»

Rabu, Disember 08, 2010

Menjadi lebih perempuan (?) ke??

Ini kisah seorang anak dan ibu.

Kerapkali si ibu mencadangkan si anak berubah, berubah, berubah. Berubah menjadi seorang gadis yang lebih perempuan. Gadis yang pandai bergaya. Gadis yang pandai melawa. Katanya cantik dia melihat gadis-gadis lain sebaya si anak yang pandai melawa, pakai baju-baju cantik, ikut fesyen tapi masih menjaga aurat.


Tapi anaknya tetap begitu. Bukanlah bergaya selekeh, tapi biasa cuma. Si anak cuba menjadi diri sendiri, bersederhana seboleh mungkin.


Hati anak nakal berkata, "Ibu, saya tak bergaya melawa tapi saya tetap ayu dan manis bukan? Saya tidak terlalu up-to-date kerana itu bukan saya. Saya tak perlu terlalu melawa, cantik bergaya, mekap berwarna-warni semata-mata mahu cantik di mata orang lain. Saya bukannya gadis yang cuba menarik perhatian lelaki dengan cantiknya luaran saya yang kadangkala palsu semata. Saya juga tak mengharapkan pujian betapa cantiknya saya, pandainya saya bergaya seperti sesetengah gadis lain yang pandai melawa kerana saya tahu pujian itu kadangkala ada racun disebaliknya.



"Saya tak suka sangat bawa handbag, macam perempuan sangat."
"Saya tak reti pakai kebaya, baju kurung biasa sudah cukup selesa."
"Pakai tudung macam tu? Saya tak reti jugak..hehe."


Macam-macam alasan lah saya si anak! T___T

Tapi bila saya mula berani berubah *sedikit, tak banyak*, konpem mak saya takkan tanya lagi semua2 tu kan?



Err....umi, saya dah berubah sedikit kan? Ehe... :)p



Nota takde kaki:
Kenapa kebanyakan mak2 nak sangat anak dia pandai bergaya, pandai melawa...senang cerita jadi seorang perempuan. Ape tidak perempuan kah aku selama ni? Ahaa...semestinya perempuan! Mungkin sebab ramai sangat perempuan sebaya saya takpun sepupu-sepupu perempuan yang pandai bergaya, nampak cantik di mata mak saya, maka dia pun nak tengok anak dia macam tu jugak. Boleh? Sekali sekala boleh la. Terima kasih umi bagi saya keluar macam ni jumpa en. rorou :D


~Sederhana dalam penampilan itu lagi baik, pastikan aurat sentiasa dijaga. Jangan jadi mangsa fesyen, hendak bergaya selendang yang lebar tapi hairannya tidak menutup dada pula. Seluar ketat dan baju singkat juga jadi pilihan~


*Tegur saya bila saya alpa, saya hanya mampu menegur melalui coretan di blog*



1 ulasan: