»

Jumaat, September 16, 2011

HariHari Bergembira DiOfis


Hampir terlupa hari ni Jumaat rupanya, bukannya Sabtu...ehem, syok cuti Hari Malaysia sangatlah katakan. Sepanjang minggu ni,tersangatlah sibuk tapi bukan dengan coding, testing, fix defects etc...tapi aktiviti yang fun-fun-fun di ofis!

Malas taip banyak. Layankan aje...!



Selasa | Unofficial Raya Celebration with all the Muslims











Naik cuti raya, ada 2 kali jamuan raya di ofis. First time, dengan kawan geng PDB23..walaupun bukan semua join tapi meriah la jugak. Mungkin sebab dah lama tak lepak-borak-buang masa di pantry beramai-ramai sejak semua dah sibuk dengan kerja masing-masing.

Kali kedua jamuan raya, kitorang new joiners ni dijemput kakak senior di ofis untuk sama-sama meriahkan aktiviti diorang. Yang ni memang besar-besaran punya jamuan. Boleh la kenal senior Melayu kat ofis LYL+CP. Dan unofficial jamuan raya ni dibuat secara pot luck, so bermacam jenis menu raya dan menu barat ada.

Yang seronoknya hari Selasa, dari 11.30-2.00 masa dihabiskan di pantry. Kerja kejap je la ye idok hari tu? Sebab pukul 5.00-7.00 berkejar ke latihan 'teeettt'..!. Ok..ehem2,will update later about next 2 big events this coming Thursday & Saturday. =)




Rabu | Cosmic Bowl - Bowling for Free!




Kali kedua join aktiviti boling anjuran company. Free punya pasal, ape salahnya join lagi. Kali ni ajak geng PDB24 pulak main sama-sama. Kononnya nak eratkan hubungan dengan mereka yang kitorang sempat berkenalan sekejap masa Domino Race dulu.

Hujan lebat lepas office hour + latihan 'teeettt', so jalan ke Mid faham-fahamlah macam mana. Masa kitorang sampai Cosmic Bowl lepas solat ade staff lain yang non-muslim dah hampir habis 2nd game, kitorang pulak baru nak start.

Ape pun, yang ini memang la seronok. Balik rumah baru rasa penat.



Khamis | Hari Raya/Malaysia Fashion Show




Fashion show + Raya Decoration agak meriah jugak. Sakit perut tergelak tengok gelagat staff LYL+CP bercatwalk.

Ok, saya dapat hadiah untuk 25 audiens terawal. Nampak sangat malas nak buat kerja kan, awal-awal lagi dah cabut lari tinggalkan lappy terus ke pantry semata-mata nak tengok benda alah ni? Ni lah junior contoh, tinggalkan kerja bagi senior yang buat.



Jumaat | Cuti!


Selamat Hari Malaysia


nota takde kaki: Setiap minggu macam ni kan bagus, hilang stress di ofis! Enjoy dalam kejutan bila dapat tahu ni minggu terakhir Line Manager yang baik hati berkhidmat di situ -_-"

2 ulasan: