»

Ahad, September 25, 2011

Sehati Berdansa Ala Canggung

Update2! One of big events happened last week. Mini Town Hall & Talent Nite with the Techman...




Salah satu kenangan manis disini.


Kata dah tak nak kerja sini lagi kononnya, apa salahnya join tarian demi jugak tidak hampakan harapan Mr. Goh yang mahukan kitorang budak2 GT jadi wakil team Melayu bersaing dengan team Chinese, Indian, Pakistanese & Filipino. Katanya kena buktikan 'something' kat geng big bosses, Techman yang berkampung di Malaysia selama 4 hari.


Dan kitorang dah buktikan :p





Office hour diberi kelonggaran sampai pukul 5, terus berkejar ke latihan tarian sampai pukul 7 adakalanya berlarutan sehingga jam 10 malam. Penat berlatih hanya berpadukan koreografer YOUTUBE berbaloi-baloi!


Canggung dan endang digabung jalin, jadilah sebuah tarian yang memikat hati juri malam tu..oh yeah. Sebenarnya, kitorang dahpun naik ke pentas lepas diumumkan dapat tempat ke-2. Usai Mr.David ajak bergambar, satu kejutan untuk kami.


"Sorry for the misunderstanding, actually our winner is Permata Pertiwi!"


Ape lagi, terkejut dan terjerit kitorang semua atas stage. Suka buat kejutan kan?





Psst..Satu lagi acara penting ditunda....lagi! Oh...hampa..



Nota takde kaki:
Tarian tradisonal terbaru yg dipelajari selepas tarian zapin, tarian silat dan tarian dikir puteri. Suka gittew!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan