»

Selasa, Jun 22, 2010

Cekni & Amsyar


5:50 am
Bangun pagi, solat subuh..sambung tanda kertas exam. Rajinnya!

6:30 am
Kak long pegi kerja, amsyar tak bangun lagi..yeay! Jadi, main sms jap sebelum ambik kesempatan tido jugak sebelah dia. =)

7:40 am
Amsyar bangun. "Assalamualaikum amsyar". Baby cute nie senyum je bila bagi salam..nampak bberapa batang gigi, comey lote amsyar nie.

"Amsyar nak susu?" sambil tunjuk botol susu dia. Sengeh je. Buat susu.
"Nape bau masyam nie". Aiyak..jom2 basuh, pastu mandikan terus la jawabnya. Prepare air suam, kang melompat amsyar kalau kena air sejuk pagi2 hari nie..hehe.

Bath time!! Yang nie seronok kalau dia dalam mood baik. Leh berendam dalam air lama2 sambil main itik kuning kuek-kuek. Kalau tak...jangan cakap la, abes basah satu baju sebab dia tak nak mandi.Dahla makin berat skang..jangan dera cekni arini ye amsyar.

Siap mandi. Sapu losyen, ubat, pakai baju + seluar sume...oppss, pampers tertinggal lak. Pastu, minum susu. Kenyang.

8:30 am
Main dengan hati yang girang. Ambik bantal, peluk, cium, gelak sorang2. Ambik mainan, sume nak masuk dalam mulut. Amsyar pantang dengar nasyid buah-buahan ngan nasyid binatang. So, bukak lappy walid dia, biakan dia tengok video2 tu sampai dia puas.

9:00 am
Amsyar duk diam2, cekni da kebulur. Sarapan jap..toasted garlic bread, poyonya..hik2, roti bakar je kot. Sarapan tu penting tuk permulaan hari yang baik..wahaha, ayat macam kenal je.

Suapkan jugak roti tanpa garlic butter kat amsyar, dia memang tak leh tengok makanan, sume nak even tak layak masuk dalam perut seorang bayi berusia 10 bulan, contohnya aiskrim etc. Roti tu takpe la.Nama pun baby yang da besar..kan2?

Sambung main lagi si amsyar nie. Bangun, jalan 2 3 langkah, stop..duduk. Semalam sampai ke 5 langkah kot dia jalan...wahaha, sukanya tengok!!

Lagi satu, memandangkan cekni si amsyar nie suka je usik amsyar, wat macam2 bunyi..pandai lak dia tiru. Semalam, dia wat bunyi kucing meow meow pas cekni dia wat. Terkejut mama amsyar dengar anak dia da pandai wat bunyi macam kucing jantan lak..haha.

Ok..sambung main lagi ngan amsyar. Menari pun amsyar suka jugak. Rasanya sume baby suka kalau ada orang dukung dan menari2. Dulu2 masa mengasuh dik yie, dia pun suka bila part menari nie. Pusing sana pusing sini, tu dikira menari bagi baby2 sedunia ok! ^^v

9:30 am
Amsyar da mula tunjuk tanda2 mau tito...garu2 mata, da mula tak nak main, garu2 mata balik, sambil hisap bibir sendiri. Kadang2 bila da ngantuk, suka je dia cium pipi cekni ,main2 hidung, cium pipi balik...hesy si amsyar nie. Haha..

Bagi susu. Letak dalam buaian. Dodoi amsyar. "Buai laju2". Sure amsyar tak tidur kalau dodoi pakai lagu tu. Hehe. Pas nasyid, berzikir dalam bberapa minit. zZzZzZ..amsyar da tito! Boleh la cekni relaks jap plus buat keje2 lain, cthnya berFB, hik2.

11:15 am
Amsyar akhirnya terbangun juga selepas bberapa siri gangguan dari anak buah kak long yang duk sebelah umah. Amsyar tito pun sengaja buat bising, diketuk2 pintu tu banyak2 kali padahal da cakap awal2 amsyar tengah tidur. Geram pun ada!

Main2 ngan amsyar lagi. Jaga amsyar sangat senang bila perut dia da penuh. Kumpul bantal2, bantal spongebob squarepant, bantal ulat bulu kaler2 yang lagi besar dan panjang dari amsyar, bantal chipmunks, bantal2 len termasuk bantal peluk ku, si garfiled. Bagi dia main ngan sume bantal2 tu. Gelak sana gelak sini.

12:05 pm
Emm..amsyar 'diculik' oleh orang sebelah. Kalau la tahu orang sebelah nak bawak amsyar turun pegi ambil anak dia dari sekolah, awal2 lagi bagi topi suruh amsyar pakai. Pukul 12 tgahari ok! Nasib cuaca hari ni tak panas terik, tapi still panas dan tak elok tuk bayi.

1:00 pm
Orang sebelah datang hantar amsyar balik selepas 'diculik' sejam. Aiyak..masyam je. Ok2..jom basuh. Minum susu. Main kejap. Amsyar da mula gosok2 mata. Tadi kejap sangat dia tidur sebab banyak gangguan...kesian amsyar.

Otw nak tidur, anak orang sebelah datang ganggu lagi. Kononnya nak main ngan amsyar lagi, nak bagi mainan baru. Tadi kan da main lama ngan amsyar dik oi! Mulanya ketuk2 pintu biasa je, lastly dihentak2nya pintu grill tu kuat2 sebab permintaan dia tak dilayan. Memang tak leh sabar!!! Marah kang anak orang. Emm..takpe, kena sound budak nie, sound sikit je..tak banyak. Haha..

Pastu, amsyar tidur dengan lenanya. Like this! ^^.


2:00 pm
Mama asmyar da balik keje. Walidnya tak habis kursus kat UPM lagi.

Petang sampai ke malam, gilir2 ngan kak long jaga plus main2 ngan amsyar sampai la dia tido..zZz



P/s: arini 1st time sehari suntuk tak sempat nak calling2 dengan dak kecik...dia tertido sebab penat kerja...:(. takpe2..saya faham, hehe..oleh sebab tu,layan Baik2 Sayang. uhuk2..
Tapi2...pastu dia tersedar tido balik..wahaha..suka2.

2 ulasan: