siapalah aku ini
yang ingin memetik cinta mu
siapalah seadanya
diri ku disisi mu.....
biarlah usahlah
bermain dengan api
kelaknya terbakar sendiri
biarlah tersimpan
segala perasaan
rahsia hati ku terhadap mu
siapalah aku..
-amy mastura-
Lagu agak sedih dan agak melayan perasaan.., tidak menggambarkan rasa hati sebenar ok. Haha.
Bunyi macam sedih plus kesian kan kat diri sendiri?
Bila?
Bilamana sesuatu yang terjadi membuatkan kita berfikir, membanding, merenung ke dalam diri, muhasabah diri, dan mula menilai apa yang terjadi..lantas hati pun berkata "Siapalah aku....hmm".
Lagi sayu hati...kerana 'siapalah aku' ini, sesuatu yang kita impikan hanyalah angan-angan cuma. Dipandang enteng oleh orang lain dek kerana 'siapalah aku' ini.
Hmm...siapalah aku. Ehe...letak ayat emosi pulak!
*hiasan saja!
Nota takde kaki:
bila hati berdetik siapalah aku pada kamu, bukan bermakna kamu bukan siapa-siapa bagi aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan