»

Jumaat, Januari 28, 2011

perihal kakak dan adik2 kesayangan [2]


Semalam ada sejarah bagi aku di sekolah.
Seorang yang bernama anak murid terdiam, terpaku, tersentak, termenangis di dalam kelas.
Dan rakan2 sekelas juga terdiam membisu..terus menunjukkan disiplin yang baik.
Harap sampai bila pun dia ingat pesan aku.
Dan harapnya mereka yang lain ambik iktibar.
Memang semalam aku rasa sangat marah dengan budak tu.
Sebelum masuk mengajar kelas dia, awal2 lagi dia dah bagi aku persepsi buruk tentang perangai dia terhadap guru2.
Dia bukan jenis pelajar nakal seperti kawan2 yang lain.
Aku tau budak tu sedikit besar kepala sebab perangainya seakan pelajar menengah rendah yang tak hormat guru.
Lagaknya semacam sudah habis PMR, sedangkan UPSR pun belum ditempuh lagi.
Cuma perlu diajar untuk lebih beradab bila bercakap.
Dan perlu diajar untuk menghormati guru2...atau sesiapa saja.
Dan juga perlu diingatkan tentang pentingnya agama.
Bukan hanya dipraktikkan di rumah atau sekolah agama.
Dan bila dia mula perlekehkan agama,
sabar aku hilang entah ke mana,
Maka aku menegur..
dengan tegas.
Sebagai kakak...
dan seorang guru.


Nota takde kaki:
Serius rasa marah, kecewa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan