»

Jumaat, Julai 30, 2010

"Degil macam papa la"

Minta maaf, saya memang degil...tapi kadang2 je.
Degil saya buat orang risau dan marah...tapi takpe, tu bukti orang sayangkan kita kan? Hoho...sekali lagi, maaf~

Masa balik kampung aritu, baru tau satu kebenaran. Kisahnya sebab taknak dengar cakap umi. Dia suruh letak sikit je mayonis tuk buat telur dadar, aku pergi letak banyak..sebab ikut kata hati plus ikut kata papa.

A: "Letak banyak ke sikit nie?"
U: "Letak sikit jela".
P: "Letak banyak2 sikit...sedap".
A: "Hehe...orang letak banyak2 la. Bagi rasa masam2 telur dadar ni".
U: "Tengok tu, umi suruh letak sikit gi letak banyak. Degil macam papa la".
A: "Hehe...bia la umi".
U: "Hari tu masa buat makan2 kat surau, umi suruh papa masak nasi sikit...dia degil. Umi cakap nanti tengok la, separuh periuk besar tu tak habis nasi. Tengok2...betul tak habis separuh."
A: "Masin mulut umi..hehe".

Itu kenyataankah?? Rupanya ayah sendiri pun degil ye? Ngee...
Itu baru 1 situasi, banyak lagi benda yang buat umi cakap aku degil. Hehe..lagipun keras hati dan degil nie antara sifat2 orang yang lahir bulan mei. Iye ke? Ada betulnya jugak tu. Keras hati kot, kalau dah kadang2 taknak dengar cakap orang. Tapi hati aku lembut woo...cepat sensitip. Hehe..

Emm...memang la aku degil. Tapi sesetengah keadaan je buat aku degil. Banyak keputusan dalam hidup aku buat atas nasihat, pujukan @ pandangan orang lain terutamanya orang yang rapat. Kalau ikutkan hati yang degil..aku takkan masuk matriks dulu tapi aku ambil A level. Tu antara keputusan terbesar dalam hidup yang beri kesan sampai sekarang. Tapi aku tolak, sebab aku tak degil dan ikut kata famili. Kalau aku degil dan tetap dengan keputusan sebelum masuk matriks, aku mungkin tak masuk uitm tapi masuk u lain, tak ambil course sekarang tapi ambil course yang aku suka masa sekolah. Takdir dah macam ni, terima je seadanya. Bersyukur dengan rezeki yang diberi, redha dengan takdir Allah swt. Kan? The road not taken la katakan~

************
P/s: Sem 4 dulu, ada sorang bestfren cakap, kalau tak masuk uitm...mesti tak jumpa dia kan? Hik2.. ;p

Khamis, Julai 22, 2010

Raja Raju Merajuk Laju2

Tajuk diatas ada kaitan sedikit jeeee dengan cerita dibawah.

Merajuk sama ke tak sama dengan kecil hati, terasa hati, tawar hati, hati2 etc?
Hmm...tak kot.
Orang yang terasa hati @ kecil hati dengan seseorang, tak semestinya dia merajuk kan? Mungkin dia pendam je dan tak tunjuk perasaan sebenar.
Tapi kalau dah terang2 merajuk tu, maknanya betul la dah kecil hati, terasa hati semua laa yang melibatkan hati..haha. Dan dia nak orang lain tau bahawa dia tengah terasa hati dan merajuk.


Dalam hati mesti dia cakap"Hai, tak nak pujuk ke??"
Orang berkenaan pule berkata di dalam hati"Sikit2 nak merajuk, ingat comel ke ape?"
"Haisy, terasa hati wuuu, nape takde sape nak pujuk? Dah wat muka sedih pun takde orang layan gak...huhu".
"Rasekan...haha. Tak nak pujuk!! Tak nak pujuk!!"
"Dahla wat orang merajuk, tak nak pujuk pulak tu...sampai hati. Terjun longkang kang.Wuuuu..."
"Alamak, jangan terjun longkang, nanti busuk. Jangan merajuk lagi tau. Sorry2.."
"Tak nak!! No sori2, naik lori la...Merajuk! Terjun longkang!". Merajuk lagi...gediknya.
"Terjun longkang busuk la. Baik terjun laut, leh berenang. Kan2??". Sambil sengeh.
"Huhu...tak reti berenang"
"Dahtu, tak yah la terjun. Soriiii, jangan merajuk lagi ye".
"Merajuk gak!!! Huhu.."
"Eh dia nie, jual mahal lak. Sekeh kang".
"Jual murah sangat senang orang beli".
"Menjawab lak. Nak merajuk ke ape nie??".
"Nak la. Ni tengah merajuk la".
"Orang merajuk mana cakap banyak. Diam jela kalau nak merajuk".
"Erm..ok, diam. Nak merajuk lagi".
"Ok, merajuk sampai esok. Tak nak layan. Sape suruh jual mahal". Dalam hati, ketawa tanda puas hati. "Aku menang...yesss!!!!"
"Huhu...". Dalam hati..."Kalah~"

Situasi diatas memberi makna, orang tu merajuk olok2. Bukan merajuk betul2. Orang merajuk mana ada nak mengaku kan? =p

Merajuk olok2 nie, boleh dikategorikan sebagai merajuk main2, saja2 nak menggedik. Tapi sebenarnya bukan disengajakan..mungkin betul2 merajuk pada awalnya, tapi disebabkan lambat sangat dipujuk seseorang, maka terjadilah merajuk olok2. Weehooo...

~THE END~

Dialog rekaan semata2...^^v

Rabu, Julai 21, 2010

R untuk .....

Pheeew...maka siaplah gak kerja mengedit gambar tuk header blog ni. Tak berapa puas hati sebenarnya, tapi ok la kot.

Taraa...


Oleh sebab blog ni ade nama jepun...koyaaa, maka gambar pun nak kena letak anime yang kawaii, comey-lote macam saya..haha.lagi2 koyaaa. Dan2 tengok gambar yang comey itu, terus berkenan. Lepas da upload gambar yang diedit seciput itu, baru perasan satu benda. Kat sweater lelaki kiut itu, ada huruf R. R untuk ??? R untuk Rahsia la...waka waka ae ae. Kebetulan sungguh! Kan2?? (angguk2 kepala tanda setuju)

Maka dengan ini, cukuplah 10 entri saya. Disebabkan perjanjian tidak bertulis telah dibuat, maka saya pun terpaksa lah memberi keizinan kepada makcik hemie untuk melihat blog ini(tengok je, tak leh baca..haha). Tidak lupa juga kepada makcik amal yang sebelum ini sudah berjaya menceroboh blog ini. Tahniah amal! (padahal pakcik google tolong :p). Jangan ditanya kenapa warna pink??? Hehe...nak warna tema hijau takpun ungu tapi terrrbuat warna pink pule. Buta warna sekejap. Sekian^^v...

Isnin, Julai 12, 2010

Anak Ayam Berebut Makanan

Siapa anak ayam?
Kami lah. Aku. Dan mereka2 yang hingin sangat nak kolej *sebab boleh jimat wang*
Makanan tu?
Kolej la.Sebab kena rebut dulu baru dapat. Siapa cepat dia dapat~

Pagi2 lagi semangat, bangun pukul 4.30 pagi..tapi tidur balik. Pukul 5 baru bangun..wah, spain menang world cup. wahaha...dak tu sokong belanda.

Cerah tak cerah lagi..aku da tunggu bas u72 nak pergi kl sentral. Semangat yang amat nak dapat kolej, lagipun dah janji dengan ila. Dalam 6.45 dari taman desa sampai kl sentral lebih kurang kul 8 kot..hehe, tak tengok jam la pulak masa tu.

Nak ke shah alam, tunggu la u80. Punya lah lama tunggu...20-25 minit kot,rasa lama sangat2 sebab keliling aku masa tu ramai laki2 yang tak dikenali. Cuak2...tapi maintain cool~, ngee. Dalam 7.30 pagi baru naik bas. Sejam berdiri dalam bas hari ini, memang rasa lenguh. Biasanya dulu2 kalau naik u80, sempat lah duduk2 jap..hari ni lain pulak jadinya.

Sampai seksyen 2 dah pukul 8.30. Oho..ila dengan amal belum siap. Ok, tunggu jela kan? Ntah pukul berapa baru la dapat ke melati. Nasib baik, masa menunggu tu ada jugak sorang akak nie nak melayan aku berborak. Kira tak rasa boring sangat tunggu. Haha..

Panjang sangat mengarutnya. Pendek cerita, aku dapat KOLEJ MELATI!!! Alhamdulillah~

Itupun selepas kena tunggu sampai pukul 2, kena berebut! First come, first serve kata makcik ofis melati.

Punya lah ramai budak2 yang tunggu nak rebut kolej masa aku pergi depan ofis. Dalam 50 orang mungkin. Tup2...ada dak mana cakap selain duit yuran kolej, kena sedia gambar passport. Aisey, pagi tadi aku dengar duit je. Mana la ada gambar... punah, hancusss lebuss semua harapan nak dapat kolej. *gambar passport orang lain boleh pulak aku simpan*

Tapi, bak kata ila. Aini takpe, selalu je murah rezeki. Emm...iye? Ntahla...rezeki kot petang nie. Masa orang lain sibuk2 berebut borang kolej macam anak2 ayam kebulur berebut makanan, aku jadi anak ayam baik,tak rebut pun..hihi. Aku ambil borang yang ada orang tinggalkan kat lantai, pastu bagi selebihnya kat orang lain yang tak mahir berebut macam aku nie..ngee. Masa tu ila ntah ke mana rebut borang pun aku tak tahu.

Lepas dapat borang, aku tengok ada 8-9 orang masuk ofis melati, aku dengan BLURnya pun masuk gak..hehe. Oh...dan2 masa tu jugak dah nampak kunci2 bilik kolej. Mata dah bersinar-sinar dan berpinar-pinar. ^^v

Masa tu, memang kalut malut depan ofis melati. Orang belakang tolak2 aku masa tengah beratur tu, lagak macam banduan berebut nak keluar dari penjara pule...wahaha. Jenguk2 ila, langsung tak nampak dia. Rupanya dia nun jauh ke belakang. Emm..bukan rezeki dia petang nie.

Bila masuk bilik aku *dapat kat ground floor*, rasa macam budak baru first time duduk kolej pulak. Teringat masa sem 1 dahulu kala..haha. Wahaha...syoknya kalo ada tqa si dandelionia, yma dengan cikin. Rinduuu sangat~




**************
Fikir sejenak, kalau lah syurga memang kita nampak depan mata...mesti kita berebut-rebut nak masuk syurga kan? Tapi disebabkan kita tak nampak, kita hanya mampu berdoa agar dapat menghuni syurga, tanpa melakukan amal ibadah secukup sebagai tiket ke sana. Mungkin kita akan sedaya-upaya melakukan apa sahaja, walaupun terpaksa berebut sesuatu di dunia ini, asalkan dapat apa dihajati...kenapa pula kita tidak merebut peluang untuk tiket ke syurga?
Wallahualam~


Ahad, Julai 11, 2010

Rayuan kolej ditolak!!!!!!!!!!

Rayuan kolej ditolak! Adoyai..fenin2.
Alternatif lain...

  • Cari umah sewa jela. Kalau ada yang murah lagi ok, sebab duit pt memang ada lagi, tapi sikit je..huhu. Sewa umah+bil api air+broadband+segala macam lagi...agak2 cukup ke? (tapiiii ila tak nak pulak..emm, aku duk sorang2 ok ke?)
  • Duk umah amal. Tapiiii bukan tumpang free2 je, aku nak bayar selagi aku mampu. Tapiii kan, mak tak berapa berkenan sebab...yela, kalau tumpang sana tu mesti la sampai habis sem nie..lama tu! Kalau aku bayar sekalipun, macam tak berapa elok tumpang umah orang lama2 kan? Memang kurang sesuaii! Aku pun segan yang amat nak tumpang umah orang tuk 1 sem. Mak cakap, duk je umah angah!
A: Umi, kalau ikut ila tumpang umah amal boleh? Pastu orang bayar la mana orang mampu.
U: Hesy, jangan nak menyusahkan orang. Tak malu ke nak tumpang umah orang lama2?
Hambek!!
A: Malu2..tapi tak tau macam mana. Nak sewa umah nanti duk sorang2 jela.

U: Baik duk umah angah je. Umi da cakap dengan dia tadi.

A: *Bla bla bla*

U: *Bla bla bla*. Nanti kalau da kurang duit, tak cukup duit pt cakap la kat umi. Kalau ada

masalah, kongsi. Ni tak, kalau tak cukup duit, senyap jee. Mana la orang lain nak tau. Kang da kena.
A: Sambung lagi *Bla bla blahh...*

* Dialog asal adalah loghat Kelate *


  • Duk umah kak long. Dia pun bagi. Tapiiii...jauh kot nak ulang-alik naik bas dari sini ke s.alam. Nak2 lagi kelas start pukul 8.30 pagi. Pukul berapa aku nak kena keluar umah? Lagi2 la tak set kan hari apa lagi tuk jumpa sv fyp.
  • Duk umah angah kat s.alam. Dekat sikit nak pergi kelas kot, cuma belum tahu bas mana yang lalu depan umah angah tuk pergi kelas. Tapiiii...dia sekarang stay kat serdang dulu, bulan 8 baru stay kat s.alam.
  • Jadi orang nomad!! Hehe... Nak ada tapi jugak. Tapiiii...kesian kat diri sendiri sebab takde tempat berteduh tinggal yang paling dekat+mudah nak pergi fac, kecuali lah aku duk umah sewa.

Huhu..aku prefer duk umah sewa. Memang la da kurang duit, tapi kalau pandai jimat..insyaallah memang cukup lagi tuk sem nie. Sebab, tak payah nak susahkan & libatkan orang lain dengan masalah aku. Tapiii..msti mak dengan dak tu tak bagi kalo duk sorang2, takde kawan lain. Dibuatnya dak2 serumah aku berperangai pelik + tak leh masuk geng...tension gak kan? Pape je la aini...


Banyaknya tapiiiiiiiiii....lemoh ler camni.

Idea lain? Tunggu dan lihat je la macam mana nanti. =)

*******************


Cet...tiba2 tak boleh tidur gara2 merajuk...konon! Itu sebab gatal nak update. Haha...*wink2*

Jumaat, Julai 09, 2010

Jangan-jangan

Jangan kamu ganggu,
Di siang dan malam ku,
Kerana diri ku,
Tidak perlukan kamu..

Jangan kamu ganggu,
Di siang dan malam ku,
Kerana kamu sedia tahu,
Siapa aku..

Jangan kamu ganggu,
Alihkan perhatian ku,
Kerana aku tahu,
Apa niat mu..

Jangan kamu ganggu,
Alihkan perhatian ku,
Kerana hati ku,
Tetap akan disitu..

Jangan kamu ganggu,
Di setiap hari mu,
Kerana hati ku,
Setia pada yang satu..

Pada yang satu,
Aku setia disitu,
Pada yang satu,
Jangan sia-siakan aku..



**************
You should know what type of girl am i...i'm not as easy as you think.
P/s: Nyanyikan "Selamat Malam" tuk dia..ngee. Ngadanya dak bcuk tu...segan2. ^_^"