»

Khamis, Oktober 03, 2013

You Si Psiko pergi jauh-jauh


Assalamualaikum...

Sekarang hati tak sabar nak nikah! Sebab utama, dah sampai masa dia :p
Sebab sampingan tapi antara terpenting, aku dah tak sabar nak pindah keluar dari rumah sewa sekarang...to be specific - tak sabar nak pindah keluar dari bilik yang ada perempuan psiko!

Fuh...nangis cerita kat tunang dengan Umi kalau bab masalah ni.

Selama 2 tahun duk dengan pompuan psiko, banyak aku pendam je. Apa dia buat aku diam je. Ape dia buat, aku perasan tapi buat tak tau. Barang ape dia diam2 alihkan, dia buang sesuka hati aku diamkan jugak. Sebab tu lagi psiko pompuan tu. Nak marah, tapi lepas istighfar...cool balik tak jadi hambur maki hamun. Lagi satu bukan jenis aku nak maki hamun orang walau dia lempar taik banyak mana sekalipun. Heh, takde la dia lempar benda alah kotor tu...tapi yelah..ala2 tu kot.

Aku malas nak list kan semua benda2 psiko yang dia buat selama ni. Buang masa aku je. 

Umi cakap, hati orang kita tak tau. Jangan cerita sangat kejayaan/pencapaian/bahagia kita sebab certain orang dalam hati dia tak boleh terima orang lain lebih dari dia walau seinci. Dengki, iri hati...boleh bawak pada benda2 yang tak logik. Kita mana tau kan?

Tapi.....aku musykil gila. Kalaulah orang tu nak dengki ngan aku, dengki sebab ape? 
Kerja? Sama2 kerja. 
Gaji? Dia lagi banyak dapat elaun. 
Penampilan? Aku tak cantik...manis je hahaha. 
Jodoh? Hmm....wallahu'allam. Rezeki, jodoh tu kan ketentuan Allah swt. 

Sekarang aku dah tak jumpa dah jarum bawah tilam. Syukur untuk itu. Tapi dugaan lain tu tetap ada. Haih...tak tau nak cakap ape. Bersangka baik kata hati sendiri. Tapi kata Umi, hati manusia bukan boleh tahu selari ke tak dengan muka baik, cakap sopan santun.

Dan aku rasa, aku dah dapat jawapan kenapa ex-roomate dulu tak suka bila aku ajak pompuan psiko tu pindah ke rumah sewa kitorang. Nasiblah, kesian kat orang pastu tolong orang lastly kita yang terima akibat.

Lepas tunang aritu, bakal suami *heee* bagitau keputusan dia nak PJJ dulu 1-2 bulan sebelum kitorang boleh stay serumah. Sedih wuuuu...tak dapat imagine nak duk asing2 dengan suami walau dalam tempoh sekejap.

Berkali-kali pujuk dia, lepas habis cuti kawen nak terus duk sama2 ngan dia. Alasan, macam2. Salah satu, dah terseksa jiwa raga duk dengan pompuan psiko. 

Doakan kami dapat rumah sewa yg sesuai, selamat & murah *ada ke rumah sewa murah area KL/S.A?*


Nota takde kaki:
Tolonglah padamkan sifat iri hati yang negatif dalam jiwa kita. Syukur dengan rezeki Allah baik dari segi jodoh,pelajaran,kerjaya,etc...jangan psiko2 ok! :)


4 ulasan:

  1. wuuuu nak nikah dah? tahniahhh. :) pasal prmpn psiko tu, cepat pindah cepat jauh dr dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaallah....harap2 dipermudahkan urusan nikah & dpt umah sewa cepat, xmo duk ngn org psiko lg dah

      Padam
  2. Tahniah...

    dah lama tak jenguk. tup tup dapat berita nak nikah.

    Barakallahulakuma in advance dear!

    Erm,
    halau dia keluar dari rumah tu boleh?
    kehkeh...

    Aini is gagah. XD

    BalasPadam
  3. terima kasih dear! nk halau takleh...dah kita jgk kesian kat dia dlu, bawak la dia duk sewa sama2. yeah...aini gagah hati! :)

    BalasPadam