"Saya dah mati untuk kamu!" T_T
Terasa semacam ada peluru kejam yang terbang meluru laju lalu terkena tepat ke jantung. Mengapa begitu sekali? Mengapa kata-kata berbisa itu yang terlahir? Masih ada harapan lagikah untuk diselamatkan? Dalam sakit hati mula menangis. Dalam tabah air jernih tidak tertahan lagi. Sepi seketika, apa mampu aku lakukan?
Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
"Biar aku rawat sendiri. Biar aku pujuk sendiri hati ini."
Biarkan saja kekusutan itu berlalu pergi. Biar saja kekecewaan itu berganti. Lupakan yang pahit dan keruh itu. Mengapa tidak diambil yang manis dan jernih sahaja? Hidup memerlukan bahagia, bukan menagih derita yang tidak berpenghujung.
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa ditebus hari
"Ah, kamu fikirkan hati kamu. Apa kamu jaga hati ini? Mati aku amanlah kamu bukan?"
Usah ditambah kekusutan. Usah diluah kekecewaan ketika marah menguasai hati. Kelak kata-kata mu memakan diri. Kelak perbuatan mu merugikan diri. Marah itu api. Bila marah menguasai hati, rasional akal dan iman tercampak ke tepi. Apa kamu lupa sabar itu pegangan yang mulia?
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Marah bukan lama. Dingin bukan berpanjangan. Sejuk hati itu yang dinanti. Dingin hati aku bersama kenangan bersama kamu. Jiwa ini adanya kamu. Hela nafas ada kamu. Kita mungkin terlupa kisah manis yang kita cipta bersama. Adanya kamu untuk mengingatkan aku tentang semua itu. Ketika aku menjadi bukan aku. Atau ketika kamu menjadi bukan kamu, aku pasti ingatkan kamu saat manis kita itu.
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Moga rajuk tidak berpanjangan. Moga kekusutan tidak berlarutan. Moga ada seseorang yang akan mengingatkan aku, mengingatkan tentang kisah aku dan dia, ketika kekusutan melanda. Kerana kasihnya kita. Kerana sayangnya kita. Moga aku tersedar, seusai aku teringatkan yang manis antara aku dan kamu.
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
*******
Kadangkala ada sesuatu kekusutan yang tidak dijangka berlaku antara kita dan orang-orang tersayang. Kekusutan dengan keluarga, sahabat ataupun yang istimewa. Nak contoh jugak ke? Alah, takkan tak pernah terkecil hati, terasa hati, kecewa, merajuk (dan yang sewaktu dengannya) dengan orang-orang terdekat dalam hidup kita? Tipulah kalau tak =p.
Marah, kecewa dan bersedih dengan sesuatu yang terjadi mungkin menyebabkan kita berjauh hati, menjauh diri mungkin. Kadangkala kita zahirkan melalui kata-kata yang tidak sepatutnya. Kadangkala kita zahirkan melalui perbuatan yang boleh memburukkan lagi keadaan. Nah...masa ni lah seseorang diperlukan untuk mengingatkan kita agar yang keruh menjadi jernih kembali. Sebab masa jadinya benda-benda kusut macam nie, otak tak boleh fikir secara rasional, iman pun ditolak tepi. Semua nak ikut hati, cakap main lepas je, main buat je suka-hati sampai satu keadaan makin teruk. Jadi, ingatkan kembali apa yang kita lupa masa kita tengah celaru tu.
Nota takde kaki: Ingatkan aku ketika aku lupa tentang masa-masa yang kita harung bersama, agar yang indah itu milik kita, dan agar hubungan kita kekal bersama. Ingatkan aku "Jangan ego untuk meminta maaf dan ikhlaskan hati untuk memaafkan". Lirik lagu nie best sangat lah~ Tolong ingatkan aku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan