»

Selasa, Jun 22, 2010

Cekni & Amsyar


5:50 am
Bangun pagi, solat subuh..sambung tanda kertas exam. Rajinnya!

6:30 am
Kak long pegi kerja, amsyar tak bangun lagi..yeay! Jadi, main sms jap sebelum ambik kesempatan tido jugak sebelah dia. =)

7:40 am
Amsyar bangun. "Assalamualaikum amsyar". Baby cute nie senyum je bila bagi salam..nampak bberapa batang gigi, comey lote amsyar nie.

"Amsyar nak susu?" sambil tunjuk botol susu dia. Sengeh je. Buat susu.
"Nape bau masyam nie". Aiyak..jom2 basuh, pastu mandikan terus la jawabnya. Prepare air suam, kang melompat amsyar kalau kena air sejuk pagi2 hari nie..hehe.

Bath time!! Yang nie seronok kalau dia dalam mood baik. Leh berendam dalam air lama2 sambil main itik kuning kuek-kuek. Kalau tak...jangan cakap la, abes basah satu baju sebab dia tak nak mandi.Dahla makin berat skang..jangan dera cekni arini ye amsyar.

Siap mandi. Sapu losyen, ubat, pakai baju + seluar sume...oppss, pampers tertinggal lak. Pastu, minum susu. Kenyang.

8:30 am
Main dengan hati yang girang. Ambik bantal, peluk, cium, gelak sorang2. Ambik mainan, sume nak masuk dalam mulut. Amsyar pantang dengar nasyid buah-buahan ngan nasyid binatang. So, bukak lappy walid dia, biakan dia tengok video2 tu sampai dia puas.

9:00 am
Amsyar duk diam2, cekni da kebulur. Sarapan jap..toasted garlic bread, poyonya..hik2, roti bakar je kot. Sarapan tu penting tuk permulaan hari yang baik..wahaha, ayat macam kenal je.

Suapkan jugak roti tanpa garlic butter kat amsyar, dia memang tak leh tengok makanan, sume nak even tak layak masuk dalam perut seorang bayi berusia 10 bulan, contohnya aiskrim etc. Roti tu takpe la.Nama pun baby yang da besar..kan2?

Sambung main lagi si amsyar nie. Bangun, jalan 2 3 langkah, stop..duduk. Semalam sampai ke 5 langkah kot dia jalan...wahaha, sukanya tengok!!

Lagi satu, memandangkan cekni si amsyar nie suka je usik amsyar, wat macam2 bunyi..pandai lak dia tiru. Semalam, dia wat bunyi kucing meow meow pas cekni dia wat. Terkejut mama amsyar dengar anak dia da pandai wat bunyi macam kucing jantan lak..haha.

Ok..sambung main lagi ngan amsyar. Menari pun amsyar suka jugak. Rasanya sume baby suka kalau ada orang dukung dan menari2. Dulu2 masa mengasuh dik yie, dia pun suka bila part menari nie. Pusing sana pusing sini, tu dikira menari bagi baby2 sedunia ok! ^^v

9:30 am
Amsyar da mula tunjuk tanda2 mau tito...garu2 mata, da mula tak nak main, garu2 mata balik, sambil hisap bibir sendiri. Kadang2 bila da ngantuk, suka je dia cium pipi cekni ,main2 hidung, cium pipi balik...hesy si amsyar nie. Haha..

Bagi susu. Letak dalam buaian. Dodoi amsyar. "Buai laju2". Sure amsyar tak tidur kalau dodoi pakai lagu tu. Hehe. Pas nasyid, berzikir dalam bberapa minit. zZzZzZ..amsyar da tito! Boleh la cekni relaks jap plus buat keje2 lain, cthnya berFB, hik2.

11:15 am
Amsyar akhirnya terbangun juga selepas bberapa siri gangguan dari anak buah kak long yang duk sebelah umah. Amsyar tito pun sengaja buat bising, diketuk2 pintu tu banyak2 kali padahal da cakap awal2 amsyar tengah tidur. Geram pun ada!

Main2 ngan amsyar lagi. Jaga amsyar sangat senang bila perut dia da penuh. Kumpul bantal2, bantal spongebob squarepant, bantal ulat bulu kaler2 yang lagi besar dan panjang dari amsyar, bantal chipmunks, bantal2 len termasuk bantal peluk ku, si garfiled. Bagi dia main ngan sume bantal2 tu. Gelak sana gelak sini.

12:05 pm
Emm..amsyar 'diculik' oleh orang sebelah. Kalau la tahu orang sebelah nak bawak amsyar turun pegi ambil anak dia dari sekolah, awal2 lagi bagi topi suruh amsyar pakai. Pukul 12 tgahari ok! Nasib cuaca hari ni tak panas terik, tapi still panas dan tak elok tuk bayi.

1:00 pm
Orang sebelah datang hantar amsyar balik selepas 'diculik' sejam. Aiyak..masyam je. Ok2..jom basuh. Minum susu. Main kejap. Amsyar da mula gosok2 mata. Tadi kejap sangat dia tidur sebab banyak gangguan...kesian amsyar.

Otw nak tidur, anak orang sebelah datang ganggu lagi. Kononnya nak main ngan amsyar lagi, nak bagi mainan baru. Tadi kan da main lama ngan amsyar dik oi! Mulanya ketuk2 pintu biasa je, lastly dihentak2nya pintu grill tu kuat2 sebab permintaan dia tak dilayan. Memang tak leh sabar!!! Marah kang anak orang. Emm..takpe, kena sound budak nie, sound sikit je..tak banyak. Haha..

Pastu, amsyar tidur dengan lenanya. Like this! ^^.


2:00 pm
Mama asmyar da balik keje. Walidnya tak habis kursus kat UPM lagi.

Petang sampai ke malam, gilir2 ngan kak long jaga plus main2 ngan amsyar sampai la dia tido..zZz



P/s: arini 1st time sehari suntuk tak sempat nak calling2 dengan dak kecik...dia tertido sebab penat kerja...:(. takpe2..saya faham, hehe..oleh sebab tu,layan Baik2 Sayang. uhuk2..
Tapi2...pastu dia tersedar tido balik..wahaha..suka2.

Jumaat, Jun 18, 2010

Julai...datangla cepat!

Layan lagu Baik2 Sayang, sambil menanda kertas2 exam sejarah form 4. Tolong abang ipar..baiknya adik ipar dia ni *puji diri sndiri..hehe*. Padahal abang ipar da janji nak bagi upah...kuikui. Bosan2..update blog jap pun ok jugak.

Teringat dak bcuk tu
*teringat je ok, tak rindu...sungguh ini tipu!*

Oh Julai, cepat la datang..
Kenapa?
Nak jumpa dia...sangat2 teringat dia
*sekali lagi, tak rindu pun ok...ngee*.
Last jumpa 10hb Mei, lama sungguh tak jumpa dak kecik tu
.

Tadi kawan kmp dulu ada post link blog kat fb. Pasal apa? Nak tau? Kesimpulannya blog yang dia share tadi nak bagitau kita...

#
Jangan berdua-duaan dengan bukan mahram even dalam kereta. Maknanya kalau yang belum kahwin lagi, nak pergi mana2..tak boleh la nak tumpang2 kereta suka2 hati kalau berdua je. *Setuju2...sebab mak pun ada cakap jugak. Tapi kadang2 mungkin sebab kita lupa, kita pandang ringan hal2 macam nie.
# Berdua-duaan dalam kereta pun tak boleh, lagi?
No bonceng2 motosikal ok! Sebab mesti ada pegang2 sikit, sentuh2 sikit walaupun berlapik. Lagipun, tak manis dipandang orang...bonceng sana, bonceng sini. *Pernah bonceng moto ngan adik, atuk ngan pak sedara je*

# Kesimpulannya, belum kahwin lagi...jangan buat benda yang tak sepatutnya. Peringatan untuk diri sendiri, dia dan mereka.

Manusia mudah lupa. Jadi sentiasalah mengingatkan diri sendiri batas2 dalam agama. Dan bila diri sendiri terlupa, moga2 ada orang lain yang boleh menegur dan mengingatkan.

ok..salam. Papai ^^v

Khamis, Jun 17, 2010

Baik2 Sayang

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupmu
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

**********************************************************

Adik bongsu kesayangan yang suggest lagu ni, sebab dia suka lagu2 wali band. Sekali dengar dah jatuh cinta dengan lirik + melodi lagu nie. BAIK2 SAYANG...paling suka part "karna bagi ku kau kehormatan ku". Lelaki tu sangat2 menjaga kesayangannya.


Alkisahnya, pagi ahad tu...terjatuh moto la pulak, elok2 turun je dari moto, plus lantai ada air, plus pakai selipar jepun Sya yang dah takde bunga *kena beli baru nie..hehe*, terus tergelincir. Tak nak anak buah kesayangan; Amsyar yang jatuh, automatik guna lutut kanan tuk tahan diri dari tersembam ke simen dengan Amsyar. Nasib baik Amsyar tak jatuh.

Pas jatuh tu, sms dengan dia. Kebetulan pulak dia cuti hari tu, dan2 dia cakap nak download lagu, suggest kat dia lagu ni. *Lupa terus nak cakap pasal jatuh moto, mentang2 tak rasa sakit lagi*. Tak lama pastu, dia call dan......wahaha, dia tengah layan lagu tu! *Still tak cakap pape pasal jatuh moto...serius, lupa!*

Tengah hari baru perasan lutut rupanya dah lebam2 dan bengkak. *lutut kanan selalu jadi mangsa*. Nak sujud masa sembahyang pun agak susah sebab sakit2. Baru la sibuk2 nak mengadu kat dia, lutut bengkak + lebam2..huhu, dah mula rasa sakit. *ngee...mula la nak ngada2*. Terkejut la dak tu, tiba2 jatuh moto tapi tak bagitau pape kat dia * sori, terlupa terus jatuh moto sebab pagi tu tak sakit lagi*.

Malamnya, ada orang cakap dia post lagu "Baik2 Sayang" kat fb. *Lain kali hati2 k....*. Simple je, tapi rasa berbunga dihati, cewah..^_^. Wahaha...pasang lagu tu masa calling2 dah, post lagu kat fb pun dah, tengah berangan bila la dia nak nyanyi lagu ni pulak ye? ngee...peace ^^v. Baik2 Sayang~

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupmu
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu


Khamis, Jun 10, 2010

Penyejuk di mata, Penawar di hati

Indahnya hidup jika dikurniakan seseorang yang dikategorikan "Penyejuk di mata, penawar di hati". Syukur...I'm the lucky one ^_^.
hehe...kalau lah dak tu baca ni..mau aku nyorok sehari.

yup, memang suka tengok dia pakai kopiah, dengan janggut sejemputnya *kata dia, ada pulak janggut tu sejemput..kuikui*, senyuman yang manis *ececece*..hehe, memang sejuk je mata ni memandang. Bodek ke ape nie?? Ngee~*dia mesti tersipu-sipu kalau baca ni*. nak2 lagi kalau dia cakap dengan lemah-lembut, tak ada nak cakap kasar2...siapa suka orang kasar2 ngan kita kan? ngee...geli 5 minit bila baca balik.

dia sudah tahu blog ni wujud, dan dia beriya-iya nak baca blog ni...tapi, bukan masanya sebab saya segan dengan dia. Lagipun blog ni tak ada orang nak berminat pun. setakat ni hanya 3 orang je tau saya ada blog, tapi mereka2 pun tak pernah sampai lagi ke blog ni.

oh ya! kenapa tiba2 wat entry pasal ni? nak nyanyi lagu nasyid ke ape? alkisahnya...sebab rindu dia la...opps, hehe. bukan2, sebab tiba2 teringat 1st time tengok dia pakai kopiah..suka2!! sebab tu la adanya entry nie.

Result Exam!!!

ok..esok result exam utk student UiTM kua. emm..nak kata excited nk tau result, serius, ni la 1st time xrasa excited nk tau sal result *sbb da hampa ngn fyp*.
cuak?
mmg cuak jgk. fyp tu fyp la, da mmg xde harapan, tp harap2 la tuk subjek lain result msih leh dibanggakan lg.
yg pastinya, sia2 la kekalkn cgpa dri sem 1 smpai lah sem 5 yg sgt2 memuaskan hati sume pihak
(diri sndiri+family) selama nie

*sigh*, sumenya gara2 FYP!
(huhu...asek2 slhkn fyp, diri sndiri sbnrnya yg slh)

ape pun, USAHA dah. DOA pun dah. TAWAKAL + REDHA je tgok result nti ok!

tiap2 manusia itu ada bahagian rezeki msg2, BERSYUKURLAH dgn stiap rezeki kurniaan ALLAH S.W.T

salam, papai ^^v

Selasa, Jun 08, 2010

suka baca blog, tp xde blog sndiri

idea wat blog?

  • sy tgh bosan skang
  • saje suka2 ati nk ade blog
  • kwn baik sndiri ade blog...skang turn sy lak ^^v
  • sbnrnya sy suka catat, catit, tulis, taip etc. ape yg
    sy rase nk luah...so, blog leh gnti diari sy kan. oppss..hehe..
  • sy sukaaaaaa bce blog, tp xpenah ade blog...sbb tu gatal tgn nk ade blog sndiri
*wpon xde sape2 nk follow..hehe*


pape pun, nie la 1st entry sy...papai, SALAM ^^v