»

Rabu, Januari 05, 2011

Isi masa lapang: Baju untuk HD

Haiii...salam dan senyum ^__^


Hari tu masa balik kampung, disebabkan rasa bosan dan sedih yang melanda hati...eceh, ayat tak boley blahhh, maka tetiba rasa nak buat sesuatu. Baju untuk hd! Sebenarnya dah lama rancang nak buat baju untuk hd, tapi tak terbuat sampai sudah. Casing hd masih ok cuma casingnya jenis mudah lekat habuk...jadi, kita pakaikan baju untuk dia.


Mula-mula ingat nak buat biasa2 je. Gunting, jahit, dan ikat pakai tali ke reben ke kat bahagian atas. Macam ni...




Pastu bila dah siap gunting, rasa macam eh, lama tak buat kerja2 macam ni, baik aku hias sikit2. Gunting sana gunting sini, jadi lah renda. Renda kot...haha. Dahla main suka suki je gunting, memandai bajet saiz hd tu sebab hd ditinggal dekat KL.






Jahit renda. Cucuk sana, cucuk sini...siaplah jugak jahitan ntah pape kat renda tu.
*Serius, buruk sungguh jahitan tangan. Dulu2 kat sekolah menengah mana ambik ekonomi rumahtangga, tapi sibuk bercucuk tanam sebab dipaksa ambik sains pertanian jadi bab menjahit ni tidaklah reti. Ceh...alasan :P*






Selongkar kotak atas mesin jahit, jumpa pulak butang2 baju. Idea! Guna je...dah berhabuk umi beli banyak2 simpan je dalam kotak...ehe. Kalau ada yang lagi lawa, lagi bagus. Tapi...butang biasa pun jadilaaa...



Tengah compare mana lagi menarik hati dan pankreas. Adik2 cakap buat yang nombor 1. Kakaknya pun setuju sebab itu lebih ringkas.



Dah siap jahit bahagian renda, jahit tepi untuk baju hd tu pule. Siap setengah, dah penat. Tinggal kejap kerja jahit2. Tangan pulak gatal2 nak buat benda lain. Lipat2, gunting sana gunting sini, jadilah sekuntum bunga bentuk ala2 love gitu. Butang baju nak jugak letak tengah2...tambah seri la kunun!



Ade nampak love ke? Boleh la...4 love sekerat sebab hati pun tengah sedih. Boleh? Ngada je lebih.




Jahit butang kat belakang lak. Jahitan yang berganda-ganda GAGAL!



Siapkan menjahit pape yang tak terjahit. Cantum renda, cantum bunga love separuh hati. Maka siap-bawak baju ke KL-pakaikan!



Cun2 muat tuk hd..oyeah!


Jahitan tak lawa. Hasilnya tak comel pun. Main guna je benda2 yang terrrjumpa kat rumah.
Tapi puas hati sebab buat sendiri apa yang kita suka kan?



Nota takde kaki:
Ada orang nak jugak saya buatkan sesuatu untuk dia. Idea sudah ada, tapi tak terbuat pun lagi. Hei, budak kecik...saya dah update ape kamu mahu..kuikui :p

3 ulasan:

  1. kite mule2 bace, ape la menatang hd ni. rupenye2 hard disk la!!! adoi lampi2

    BalasPadam
  2. hahaha...aini pun ttibe tpiki, nape aritu tak tulis hard disk je. jimat masa la kunun..:D

    BalasPadam
  3. baru nk tanye apebende ni.. sebaik korg dah jawap.. hahaha

    BalasPadam