»

Khamis, November 11, 2010

Buku | Agenda Yahudi Menakluk Dunia [1]


Tengok tajuk macam menarik, bila baca....lagi menarik! Ehem...tapi takde la baca dengan serius macam baca novel, tengok mana isi2 menarik, info2 menarik jela. Buku ni agak berat dan serius kupasannya, tapi sebab penulis buku ni guna bahasa yang mudah nak faham dan isi kandungan meletup, jadi membacanya sangatlah tidak membosankan langsung. *Senyum*

Mukadimah cuma. Nak ulas panjang2 harus lenguh tangan nak taip kat blog ni dan haruslah orang yang baca bosan *kan2...tu dah menguap, bosanla tu =p*. Tapi tak kisahla, nak kongsi jugak kat sini mana yang mampu dikongsi.


"Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga kamu menuruti agama mereka"
Surah al-Baqarah; ayat 120



Meh kita tengok tiap bab dan tajuk *tajuk je ok, kang masuk isi-isi tersurat dan tersirat tak tahulah pule korang minat nak tau ke tak*.

BAB 1 - Sejarah ringkas bangsa yahudi
- Kronologi peristiwa bangsa yahudi

BAB 2 - Amerika Syarikat (AS): satu lembaran baru
- Era baharu bangsa yahudi
- Sejarah sebagai subjek utama

BAB 3 - Pengaruh yahudi di AS
- Politik dan ekonomi
- Pembunuhan John F. Kennedy
- Pengaruh ke atas media
- Yahudi mencipta kemelesetan

BAB 4 - Ke arah mencapai matlamat akhir
- Program dan strategi politik yahudi
- Strategi yahudi
- Perang Yom Kipur
- Perang Teluk Pertama 1991
- Perang Afghanistan dan peristiwa 11 September
- Reaksi dunia

BAB 5 - Realiti masa kini
- Keadaan masyarakat
- Langkah mengatasi
- Renungan akhir


BAB 6 - bersambung entri lain. boleh kan?


Tengok dia punya tajuk2 setiap bab pun dah buat keterujaan nak baca buku ni makin meluap-luap. Hoho...tak percaya? Apa kamu bilang aku ini manusia yang kerjanya melayan kejiwangan novel saja? Tak percaya takpe ^__^


***********
Nota takde kaki: Entri ni bosan kan? Kang tulis pasal diri sendiri orang lagi bosan, nak tulis pasal aku dengan encik rorou kang orang meluat lak nak baca...teett. Jadi, tulis pasal buku yang sangat menarik ni *bagi aku la*. Maap ler sebab tak reti nak ulas buku. Tapi buku ni tak bosan dibaca, cukup menarik kupasannya.

Psst..kalau bosan entri ni baca je entri bawah ni. Kuikui...=p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan