»

Sabtu, Mac 05, 2011

Dulu suka, sekarang takde perasaan sebab ada yang lebih baik.


Ada cerita di usia belasan tahun mungkin, ataupun lebih tepat lagi di zaman sekolah rendah atau sekolah menengah...cerita normal bagi kita-kita ni rasanya. Biasala kan, soal hati tak boleh nak dijangka. Lagi-lagi usia mentah, fikiran pun tak sematang sekarang. Tapi kalau perangai ok, tak menggatal...maka perasaan tu takde beri kesan apa-apa pun.


Eh...apa merepek ni?


Sebenarnya nak cakap pasal satu perkara ni. Zaman persekolahan dulu-dulu, tak sah kalau hati tak tersuka terminat dekat seseorang kan? Eleh...tipulah tu kalau takde. Mesti ada punyaa, paling kurang pun seorang, paling ramai...tak tau nak cakap la kan. Ikut pengalaman korang.


*gambar dari google


Nak cakap pasal cinta monyet ke ni?
Semestinya tidak. Sebab takde pengalaman cinta monyet, jadi taktau nak cakap ape. Ni nak mengarut pasal bebudak sekolah yang minat-meminati, tapi takde buat sesuatu benda sweet mweet yang menunjukkan mereka nak bercinta ke hape. Kira suka, minat dalam diam.


Si budak lelaki minat mesti si budak perempuan yang nampak cun giler dan comel lote.
Si budak perempuan pulak minat si budak hensem, macho dan cute.


Ikut taste masing-masing la kan?


Ada yang minat sebab kepimpinan, bukan rupa. Ketua pengawas sekolah aku dulu ramai peminat kot tapi tak termasuk aku. Ada yang minat sebab perangai...macam terminat dekat anak ustaz yang memang perangai baik je. Ada yang minat sebab bakat macam suara merdu contoh geng nasyid sekolah. Takpun yang berbakat melukis. Ah..macam-macam la.


Minggu berganti minggu, tahun berganti tahun, tamatlah zaman persekolahan. Kemudian zaman matrikulasi hingga zaman universiti. Hilang segala cerita di zaman persekolahan. Lupa sudah cerita zaman persekolahn dulu..dan akhirnya dengan takdir Allah, terjumpa balik dengan mereka-mereka yang pernah kita minat dulu.


Mulalah diri tergelak dan terfikir.

"Dia ni ke orang yang aku suka, minat dulu?"
"Macam mana lah aku boleh suka dia dulu?"
"Jauh beza dulu dan sekarang. Dulu lagi ok dari sekarang."
"Tak sangka dia macam ni sekarang, jauh beza perangai dulu dan sekarang."
"Fuhh...nasib baik, sekarang aku ada seseorang yang lagi baik, lagi elok daripada orang yang terlebih dulu aku suka."

Dialog contoh je.


Tapi bila dibandingkan balik, mesti kita lagi bersyukur dengan apa yang kita ada saat ini. berbanding dengan apa yang tak diberikan pada kita, yang kita nak sangat dulu. Betul tak?

Ok, ni pendapat cuma. Takde berkenaan dengan sesapa pun.


Allah swt lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
Maka yakin dan redhalah dengan ketentuan Dia.




Nota takde kaki:
Budak kecik, terima kasih untuk perhatian itu, untuk penghargaan itu, untuk perasaan ikhlas itu. ^,^

2 ulasan:

  1. hee,

    walaupun segan kalau jumpa balik..
    *padahal dia tak tahu pom kita minat dia*

    mesti akan compare diri dia dahulu dan sekarang kan..

    yang tetap istiqamah dalam berjurusan, alhamdulillah..
    kalau makin menjadi..
    tataw nk cakap apo eh.. :)

    BalasPadam
  2. "walaupun segan kalau jumpa balik...padahal dia tak tahu pom kita minat dia"...ehem, cikya mcm ada pengalaman je ni :P

    apepun..tu kenangan dulu2, terima seadanya pe yg kita miliki sekarang :)

    BalasPadam