»

Jumaat, Oktober 22, 2010

Pejam mata, lihat kamu..

Pejam mata

Pejamkan matamu untukku..
Dengarlah dunia berkata-kata..
Usah kau ragu di sini tempatmu..
Walau berubah di mata kita tetap indah..
Selagi kau masih percaya..
[Aizat, Sungai Lui]


Ada seseorang ajarkan aku....
"Bila saatnya kamu merindui aku,
Pejamkan mata mu, bayangkan aku,
Aku ada di hati kamu,
Bila kamu pejamkan mata,
aku akan dekat disisi kamu walau kita jauh"
Lalu aku pejam mata,
Aku lihat kamu,
Lantas aku senyum,
Kamu memang selalu di hati ini.

Bila saatnya ada 'jarak' antara kita,
Cuba pejam mata,
Cuba bayangkan dan rasa,
Perasaan indah itu ada dalam hati,
Ada dalam diri,
Tiada yang berubah,
Perasaan itu tetap sama,
Sejujurnya makin indah,
Maka 'jarak' itu akan hilang,
Selagi dalam hati,
Ada rasa sayang dan percaya..



*******
Nota tak berkaki:
Berehat sebentar dari kepeningan berFYP, lalu merepek di blog :p

Rabu, Oktober 20, 2010

Aku kan abang!

Aku anak kecil yang tahu erti berkongsi kasih sayang dengan orang yang aku sayang. Aku anak kecil yang sudah mampu untuk memahami bahagianya mama dan walid ku setelah lahirnya dia. Aku juga sayangkan dia, seperti semua sayangkan dia. Tetapi kadangkala aku tidak tahu bagaimana harus aku tonjolkan perasaan sayang aku pada dia.


Bila dia menangis, aku akan berjalan laju seolah berlari menuju ke tempat tidur dia. Aku sudah tidak peduli dengan mainan-mainan yang menghiburkan hati aku. Lantas aku mendekati dia, aku cuba memujuk dia. Walaupun ketika itu nenek ku sudah pun mengendong dia. Aku cuba tepuk-tepuk dia. Pada aku itu tepukan untuk memujuk...yang perlahan. Tapi dia menangis. Mungkin terkejut dengan tindakan aku. Lantas aku cium dahi dia. Nenek tersenyum lalu menyuruh aku teruskan bermain.


Bila aku lapar dan merengek-rengek, dia juga mula merengek. Bila aku mula rasa mengantuk, dia juga akan mula menangis memberi isyarat mahukan mama mendodoinya. Aku mengalah. Kadangkala aku sendiri akan berbaring sambil bermain-main dengan pakcik-pakcik dan makcik-makcik ku. Bila cekni pulang, aku rasa gembira. Aku hulurkan tangan kecil ku minta didukung. Cekni kadangkala suka mengenakan aku. Dia akan pura-pura melarikan diri dari aku, kemudian aku akan kejar cekni sehingga dia mendukung aku. Cekni akan menari-nari dengan aku. Kadangkala cekni menyorok, kemudian aku akan cari. Kadangkala aku yang menyorok, aku pun pandai menghibur hati orang taw! Bila malam, cekni yang akan mendodoi aku. Menggantikan tugas mama. Aku mengalah dengan dia. Kerana aku kan abang!


Bila walid ku pulang menjenguk aku, mama dan dia di kampung, aku mengambil kesempatan ini untuk bermanja dengan walid. Aku akan minta didukung, didodoi, disuap dan macam-macam lagi. Aku abang, tapi aku seorang anak kecil yang manja.


Pagi itu, aku lihat dia didukung moyang ku. Aku lihat mama pakai baju lawa. Aku lihat walid berulang-alik memunggah barang ke dalam kereta. Aku tahu mama dan walid akan pergi. Tapi kenapa nenek memakaikan aku baju biasa? Aku mula faham. Aku sedar. Hati aku kecewa sedikit tapi aku kan anak kecil yang baik. Aku tahu mama dan walid hanya meninggalkan aku sekejap sahaja. Aku mengalah kerana aku kan abang!


Mama datang kepada ku. Mama cium aku berkali-kali. Mama peluk aku erat-erat. Aku pegang tangan mama sambil cium tangan mama. Aku tahu dalam hati, mama menangis. Aku kenal sangat dengan mama ku. Kemudian mama masuk ke dalam kereta. Aku hairan. Kenapa mama tidak menghiraukan dia. Aku tahu aku tidak pandai berkata-kata. Sekadar bunyi "huhh" saja aku pandai. Lantas aku tunjukkan jari ku ke arah dia. Seakan memberi isyarat kepada mama ku. "Mama, kenapa mama tinggalkan adik?". Aku tidak tahu rupanya mama hanya buat-buat terlupa akan dia. Mama tersenyum. Rupanya mama faham isyarat aku. Lantas mama mendapatkan dia. Kemudian aku dicium dan dipeluk walid. Beberapa minit kemudian, kereta walid bergerak meninggalkan pekarangan rumah nenek. Aku pandang mama yang menoleh ke arah ku. Aku lambai-lambai mama, walid dan dia. Aku tak menangis. Kerana aku anak kecil yang baik. Aku tahu tidak lama lagi mama dan walid akan pulang mengambil ku.


Kali ini aku mengalah dengan dia. Dan membiarkan mama dan walid meninggalkan aku di kampung. Kerana dia adik, aku kan abang!


*******
Nota tak berkaki: Aku rindukan amsyar yang amat. Teramat rindu...:'|

Kalau berpacaran

(Sohaimi Mior Hassan)
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

(korus)
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman


(Ana Raffali)
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

(ulang korus)

(Altimet)
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

***********

Untuk mereka, untuk anda dan si dia, untuk saya dan dia juga.
Untuk yang sedang dan akan..err, berpacaran =p

Jumaat, Oktober 15, 2010

Kami berpisah lagi...

Nak feeling2 sedih boleh?
Kenapa kita kena berpisah lagi?
5 hari kot...
5 hari saya akan hilang kamu..
Saya nak kamu...
Saya sunyi tanpa kamu..
Siapa nak teman saya?
Nanti saya tak boleh dengar kamu,
Tak boleh pandang kamu,
Tak boleh pegang kamu,
Semuanya tak boleh!!
Oh..
Saya risau tanpa kamu,
Tersangat risau,
Bila terpaksa berpisah lagi dengan kamu,
Terutamanya di waktu kritikal seperti sekarang..
Hmmm...

Rabu, Oktober 13, 2010

Air jernih itu...

air mata wanita
Dia on laptop lalu..

Mencari lagu-lagu yang sudah lama tidak didengar lalu..

Menghimpun lagu-lagu sedih dalam playlist..

Dengar lagu-lagu sedih sambil..

Nyanyi lagu-lagu sedih sambil..

Ingat kembali apa yang buat hati sedih..

Satu demi satu..

Ada air jernih mengalir perlahan di pipi dia, lalu..

Dia usap air jernih itu..

Biar ia pergi bersama rasa sedih itu..lalu

Dia mula menyanyikan lagu gembira..

Hilang sudah rasa sedih?

Oh...dia hanya pura-pura,

Menutup sedih semalam..

Yang mungkin berulang esok?

Dia tidak pasti akan itu..


Ahad, Oktober 10, 2010

B is for Bee


.:ini Bee Bucuk:.


B untuk
bahagia

B untuk
bersama

B untuk
Bee

B untuk
Bucuk =p


*********
Entri khas nie sempena tukar background baru. Poyo pulak kan main2 tukar background pun nak ada entri khas.


Nota takde kaki:
encik rorou ingat lagi pasal bee comel yang beriya pujuk dan tulis I'M SORRY dulu? =)


101010

Ada apa dengan 101010?

Tarikh lawa..yup, memang la. Unik je 101010 tu bila tengok kan?

Ramai orang kawen arini. Oh...terlepas! =p

Ada yang nak tunang arini jugak kot. Terlepas jugak...opsss.

Baby2 yang ada dalam perut2 mak diorang...diorang pun berebut2 nak keluar tengok dunia pada tarikh nie. Suka suki jee.



Wedding of the year diorang pun pada 101010 jugak kan..pandai pilih tarikh.


Nota takde kaki:
Tunggu 111111 dengan 121212 pule. Mesti ramai yang rebut nak cipta memori indah dalam hidup diorang pada tarikh2 berkenaan. Ada kawan matrix dah cop tarikh tu sejak beberapa tahun lepas lagi,katanya mau kawen pada tarikh tu.

Sabtu, Oktober 09, 2010

Showdown of Champions KL 2010

Syok dan enjoy!
Walaupun mula2 tak tau pun pemain tenis mana yang datang, dah orang bagi tiket free...pergi jela kan. Tiket harga RM155 kot. Padahal NC wajibkan kitorang level bawah nie pergi, sebab tu kena pergi.

Aku pergi dengan roomate je. Tapi bila dia jumpa geng2 mass comm dia, ayaya....baru aku tau betapa gilenya diorang dengan dslr dan tv. Abang astro pun puji sebab diorang sporting gile nak masuk tv =P. Aku je yang lari dari abang astro...haha. Padahal lari sebab nak gayut kat tiang lampu...kuikui.

Meh...nak cite lagi. Sile baca ye!

Mula2 bunkface buat show. Nyanyi berapa lagu ntah...layan lagu diorang kat radio boleh la, tapi kalau live dalam stadium tu...paham2 sendiri la macam mana kan.

Dan lepas tu....tibalah masanya orang yang buta tenis nie tengok diorang main. Sape pemainnya?
Korang kalau nak kenal pakcik2 dan kakak2 *takkan tak kenal martina ngan anna kot* yang main malam tu sile google sendiri ye..hehe, takpun klik je http://showdownkl.com/v2/


.:1st match: Goran Ivanisevic VS Pat Cash:.

Memang enjoy laa! Sukeeee sangat tengok diorang main sambil buat lawak. Pakcik Pat Cash yang hensem mase zaman kegemilangan dia tu dah mengembang da saiz badan, tapi tetap tough! Opps! Tak henti2 1 stadium gelak tengok Pat Cash nie wat lawak. Macam nonton raja lawak la pule. Aksi merajuk comel, aksi sakit pinggang, macam2 laa pakcik Pat Cash nie *tetibe teringat nak main Petville lak..kuikui*.

Nak sangat rebut bola tenis ngan kain lilit kepala yang dia selalu baling randomly tu...tapi takde rezeki sampai sudah T_T. Goran lak maintain cool je, tak berapa reti nak wat lawak kot.

Yang pastinya, diorang berdua bukan setakat main tenis dengan pukulan laju tuu sampai melantun tung-tung, tapi siap main badminton ngan takraw lagi. Sape kata tenis takleh main sekali dengan takraw+badminton=tenTaTon *suka-suki reka nama baru*, diorang bekas juara2 dunia sudah buktikan pun! Anda bila lagi?? Jom main tentaton! =p


.:2nd match: Ivan Lendl VS Mats Wilander:.

Yang nie mintak maap ler..agak bosan. Huhu...time diorang main tetibe rase sakit kepala, lenguh pinggang....semuanya tak kena la. Mungkin sebab energi Wilander nie dah kurang, maka Lendl pun main biasa2 jela. Maka kami penonton2 nie pun kurang excited tengok diorang main.


.:3rd match: Goran Ivanisevic/Anna Kournikova VS Pat Cash/Martina Hingis:.

Wahaha...yang nie paling sukeee. Sebab ada Martina! Serius memang 'gege riuh' stadium bila Martina ngan Anna keluar dari tempat persembunyian diorang menuju ke gelanggang. Martina makin cantik sekarang, nak kaler rambut macam dia boleh? Tak sesuai la cik aini oii =p.

Ade omputih sorang nie siap usung loceng besar lagi..semata2 nak bagi sokongan kat Martina dan menarik perhatian satu stadium.

"I love u Martina". "I love u Anna". Non stop laki2 gatal jerit2 nama Martina ngan Anna. Tak lupe tetiba orang jerit nama Enrique *sib baik enrique takde, kalau tak...pengsan! Ah...takdenya nak pengsan.*

Time diorang main, memang enjoy abes. Dengan Pat Cash bergabung ngan Goran wat lawak sepanjang main tu...adoyai, sakit perut gelak. Sampaikan si Anna pun terpaksa stop main kejap sebab tak tahan dengan aksi2 kelakar pakcik2 berdua tu.

Suke2! Paling suke tengok Martina pukul bola tenis tu. Fuhhh! Sampai terkena skrin kat bumbung stadium. Kesian dia kena dera bila pakcik Pat Cash tu join Goran/Anna main 3 lawan 1. Pape pun, Martina tetap hebat malam tu ^__^

************
Coret2:

Habis je diorang lawan tuu...diorang main baling lagi bola2 tenis siap ada autograph bagai. T_T...takde rezeki kami2 nie.

Dan.....emm, mesti sorang adik tu takleh tidur 3 hari 3 malam sebab dapat gantikan Goran yang 'merajuk' dan main dengan tunjuk-ajar Anna yang siap pegang...err...peluk.

Dan...hmm, meluat tengok pakcik2 tua yang tersengeh macam hape ntah bila Anna peluk cium dia. Bukannya nak ngelak, tapi sengeh bangga lak. Huisy...lupe bini ke pakcik?

Sebenarnya ramai yang datang tu sebab nak tengok Jay Sean punye konsert je. Aku? Tak sempat Jay Sean nyanyi aku terus blah...sori, kalau FT nak jugak aku tunggu =p

Panjang sangat merepek entry kali nie. Err...mintak maaf ye. Stop sini ok? Papai!


Nota takde kaki:
Bila laa pakcik hensem tu nak sign autograph kat bola futsal dan bagi je kat aku. =p


Jumaat, Oktober 08, 2010

Senyuuuuuummmmm...

Semalam aku senyum memanjang. Senyum lebar....dan comel. =P

Secomel kucing nie kot..ahaks


eh..yeke? ntah2 senyum macam nie kot.



Tak kisah la senyum macam mana pun. Lupe nak tengok cermin macam mana aku senyum semalam...wahahaha.

Sambil mengadap lappy buat kerja sekolah.
Sambil sumbat telinga dengar lagu2 nasyid feveret yang nostalgia....ececece.
Sambil mesej2 dengan dak tu pasal benda2 nostalgia di zaman dulu kala.
Sambil senyum sorang2...macam orang waras =P
Nak senyum lebar lagi boleh tak?
^___________________________________________________^

Nota hilang kaki:
Rase nak ulang-alik pergi basuh muka yang tiba2 rasa panas macam aku buat sem 1 semasa dotdotdot. Terasa nak balik ke masa itu je.

Khamis, Oktober 07, 2010

Yang terbaik, terindah dan tercantik..

Setiap hari, kita mungkin bertemu dengan orang yang berbeza.
Pandang ke kanan, toleh ke kiri, pandang di hadapan, menoleh ke belakang..mungkin ada seseorang yang menarik perhatian kita, menjentik perasaan kita.
Kita mula membandingkan dengan apa yang kita miliki.
"Ah..luarannya lebih elok, lebih indah dari apa yang aku ada sekarang. Kalaulah aku dapat memiliki seperti itu, bahagianya aku".


couple bear comey
Macam couple bear comel nie, sekali pandang terus berkenan dan rasa nak rembat beli je.


Dan ada kalanya,
kita tertarik dengan sesuatu yang sudah menjadi milik orang lain.
Dalam hati kita.."Ah, kalaulah apa yang aku miliki sekarang seindah, sebaik dan secantik yang dia miliki, alangkah untungnya aku."
Perasaan yang tidak menghargai dan tidak bersyukur
membuatkan kita buta dalam menilai
keindahan, kebaikan dan kecantikan seseorang yang hadir dalam hidup kita sekarang.


amsyar punye
Macam aku berkenan kat lebah comel dengan cik kura2 kepunyaan amsyar nie.
Rasa macam nak jugak walaupun aku dah besar..kuikui :p


Itu realitinya bukan?
Kita lebih tertarik dengan sesuatu yang kita jumpa dan pandang setiap hari.
Kita lebih suka memuji sesuatu yang lebih indah, lebih baik, lebih cantik
dan lebih segala-galanya dari apa yang kita miliki saat ini.
Kita lebih tertarik dengan apa yang bukan milik kita.
Kita suka membandingkan kelebihan sesuatu yang kita pandang
dengan kekurangan sesuatu yang menjadi milik kita.
Kita tidak menghargai apa yang kita miliki saat ini.
Kita tidak bersyukur dengan apa yang diberiNya.


Kesayangan aku=P
Tanpa kita sedar hakikat sebenar.
Apa yang kita miliki pada saat ini..itulah yang terindah untuk kita.
Yang terbaik dalam hidup kita.
Yang tercantik di hati dan mata kita.
Yang patut kita bersyukur kerana memilikinya.
Yang patut kita menghargainya.


Nota takde kaki:
hargailah apa yang kita miliki pada saat ini. itu yang terbaik, terindah dan tercantik untuk kita pada saat ini dan insyaallah selamanya.