»

Sabtu, Mac 26, 2011

Pintu yang bernama peluang


{ini nota DK}




Peluang dalam hidup datang dan pergi. Satu peluang terlepas, pasti akan ada peluang lain yang akan menanti. Tapi tak semestinya peluang yang datang akan sama dengan peluang yang dah kita terlepas.


Jadi, jika tiada halangan untuk kita merebut peluang yang muncul terlebih dahulu, tak salah mencuba. Tapi jangan dikesalkan untuk melepaskan sesuatu peluang jika ada halangan untuk merebut peluang yang muncul, kerana peluang itu adalah sebahagian rezeki. Redha, anggap itu adalah rezeki orang lain. Rezeki kita ada pada pintu yang bernama peluang yang lain. Pintu itu pasti terbuka untuk kita.



Nota takde kaki: Andai peluang yang banyak datang bertimpa, jangan sampai terlepas semuanya. Ok bye! Assalamualaikum...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan