»

Sabtu, Januari 15, 2011

Ada syukur di hari agak malang



Tinggalkan cerita sedikit malang di tengah panas dengan sibuk sesaknya Kuala Lumpur. Lupakan cerita malang hari itu dengan lemahnya badan saat berjam menunggu. Ya, dehidrasi dan tekanan itu menambahkan kekusutan diri. Lupakan. Noktah.

Ada gembira dan syukur. Lega bagi hati sendiri dan gembira bagi pihak dia. Rezeki Allah swt ada untuk aku. Dan juga dia. Terima seadanya rezeki aku walaupun itu bukan sebenarnya dicari dan dirancang.

******

Telefon berdering. Aku biarkan tanpa diangkat kerana urusan belum selesai.
Lalu beberapa lama kemudian, aku cari telefon ku, mula menaip...

K : Saya start hari ni.
I : Saya start selasa depan.
K : Dah makin dekat sangat la kita.


Ye..seberang jalan cuma bezanya. Jalan kaki memanglah sampai. Namun kedekatan itu bukan bermakna lebih dari itu. Kita dekat, tapi nanti tiada peluang untuk berjumpa bukan? Tapi itu bukan hal utama. Tanggungjawab di hadapan itu lagi mustahak untuk difikirkan.

******

Penat melayan perasaan sambil mata melihat ke arah sesaknya jalan di Mid Valley, ada seorang pakcik India menegur. Dia mula berborak. Bagus juga, hilang sedikit tekanan aku. Katanya rezeki kita tidak boleh dijangka. Kadang-kadang nasib juga mainkan peranan. Kita hanya perlu terus berusaha dan mencuba. Kamu muda lagi, banyak lagi peluang baik perlu diguna dan diusahakan. Nah, perbualan bermanfaat di hari yang agak malang.


Nota takde kaki:
Perlu motivasikan diri sendiri sehingga tempoh 18/02/2011 itu. Bye!

2 ulasan: