»

Sabtu, April 16, 2011

Duet Jejaka Lidi & Gadis Lidi | episod 3


..belog dia kumiko: "Duet Jejaka Lidi & Gadis Lidi" episod akhir..


*Sila scroll down untuk episod 1 & 2*
--------------------------------------------------------------------------------------------------


"GL dapat rasa sesuatu?"
"Sesuatu. Ada dalam hati, terlalu terasa auranya". gadis lidi senyum.
"Sesuatu yang sukar dimengerti dan difahami oleh hati tapi dapat dirasa auranya. Betul kan?"


jejaka lidi dan gadis lidi masing2 tersenyum. kemudian serentak mereka bersuara "kita sambung duet jom!". kedua-duanya tergelak kecil, kemudian suasana sepi kembali.


"JL tahu sesuatu? Kita tak perlu hanya pandai berkata-kata manis & berjanji setia, sedangkan hati tiada keikhlasan & kesungguhan untuk buktikan apa yang kita luahkan. Kerana mulut, hati orang boleh kecewa kan?".


jejaka lidi mengangguk setuju.


"Anggap kata2 manis tu gula dalam hubungan, ia perlu sebagai pemanis namun tak perlu berlebihan. GL tahu sesuatu? Sesuatu yang sukar dimengerti dan difahami oleh hati tapi dapat dirasa auranya tu...kita perlu sama2 kenal & belajar tentang makna sebenarnya. Betul kan GL?".


"Ya, 'aura yang setiap manusia rasa' tu tak selamanya terus terasa kuat dan dekat di hati, ada masanya ia lemah dan pergi menjauh. Perlu sama2 belajar mengenali dan memahaminya sepanjang masa, perlu sama2 berusaha untuk kekalkan aura itu dalam hati masing2. Kan JL?".


jejaka lidi dan gadis lidi senyum.


jejaka lidi merenung gadis lidi yang sudahpun mengalihkan pandangannya pada sekuntum bunga.


"JL dapat rasakan aura itu. Sesuatu yang ada dalam hati itu hanya untuk JL".


si gadis lidi terkesima. namun di bibirnya, ada sekuntum senyum.












'Sesuatu' itu ada dalam hati, bila mula terasa auranya...belajarlah mengenali & memahami erti disebalik aura 'sesuatu' itu. Jagalah 'sesuatu' itu & pastikan ia kekal untuk orang yang sama bila terbinanya ikatan sah kelak.


kamu pernah rasakan aura 'sesuatu' itu? tapi yang pastinya...


ingatlah, cinta manusia mungkin akan membuat kita rasa kecewa
tetapi cinta Allah swt tidak pernah mengecewakan.
-tamat-



Nota takde kaki:
Dedikasi khas untuk seseorang yang mengilhamkan saya tulis 3 episod 'Duet JL & GL" ini. 3 buah lagu yang menyentuh hati kamu bila mendengarnya, saya terjemah dalam bentuk doodle. ;)

Eh, awak semua tahu kan lagu ni? memang bukan lagu duet kan? JL & GL sukasuki ubah jadi lagu duet, boleh kan? ^_^

15 ulasan:

  1. haa..lagi2 suka ayat ni

    anggap kata2 manis tu gula dalam perhubungan,
    ia perlu sebagai pemanis tapi tak perlu berlebihan,

    wahh saya pula yang cair, hehehe

    BalasPadam
  2. wahh thnks g tahu update ^^ .. hee suke lagu diaorg y duet.. ohh sgt romantik ~,~

    BalasPadam
  3. @ dedet : dedet cair? alahai...mesti tgh bunga cinta ni :p

    @dayah : oh...mekasih. diorg memang! haha..

    BalasPadam
  4. best entry ni ;) romantik . hihi ^^

    BalasPadam
  5. hi cik kumiko,
    buat cerpen ye...romantik...katun nye pun kiut...da follow u...

    BalasPadam
  6. hihi.. baru tahu blog ni. comellah blog, ada cartoon. suka baca blog macam ni. ^^

    BalasPadam
  7. heeee..sukee bile bce kisah ni...heee..comel je :)

    BalasPadam
  8. @ yatiey : suka romantik la tu :p

    @ ms red : xmacam cerpen pun..sukasuki je nk main conteng2 :)

    @ siti : mekasih byk2 :D

    @ gadismaya : mereka mmg comel...ehe :p

    BalasPadam
  9. comey comey!!! nak karaoke jugak la, heheh ;)

    BalasPadam
  10. DOODLE TU CUTE HABIS.EKSITED NAK BACA XD

    BalasPadam
  11. @ miz : nak karok? cepat2 cri teman duet :p

    @ izyan : mekasih!!! da habis baca pun kn? :)

    BalasPadam
  12. kisah lidi melidi nie,kesah sapa sebenarnya..diri sendiri ek?

    jemput terjah new entry

    1) (>.<) Khas Utk My Levly Princess (>.<)

    BalasPadam
  13. @ cik mun : :)

    @ yantie : da tamat pun...:)

    @ encik suami : kisah yg xde kaitan ngn sesapa pun :)

    BalasPadam