/gambar dekat FB? Oh, FB kan tempat raih perhatian + tempat "tayangan" segala-galanya. Kan dah kantoi!
Rabu, Oktober 05, 2011
Selasa, Oktober 04, 2011
Cubaan Kali Pertama
Cubaan kali pertama update belog di ofis!
Selama ni hanya mampu bukak belog sendiri je, belum cukup berani nak update belog kat ofis. Hari ni, tiba2 keberanian datang. Maklumlah, OJT dah nak habis katakan. :p
Sorang dua member sudah pun tau status diorang. Confirm as employee or not. Kami berempat? Tawakal aje.
Okbai. Lepak pantry jap sebelum sambung kerja.

Tinggal tanda tanya
Okbai. Lepak pantry jap sebelum sambung kerja.
Rabu, September 28, 2011
Ahad, September 25, 2011
Sehati Berdansa Ala Canggung
Update2! One of big events happened last week. Mini Town Hall & Talent Nite with the Techman...
Salah satu kenangan manis disini.
Kata dah tak nak kerja sini lagi kononnya, apa salahnya join tarian demi jugak tidak hampakan harapan Mr. Goh yang mahukan kitorang budak2 GT jadi wakil team Melayu bersaing dengan team Chinese, Indian, Pakistanese & Filipino. Katanya kena buktikan 'something' kat geng big bosses, Techman yang berkampung di Malaysia selama 4 hari.
Dan kitorang dah buktikan :p

Office hour diberi kelonggaran sampai pukul 5, terus berkejar ke latihan tarian sampai pukul 7 adakalanya berlarutan sehingga jam 10 malam. Penat berlatih hanya berpadukan koreografer YOUTUBE berbaloi-baloi!
Canggung dan endang digabung jalin, jadilah sebuah tarian yang memikat hati juri malam tu..oh yeah. Sebenarnya, kitorang dahpun naik ke pentas lepas diumumkan dapat tempat ke-2. Usai Mr.David ajak bergambar, satu kejutan untuk kami.
"Sorry for the misunderstanding, actually our winner is Permata Pertiwi!"
Ape lagi, terkejut dan terjerit kitorang semua atas stage. Suka buat kejutan kan?
Psst..Satu lagi acara penting ditunda....lagi! Oh...hampa..
Nota takde kaki:
Tarian tradisonal terbaru yg dipelajari selepas tarian zapin, tarian silat dan tarian dikir puteri. Suka gittew!
Tarian tradisonal terbaru yg dipelajari selepas tarian zapin, tarian silat dan tarian dikir puteri. Suka gittew!
Rabu, September 21, 2011
Selasa, September 20, 2011
DiamDiam Sudah.
Kisah segala macam tentang diri sendiri kadang habis semua dihebohkan.
Kalau boleh mahu satu dunia tahu.
Kalau mampu mahu semua orang ambil tahu.
Namun ada masanya pekung sendiri disorok seboleh mungkin....
tapi segala macam kisah dan pekung orang lain dicanangnya merata.
Ditambah lagi dengan tokok tambah segala rasa kelat dan warna yang hitam,
bertambah buruklah kisah orang lain yang dicanang.
Kisah yang manis bertukar pahit.
Pekung yang busuk menjadi semakin jijik.
Kenapa tidak sama-sama diam sudah?
Kau...kau, aku...aku.
Kisah aku tak perlu kau heboh dan kecohkan.
Apa kau mahu aku canang pekung kau?
Tutup mulut usah biarkan bersuara canangkan hal orang.
Sebab itu perlu belajar diam.
Bercakap bila perlu.
Syhhh! Diam-diam sudah...
Nota takde kaki: Biar kita diam saja, berilah laluan kepada mereka yang gemar bercakap...dan kecoh sana-sini itu. Itu hobi mereka, dan kita perlu faham.
Jumaat, September 16, 2011
HariHari Bergembira DiOfis
Hampir terlupa hari ni Jumaat rupanya, bukannya Sabtu...ehem, syok cuti Hari Malaysia sangatlah katakan. Sepanjang minggu ni,tersangatlah sibuk tapi bukan dengan coding, testing, fix defects etc...tapi aktiviti yang fun-fun-fun di ofis!
Malas taip banyak. Layankan aje...!
Selasa | Unofficial Raya Celebration with all the Muslims
Naik cuti raya, ada 2 kali jamuan raya di ofis. First time, dengan kawan geng PDB23..walaupun bukan semua join tapi meriah la jugak. Mungkin sebab dah lama tak lepak-borak-buang masa di pantry beramai-ramai sejak semua dah sibuk dengan kerja masing-masing.
Kali kedua jamuan raya, kitorang new joiners ni dijemput kakak senior di ofis untuk sama-sama meriahkan aktiviti diorang. Yang ni memang besar-besaran punya jamuan. Boleh la kenal senior Melayu kat ofis LYL+CP. Dan unofficial jamuan raya ni dibuat secara pot luck, so bermacam jenis menu raya dan menu barat ada.
Yang seronoknya hari Selasa, dari 11.30-2.00 masa dihabiskan di pantry. Kerja kejap je la ye idok hari tu? Sebab pukul 5.00-7.00 berkejar ke latihan 'teeettt'..!. Ok..ehem2,will update later about next 2 big events this coming Thursday & Saturday. =)
Rabu | Cosmic Bowl - Bowling for Free!
Kali kedua join aktiviti boling anjuran company. Free punya pasal, ape salahnya join lagi. Kali ni ajak geng PDB24 pulak main sama-sama. Kononnya nak eratkan hubungan dengan mereka yang kitorang sempat berkenalan sekejap masa Domino Race dulu.
Hujan lebat lepas office hour + latihan 'teeettt', so jalan ke Mid faham-fahamlah macam mana. Masa kitorang sampai Cosmic Bowl lepas solat ade staff lain yang non-muslim dah hampir habis 2nd game, kitorang pulak baru nak start.
Ape pun, yang ini memang la seronok. Balik rumah baru rasa penat.
Khamis | Hari Raya/Malaysia Fashion Show
Fashion show + Raya Decoration agak meriah jugak. Sakit perut tergelak tengok gelagat staff LYL+CP bercatwalk.
Ok, saya dapat hadiah untuk 25 audiens terawal. Nampak sangat malas nak buat kerja kan, awal-awal lagi dah cabut lari tinggalkan lappy terus ke pantry semata-mata nak tengok benda alah ni? Ni lah junior contoh, tinggalkan kerja bagi senior yang buat.
Jumaat | Cuti!
Selamat Hari Malaysia
nota takde kaki: Setiap minggu macam ni kan bagus, hilang stress di ofis! Enjoy dalam kejutan bila dapat tahu ni minggu terakhir Line Manager yang baik hati berkhidmat di situ -_-"
Sabtu, September 10, 2011
Bila ex-student tanya...
Bila ex-student tanya..
Cikgu sambung belajar ke sekarang?
Tak la. Cikgu dah keje sekarang.
Cikgu kerja ape?
Programmer.
Oh...bagus.
Awak tahu ke kerja programmer tu cane?
Kerja programmer tu kerja dengan komputer atau robot la.
[senyum]
Cikgu dah bertunang ke?
Isy..budak ni -_-".
Miss them? Yes I do!
Nota takde kaki: Tukar profesion dari programmer ke cikgu boleh?

Selamat berUPSR adik2! =)
Nota takde kaki: Tukar profesion dari programmer ke cikgu boleh?
Label:
suka suki suka hati
Ahad, Ogos 21, 2011
Belog makin hambar + 10 terakhir
Salam Ramadhan semua...
Huisy...dah lama tak update belog. Rindu nak menaip, menconteng, men-doodle, berblogwalking..pendek taip "I miss my belog!".
Rasanya sejak mula training April lepas, hanya sempat update selang seminggu. Itupun kalau rajin, atau sempat. Selebihnya, apa saja yang rasa ingin dikongsi @ diconteng di belog terbiar menjadi satu idea yang basi begitu saja. Dan sekarang, sejak mula OJT (on-job-training), makin letih untuk memikirkan tentang belog yang makin sunyi + hambar ni.
Bukan ada yang kisah pun.
Memang belog ni bukan belog feveret bagi sesiapa pun. Tak berupdate bukan ada siapa yang kisah. Tapi tuan punya belog kisah. Sebab sini rasanya tempat berkongsi apa je yang ingin ditaip. Keadaan dah berubah, belog pun makin terabai. Kesian belog DK kan? Ala...bukan ada yang rindukan belog DK pun. Kan2?
Apa to-do list kamu2 semua setiap malam/pagi sepanjang 10 hari terakhir Ramadhan ni? Alhamdulillah...saya makin suka perubahan dia yang membawa perubahan baik untuk kami berdua sepanjang Ramadhan ini. Moga momentum Ramadhan kali ini diteruskan Ramadhan akan datang.
Okbai.
Nota takde kaki:
Rasa kerja tak dihargai bilamana politik tempat kerja berlaku. Ditambah lagi persaingan 4 orang GT dalam team yang sama. Nasib la aini~

***************

Ahad, Ogos 14, 2011
Tentang Ramadhan
Salam 14 Ramadhan...
Hampir setengah Ramadhan kita lalui. Pejam celik...makin matang rupanya aku...ehem, matang ye bukan tua. Kalau bukan kerana seorang kawan wish birthday, aku sendiri pun lupa aku dilahirkan 14 Ramadhan. Awal Ramadhan kemain ingat bulan kelahiran, dah sampai masanya sendiri lupa.
Lupakan cerita itu.
Ramadhan kali ni rasa ada kelainan sedikit dalam hidup. Jika Ramadhan tahun2 sudah sebagai seorang pelajar, Ramadhan kali ini siang harinya dihabiskan masa hanya di pejabat. Ya, kurang waktu untuk Dia. Aku sedar.
Malam hari atau selepas subuh hanya dapat mencuri masa sekejap untuk Dia. Teringat kata2 seorang kawan, "kalau orang beriman tengok kita yang habiskan waktu dengan sia2 di bulan Ramadhan, mesti diorang cakap dalam hati...ruginya dia, tak nak rebut peluang beribadat di bulan puasa".
Terasa ruginya diri. Tetapi bolehkah alasan penat bekerja membataskan masa kita untuk Dia diterima? Jom kita muhasabah dan perbaiki diri lagi... =)
Nota takde kaki:
Tiap kali Ramadhan, hati mengharapkan pengisian Ramadhan terbaik seperti Ramadhan 2004.

Sabtu, Julai 30, 2011
Team Building Selang Sebulan
Terbaik punya tarikh. PDB23 + PDB24 (23-24 June 2011)
*Kat banner tersalah tarikh rupenya*
geng biru
Pe nama game ntah. Yang pasti jangan pijak itu punya periuk api...
Titi bergoyang2...tapi perlu untuk maintain dalam gambar
Team pertama berjaya melepasi halangan titi buaya! I want nobody nobody but blue team..!
Satu-satunya team yang suka mimum air kolam kotor masa aktiviti titi buaya.
Team oren~ Haha...
Yeah....domino chip's box found!
Kepenatan selepas aktiviti abseiling, memanah....seterusnya wall climbing.
Pengalaman baru....sangat enjoy!
*****
Malamnya...masa untuk bergembira bersama kawan2 walau kepenatan yang amat pada siang harinya.
Tunggu bas nak naik cable car. Layan kamera dulu.
Kesejukan meredah Genting di sepanjang malam bersama kawan2.
Kesejukan, kepenatan, kemengantukan...tapi layan kamera itu penting!
Ok...too much pics!
terus upload gambar2 keesokan harinya ok..!
Tangan tak boleh kena parkinson. Gigih menyusun domino!
Hampir siap!
Domino siap sedia untuk dijatuhkan.
hasilnya...ahh..malas nak upload video.
OTW turun dari awana...menyinggah je kejenya.
-Tamat-
*******************************************************************
Sebulan kemudian......
here for good? Here for FOOD laaa!! :p
Our group. C for cheetah!
Group cheers. Kena lompat bagai.
Time to 'Water Splash'! Time to have fun....err but not for me -_-"
Budak tudung putih terketar-ketar meniti titi. Air kolam psiko betul...haisy.
Aku tenggelam sudah, bagi chance orang lain teruskan perjuangan.
Budak takut air tak dapat rasa keseronokan water splash. Jadi supporter tolong pegang black mushroom sudaaaa..XD
Tarzan wannabe...
Tamat sudah sesi water splash.
Tamat aktiviti 'water quest' pula. Panas terik!
All the lucky GT's... :p
-TAMAT-
Nota takde kaki: Malas betul nak menaip. Upload gambar banyak2...ok x ok?
Lagi suka pergi awana, sebab dapat bergumbira dengan kawan2.
SELAMAT BERPUASA SEMUA!!
Label:
foto,
memori..,
situ sana sini,
team building
Sabtu, Julai 16, 2011
menanti Oktober
Setiap hari login sistem sama mencari solusi apa, di mana dan bagaimana perlu dibuat? Buntu. Pandang laptop sambil mata melilau-lilau pandang atas bawah, semuanya tulisan yang sukar difaham. Mengantuk lalu menuju ke pantry sambil membawa syiling 20 sen, lepak sambil berborak dan membelek helaian akhbar. Itu hobi yang makin kami tinggalkan sejak masing-masing ada tugasan sendiri. Ahhh....bosan dengan sistem!!
Oktober, cepatlah datang!
Mahu tahu hati masih lagi setia disini Oktober nanti, atau pun berhijrah mencari rezeki di lain tempat.
Aku kagum dengan mereka yang setia disini hampir 10 tahun. Kerjaya berkembang disini. Aku suka tempat ini. Aku suka dengan mereka, suka dengan budaya kerja team aku. Tapi kelemahan sendiri buat diri merasakan tidak layak berada disitu.
Haiyya...(eh, tak baik mengeluh!)
Caiyok2!!!
Nota takde kaki:
Masa untuk diri sendiri makin merosot, hidup perlu dinikmati. Kan bagus training lagi...haha. Belog akan senyap sunyi lagi. Okbai!
Masa untuk diri sendiri makin merosot, hidup perlu dinikmati. Kan bagus training lagi...haha. Belog akan senyap sunyi lagi. Okbai!
Sabtu, Julai 02, 2011
jun ke julai!
Sekejap je rasanya Jun, dah masuk Julai. Kan?
Jari jemari terasa lama sudah tidak mencoret sesuatu yang panjang di belog, apa yang nak dikongsikan takdela penting untuk orang lain, tapi bila jari sudah menari menaip...biarkan jela.
*********
Bila Allah menguji dengan sesuatu yang tak disangka, hati menangis seketika. Tapi ada satu dua lidah yang elok menitipkan pesan, ada hikmah disebalik kejadian. Perbuatan itu akan dibalas jua oleh Dia nanti.
Dari situ jugalah, diri dapat melihat seseorang yang begitu setia memberi pertolongan dan sokongan. Hikmah kejadian jugalah, diri melihat mana satu kawan yang sebenar, mana satu kawan yang bertopeng cuma.
Tinggalkan cerita itu. Lembaran hidup baru bermula sudah. Tinggalkan Shah Alam...lagi! Oh sedih!
Dan harapnya lembaran baru ditempat idaman baik-baik hendaknya walaupun tak sangka nama terpilih untuk bersama-sama TEAM IDAMAN bagi seseorang yang sangatlah suka 'programming' -_-"
Wish me luck! Bye! ^_^
Nota takde kaki:
Mood team building lum habis, dapat berita tuk join satu lagi team building...weehooo!
Mood team building lum habis, dapat berita tuk join satu lagi team building...weehooo!
Ahad, Jun 26, 2011
Malas letak tajuk!
Ada jugak blogger yang perasan aku dah jarang update belog. Bukan sebab malas berblog, bukan jugak sebab sibuk sangat...eh, sibuk la jugak. Sebab utama, INTERNET!
Ok dah malas lagi nak taip.
Kepada wanita2, gadis2, perempuan2 sekalian...silalah lebih berhati-hati & beringat bila membonceng motosikal. Pastikan korang tak bawak handbag...kalau tak kena ragut macam saya :(
Ok..bye! Esok kerja tempat baru...

Rabu, Jun 15, 2011
Emel dari seseorang yang istimewa..
Tengahari tadi, mood praktis coding berubah kejap lepas baca emel dari seseorang...
Trainer baru kitorang bekas anak didik Mr. L jugak...so, non-stop dia puji2 bekas sifunya. Yup, semua akui kehebatan skill JAVA beliau & kebaikan beliau.
We still miss him.
Nota takde kaki: Satu je doa aku, moga satu hari dia mendapat hidayah untuk memeluk Islam yand sudah lama didalami beliau....amin.
We still miss him.
Nota takde kaki: Satu je doa aku, moga satu hari dia mendapat hidayah untuk memeluk Islam yand sudah lama didalami beliau....amin.
Langgan:
Catatan (Atom)