»

Khamis, Jun 17, 2010

Baik2 Sayang

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupmu
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

**********************************************************

Adik bongsu kesayangan yang suggest lagu ni, sebab dia suka lagu2 wali band. Sekali dengar dah jatuh cinta dengan lirik + melodi lagu nie. BAIK2 SAYANG...paling suka part "karna bagi ku kau kehormatan ku". Lelaki tu sangat2 menjaga kesayangannya.


Alkisahnya, pagi ahad tu...terjatuh moto la pulak, elok2 turun je dari moto, plus lantai ada air, plus pakai selipar jepun Sya yang dah takde bunga *kena beli baru nie..hehe*, terus tergelincir. Tak nak anak buah kesayangan; Amsyar yang jatuh, automatik guna lutut kanan tuk tahan diri dari tersembam ke simen dengan Amsyar. Nasib baik Amsyar tak jatuh.

Pas jatuh tu, sms dengan dia. Kebetulan pulak dia cuti hari tu, dan2 dia cakap nak download lagu, suggest kat dia lagu ni. *Lupa terus nak cakap pasal jatuh moto, mentang2 tak rasa sakit lagi*. Tak lama pastu, dia call dan......wahaha, dia tengah layan lagu tu! *Still tak cakap pape pasal jatuh moto...serius, lupa!*

Tengah hari baru perasan lutut rupanya dah lebam2 dan bengkak. *lutut kanan selalu jadi mangsa*. Nak sujud masa sembahyang pun agak susah sebab sakit2. Baru la sibuk2 nak mengadu kat dia, lutut bengkak + lebam2..huhu, dah mula rasa sakit. *ngee...mula la nak ngada2*. Terkejut la dak tu, tiba2 jatuh moto tapi tak bagitau pape kat dia * sori, terlupa terus jatuh moto sebab pagi tu tak sakit lagi*.

Malamnya, ada orang cakap dia post lagu "Baik2 Sayang" kat fb. *Lain kali hati2 k....*. Simple je, tapi rasa berbunga dihati, cewah..^_^. Wahaha...pasang lagu tu masa calling2 dah, post lagu kat fb pun dah, tengah berangan bila la dia nak nyanyi lagu ni pulak ye? ngee...peace ^^v. Baik2 Sayang~

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupmu
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu


Tiada ulasan:

Catat Ulasan