»

Ahad, Disember 16, 2012

Kaku dihujani air hitam di jalan asal.


Kami punya cita-cita,
untuk maju bergerak ke hadapan, sama-sama..
ya,bersama-sama..

Langkah pertama.
Daki tangga demi tangga..
Berhenti di suatu tapak...kelihatan jalan luas didepan sana..
tiga cabangnya..

Kami tekad pilih yang lurus didepan.
Berjalanlah kami,
sambil bercerita tentang angan-angan.
dengan riang gelak ketawa
sampai satu ketika,
kami ketemukan hanya jalan mati didepan....
hampa sedikit,
"Jangan patah semangat,kita undur ke permulaan tadi..masih ada jalan"


Di tempat permulaan,
kami sepakat memilih cabang kiri..
melangkah dengan segunung doa.
moga sampai destinasi impian.
'ada harapan', bisik hati kecil
dua puluh langkah maju,
hampa.
ketemukan jalan mati lagi.
"Mungkin salah percaturan, kanan haluan sebenar kita ke destinasi"


Berpatah ke permulaan,
demi melorongkan diri ke cabang belah kanan pula
Besar harapan dalam setiap langkah kaki
Besar lagi impian mahu sampai ke destinasi impian dalam waktu terdekat,
Berjalan terus berjalan.
Menapak berhati-hati,
memang banyak duri disepanjang jalan.
kena bijak agar dapat mengelak
kena bersedia kalau terpijak
Allah sedang menguji,
akhirnya jalan mati jua yang kami ketemu.
Punah harapan


Longlai menuju ke jalan asal
Dipujuk hati terus bersabar
Tunggu sampai jalan mati itu bersambung
atau ada keajaiban lain
Tapi masihkah perlu bersabar
Untuk ditunjukkan jalan tersembunyi yang lainnya?
dan sementara waktu sabar engkau,
berterusan hidup dihujani air hitam
yang makin lama tompokannya bertebaran,
sanggupkah lagi hidup dengan sabar dalam baju makin dibasahi tompokan hitam..
di jalan asal ini?


Selasa, Oktober 23, 2012

Betulkan niat, semuanya kerana Allah swt


Assalamualaikum..

 Mau kongsi sesuatu yang boleh kita ambil iktibar.... :)


Di riwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, "Ada 3 golongan manusia yang ditanya terlebih dulu pada Hari Kiamat..."


PERTAMA
Mereka yang terpelajar (alim ulama), ditanya tentang apa yang diperbuat dengan ilmunya. Ulama itu menjawab: "Ya Tuhanku, siang dan malam hamba berusaha menyebarkan kebaikan, maka Allah dan malaikat Nya berkata: "Anda berdusta, niat anda hanya ingin dipuja dan dipuji oleh kebanyakan ummat sebagai orang alim dengan panggolan yang megah."


KEDUA
Yang kaya pula ditanya tentang kekayaannya. Jawab mereka: "Siang dan malam hamba memberikan sedekah. Allah dan malaikat Nya berkata: "Anda memberikan keterangan yang tidak benar, perbuatan anda hanya untuk menunjuk-nunjuk, agar disebut orang dermawan."


KETIGA
Mereka yang mati syahid, ditanya tentang perbuatannya dalam peperangan, para syuhada itu menjawab: "Ya Allah, Tuhan yang memerintahkan kepada hamba untuk melakukan jihad, hamba patuh dan taat perintah Tuhan maka hamba bertempur di medan jihad. Allah dan malaikat Nya berkata: "Anda bohong, perbuatan anda disertai tujuan untuk bersorak-sorai mencapai kemenangan agar disebut sebagai pahlawan gagah berani."

Kata Abu Hurairah: "Setelah Nabi SAW mengucapkan khutbahnya, Baginda berkata: Ketiga-tiga golongan manusia yang seperti di atas itu didahulukan dan dilemparkan ke neraka."

Demikianlah, Allah memberikan perumpamaan daripada golongan manusia di atas. Mereka yang tetap konsisten menjaga kualiti ibadah dalam keadaan apa  pun, maka baginya kenikmatan yang tiada putusnya.





Nota takde kaki:
Pentingnya niat yang ikhlas "Lillahi ta'ala" kan? Kadang kita ambil mudah dalam soal niat. Wallahu'alam...moga kita jadi yang lebih baik :)


Isnin, Oktober 01, 2012

Inspirasi songket untuk Raja Sehari


Assalamualaikum.

keyword popular belog aku sejak dua menjak sekarang, adalah pasal bride-to-be, pengantin, tema majlis kahwin...oh mai~

Dah alang2 orang duk google tu kan, tergerak nak buat entri cenggini.

Para B2B yang masih tercari idea majlis sanding ke ape ke, apa kata jadi pengantin tradisional yang anggun lagi klasik dengan tema SONGKET!

Suka tau! Cantik, penuh ciri2 tradisional dan klasik.

Sesetengah bakal pengantin biasanya lagi gemar memilih busana moden, bukannya songket. Alasan cliche, panas + rimas! Ataupun...tak up-to-date?

Tapi serius pendapat aku, majlis lagi bermakna jika ada persalinan songket. Sekurang-kurangnya untuk salah satu majlis pun cukuplah :)

Pening pilih tema warna apa untuk busana songket? Meh nak bagi inspirasi sikit....ecece ;)


Songket Royal Blue


Warna yang menyerlah dan cukup mewah.
Tanpa perlu corak yang sarat, warna ni aku rasa da cukup kuat untuk menarik perhatian.


*sumber: Google | MinistryofMoment


Songket Hijau


Satu lagi warna mewah dan menyerlah. 
Hati mencair tengok busana songket Royal Green macam Scha pakai. 
Untunglah siapa yang berkulit putih


*sumber: Google | Yunayakuza



Songket Merah



Pengantin yang mengenakan busana songket merah hati adalah sangat klasik dan cantik. 
Dan pengantin dengan busana merah cili pula sangat berani.



*sumber: Google | Detik Indah Photography



Songket Kuning


Ini benar2 Raja Sehari. 
Aku suka tone warna kuning jagung kat atas ni. Sweet sangat!


*sumber: Google | MinistryofMoment


Songket Kelabu



Warna songket yang mungkin kurang menjadi pilihan, tapi percayalah...cantik ok!
Songket kelabu pilihan Vel+Irine sangat menyejukkan mata.


Sumber: Google | Vel Oliver | MinistryofMoment



Songket Ungu


Warna kegemaran, haruslah aku tempek jugak kat sini. ;)
Padanan ungu terang dengan corak bunga tabur berbenang emas, buat hati aku cair.


Sumber: Google | ThePhotolicious | sweethoney86 | Rathisa Bridal


Nota takde kaki:
Hati pun teringin...;)

Isnin, September 03, 2012

Surah-surah amalan ibu mengandung


Assalamualaikum,

Just sharing something meaningful for all moms & future moms =)

#credit to littlekhalefblog


nota takde kaki
menunggu hadirnya 2 orang budak2 comel ke dunia...kakak2 ku, i'm waiting for dak2 kecik  ;)

Sabtu, Julai 28, 2012

aku bukan amoeba


Kalaulah aku amoeba,
bahagikan diri sendiri kepada dua.
supaya senang diri sendiri
tidak perlu pening antara 2 projek gila
tidak perlu sekejap ke Malaysia sekejap ke Singapura
walau hakikat tak bergerak dari kerusi dan cubic =p

haiiii...dah satu go live
tak perlulah kacau aku lagi
sudah-sudahlah tagih khidmat aku
aku mahu fokus yang satu
yang sudah pun mula tunjukkan taring dan bisa

tapi tolonglah faham......
aku bukan amoeba.

dan bila aku disuruh memilih,
aku tak mampu,
hanya kerana aku tahu pilihan aku bukan hakiki,
kerana dua-dua perlukan aku,
siapa kata??
bukan aku, leader aku yang kata.
hai macamlah tiada insan pilihan lain............ =(





Nota takde kaki:
Bebelan dipagi hari mungkin?


Sabtu, Julai 14, 2012

Addicted to B2B blogs!


Assalamulaikum..

Dalam sebulan ni, makin kerap jenguk & baca B2B punya blog. Mana2 blog B2B yang saya rasa perkongsiannya menarik, dan blognya sejuk mata memandang...terus bookmark & follow. Teehee..

Bila ada masa free je time weekend, mengadap lappy...buka blog B2B. Cari ilham la konon. Nikahnya pun belum tentu bila lagi. Takde sape nak masuk meminang :p

Padahal disebabkan sekarang agak lapang nak jenguk & start blogwalking balik disebabkan projek da nak go live, tak perlu kerja time weekend lagi. *ehem..esok weekend ape, dan esok saya kena kerja* .Itu sebab rasa enjoy sedikit di hujung minggu. Weekdays blogwalking tak dapat la nak teruskan, balik kerja dah malam, penat. Lagi baik rehat *itupun kalau lepas kerja tak pergi merayap dengan member*

Apa yang bagusnya B2B blog, diorang review hampir semua benda yang penting untuk kelancaran proses majlis penting sekali seumur hidup tu. Insyaallah. 
Banyak idea, tips, pengalaman, gambar etc dikongsi. Seronok tengok idea kreatif diorg untuk DIY hampir keseluruhannnya. Best sebenarnya dapat DIY untuk majlis sendiri. Kepuasan & keseronokan tu sangat2 bermakna.  =)


Agak2 saya sendiri sempat ke tak nak DIY untuk majlis sendiri dengan kekangan masa bekerja? 
Orang lain boleh, saya pun insyaallah boleh. Itu pun kalau betul2 perancangan dibuat awal. Kalau perancangan lambat dibuat, jawabnya kena minta tolong orang lain la ye. Oh! Sangat tidak seronok.


Dan buat para B2B semua...
Mana yang sesuai dengan taste & budget, eloklah jadikan sebagai rujukan & panduan.
Mana yang tak sesuai, mampu tengok jela kan.
Orang cakap, ukur baju di badan sendiri.
Dan biarlah majlis kita tu diberkati Allah swt, tak perlu berlebih-lebihan...yang penting semuanya lancar, majlis diberkati, perhubungan pun bahagia hingga ke syurga. ^^,


Nota takde kaki:
Dah lama tak DIY sesuatu. Kekangan masa :(

Khamis, Julai 12, 2012

4 hari sebelum si S lahir!



Tarikh penting dalam karier *ecece...karier la sangat* sepanjang setahun jagung bekerja. 
Bukan naik pangkat. Jauh sekali dapat bonus. 
Kerana saya masih lagi seorang staff biasa yang tak punya apa-apa.

Tapi salah satu kebanggaan dalam diri saya sendiri. 
Puan Manager, terima kasih kerana terima saya untuk masuk team ini semata-mata kerana projek ini. Terima kasih kerana beri saya peluang untuk projek penting ini! 

Terima kasih atas segalanya, pahit manis sepanjang terlibat projek yang sangat-sangat mencabar ini...dan akhirnya, syukur yang amat bila tinggal beberapa hari lagi sebelum go live!

Lucu. Bila air mata mengalir perlahan masa baca sign off email dari biz user. Sungguh saya rasa seksaan saya bakal berakhir. Sekurang-kurangnya untuk projek ni sebelum cabaran projek baru datang :p


Dimarah. Dikejar. Mengejar. Super duper stress. Tiada hujung minggu. Pujian. Dugaan dan cabaran itu sedikit sebanyak membantu saya kendalikan projek ini seorang diri di saat genting tanpa bantuan teammate & team lead...jauh sekali manager. Pengalaman tu kalau dikenang, sakit sangat. Pernah rasa putus asa yang amat sehingga nekad pergi interview & cari kerja baru. Tapi akhirnya saya sedar, saya sayangkan tempat kerja sekarang. Saya tak boleh lari dari projek ini. Strive till the end! 



Tugas berat terakhir sebelum & selepas go live!


Hai S, awak tahu tak sebab awak ramai yang terseksa? Dan bila awak dah nak lahir, saat2 ini pun masih ramai bertungkus lumus pastikan persiapan kelahiran awak berjalan lancar. Semua orang dah tak sabar tunggu awak lahir. Saya pun! Awak sangat suka main2 dulu, sekejap kata dah nak keluar, tapi berbulan-bulan awak diam dalam perut. Dan sekarang, saya pun terpaksa bersedia dalam bilik bedah sehingga lahirnya awak 4 hari lagi. Tapi jangan risau S, lahirnya awak insyaallah untuk memudahkan & melancarkan urusan semua orang. :)



Sabtu, Jun 23, 2012

.everyone has their own story.


teheeeee..


main copy paste je ayat, tak reti nak berpuitis loh.
bila free camni la jadinya.


Nota takde kaki:
model tak berbayar, jangan marah... =)

sampai satu masa, aku terfikir...


sampai satu masa,
aku terfikir...
sudah tiada masa untuk dihabiskan untuk memanjakan diri sendiri.
masa yang ada cukup sekadar merehatkan diri dari sibuknya urusan dunia.
mujur hati masih sedar, "peruntukkan masa untuk urusan dengan Tuhan mu".

sampai satu masa,
aku terfikir...
sudah tiada duit untuk dibelanjakan untuk kesenangan sendiri.
yang tinggal sekadar cukup untuk mengisi perut siang malam.
semua kerana tanggungjawab yang terpikul.
mujur hati masih sedar, "sekurangnya aku masih ada duit untuk hidup"


sampai satu masa,
aku terfikir...

sudah tiada seronoknya bekerja bagai nak gila.
Please care me as a person, not as robot!
mujur hati masih sedar, "ikhlaskan hati mencari rezeki, sekurangnya aku masih punya pekerjaan"

sampai satu masa,
aku terfikir...
kadang aku mudah lupa,
suka merungut,
seolah tidak bersyukur untuk setiap nikmat yang Dia beri.
mujur hati masih lagi sedar, "teruskan audit & muhasabah diri, lakukanlah perubahan demi kebaikan".






moga dipermudahkan semua urusan..
amin..

Ahad, Jun 10, 2012

saya fobia!


kadang rasa takmo pergi ofis bukan sebab stress dengan projek Stupidokiller yang entah bila nak roll out tu, tapi sebab stress dengan orang yang kononnya nak jadi kawan, tapi sangat menyibuk hal peribadi walaupun bukannya rapat.

minggu lepas aku cuti. Block Leave la kunun.
tapi pagi2 hari Isnin tu senior dah call berkali2 siap sms aku sebab ada isu. -_-"
Jumaat baru masuk ofis balik, 6 hari tak check emel, sah2 la beratus emel nak kena check, baca blabla.
tak sempat nak baca emel orang itu ini dah ocs tanya pasal kerja
Hey!! Sy baru lepas cuti, emel pun belum check lagi tahu U dah tanya itu ini.
Kerusi pun belum panas lagi tahu tak?!
(ok cakap dalam hati je, cakap depan2 pun bukannya Filipino faham kan?)
Ok, yang pasal kerja boleh dimaafkan.

Tapi kalau tengah serabut nak catch up balik status projek, blablabla...nak check emel blabla,
tiba2 ada org ocs..
"hey,these many days...where r u?"
-cuti (pandai2 la kau google translate kalau tak paham)
"huhu...why cuti? went to hometown??"
-yup
pastu datang balik ocs
"hey, when u plan for ur wedding??"

dalam hati, kau takde soalan lain ke masa aku busy gila ni? dah banyak kali tanya pasal benda sama.
wrong question in a wrong time & situation.

dan paling aku tak berkenan,
selalu tanya bila aku nak kawen,
tapi pada masa yang sama cuba 'racun' aku,
sangat berhati-hati dengan lelaki macam ni...ikut nasihat Budak Bujang saya.
dulu dia balik negara dia, cuti panjang..
balik Malaysia...dia bawakan aku hadiah dari sana.
aku takut nak ambik.
kang dia bagi hadiah 'kejutan'...bahaya kang.
tapi, ok la...hadiah biasa2 je.
aku ambik cepat2 tapi x cakap thank you pun.
hadiah tu aku letak je dalam laci. tak rasa nak guna...haha.

dan dalam seminggu dua ni time lunch, aku makan sorang2 je.
paling aku takut, lunch time kitorang sama.
aku takut tiba2 dia nampak aku lunch kat cafe bawah + ambik kesempatan nak lunch ngan aku.
ada sekali masa aku dah habis makan dia baru turun.
mujur masa tu senior aku ada.
kalau aku sorang2?? sah-sahla dia datang menyibuk.
fobia tahu.
dulu pernah larikan diri dari dia.
jalan selaju-lajunya dari lrt nak balik ke ofis.
langsung tak toleh belakang takut dia perasan aku,
tiba2 dia datang tegur aku dari belakang.
dalam hati, 'macam mana kau cam aku dari belakang ni?? stressnya!!'.

dan sekarang, nampak je dia dari jauh...fobia.
terus buat2 tak nampak.
jalan laju2 hilangkan diri.
dan kadang sanggup daki tangga je sebab taknak 1 lif dengan dia.
-_-"


Ahad, Mei 27, 2012

2 in a week!


two birthday celebrations in a week!

.Isnin. @ Ofis

Team meeting...la konon.

Takde gambar team, takde gambar cupcake sepenuhnya. :(

*segan nak mintak gambar dari diorang, atau entah2 diorang upload kat FB je :p


 cupcake by Wondermilk. 
Card by company. 


cookies yang dah selamat dalam perut. and a mug. 
kumpul mug je kerja aku.


.Jumaat. @ That Little Gerai

hari tu kerja aku banyak sangat. 
haruslah aku settle kan dulu tak nak ada pape masalah bila kerja hari Sabtu. 
habis kerja pukul 9 malam.

takde mood nak join dah sebenarnya. sebab aku fikir kerja! 
Pagi esok (semalam) kena standby kat ofis sampai malam.
mati aku kalau ada isu bila kerja Sabtunya. Takde siapa nak tolong.
Tapi mengenangkan tu sambutan birthday orang (birthday Ila), dan Amal pun setia tunggu aku habiskan kerja...so, turutkan aje. Haha.

Rupanya budak2 gila ini ada plan lain.
Ok..terima kasih banyak2. :)


 Terkejut nama aku ada jugak atas kek. 


Kembar memang tak seiras. 
Berkongsi bulan yang sama ^^,


Nota takde kaki:
Terima kasih :)

Selasa, Mei 22, 2012

kerana niat yang baik itu...


kumpul duit,
cakap senang je.
tapi perlu pengorbanan.
dan usaha.
dapat gaji asingkan segera.
takkan disentuh hingga tiba masa.
korbankan hasrat hati.
ada keinginan memiliki itu ini,
jiwa muda beb!
zaman belajar dulu kalaupun berkeinginan,
pujuk hati "dah kerja ada duit sendiri boleh aku beli"
bila sudah bekerjaya.
hasrat dipendamkan saja... lagi?
dan mungkin ditangguhkan..
bertahun pun tidak mengapa. waha!
biar fokus apa matlamat utama.

dengan niat untuk melaksanakan perkara yang baik disisi agama.
insyaAllah dipermudahkan jalan,
dipermurahkan rezeki.
selebihnya,
bergantung pada diri sendiri merencana.




ini baru bab kumpul duit,
bukan kumpul harta...heh?
harta dunia ke harta akhirat, renung2kan.... =)


nota takde kaki:
yang penting, berdikari tak mengharapkan duit orang. ye dok?

Khamis, April 26, 2012

Saya sedih, tapi saya OK!



Dengan tidak semena rasa jauh, sayu, sedih....
...dan sedar tak sedar pipi basah dengan air jernih.
Macam mana tu?
Ahh...buang jauh-jauh rasa itu.
Buntu.
Pujuk hati sila bertenang.
Tulis 'Saya sedih, tapi saya OK!' atas kertas putih.
Renyukkan.
Campak jauh-jauh.
Malas nak layan.





nota takde kaki:
Good nitez!

Rabu, April 18, 2012

.semoga selamat sampai.


semoga selamat sampai.

jika terpaksa menempuh duri di pertengahan jalan,

atau terpaksa meminta teman penyuntik semangat sepanjang pengembaraan,

jangan pula kau menagih simpati dia yang berhati mulia..

yang selama ini kau cari dan jejak tika sakit dan susah mu

yang telah pun kau tinggalkan di awal perjalanan baru mu ini..

ya aku tahu, destinasi kau dan dia takkan sama.

aku tahu itu.

semua orang sudah sedia tahu.

:)



Nota takde kaki:
Happy 1st anniversary ***23! :)

Sabtu, April 14, 2012

Terlihat video rahsia si dia? Woha!


Apa reaksi kalau tiba2 kita terjumpa atau terlihat video 'rahsia' si dia yang selama ni tersembunyi tanpa pengetahuan kita?

Woha!

Tergelak besar. Impressive!

Sangatlah tidak dijangka malah tak disangka2.

Ya allah, banyak lagi aku tak kenal pasal budak sorang ni.

Apa pun, hiburan aku di hujung minggu kali ni, video si budak bujang tu menari. Yang tak menahan ada lagi geng 2 orang. Heh, laki...nampak je macho depan perempuan, tapi kat belakang bila dengan kawan2 sesama lelaki...perangai gila2 tu sungguh tak menahan.


Tapiiii...tu mungkin zaman muda2 dulu kot. Zaman tengah stress study kat uni sebab esoknya ada exam. Nasib lah korang sekarang walau stress dengan kerja di ofis dah tak buat kerja2 macam dulu lagi kan? :p



Nota takde kaki:
Jom layan klip video lagu Har Dil Jo Pyaar. Kot2 pasni bole menari lagu hindustan jugak. :p Ok sambung tengok video kelakar dan gelak. Kbye! :D

Khamis, April 05, 2012

MAGNOLIA PERT GIVEAWAY 2012



Disebabkan jam tangan ni sangatlah comel dan ceria macam pelangi gittew, maka tak rugi kalau nak join Giveaway ni. Ada rezeki dapatlah satu tak gitu?

Siapa2 yang mau join, klik je sini ;)





Nota takde kaki: Moh le join sama2 ^^,

Isnin, April 02, 2012

Lihat awak, hati saya tenang


Sebelum nikah:


Awak, kenapa awak nak saya?  Saya tak cantik pun, awak kan suka perempuan cantik.
Siapa kata awak tak cantik? 

Saya sendiri cakap.
Awak cantik, manis, comel. Suka tengok awak, tenang tengok awak. Rasa bahagia je.


Selepas nikah:



Bertambah-tambah tenang bukan? 
Bertambah-tambah sejuk mata memandang.
Bertambah seri di wajah, bertambah manis senyuman.
Bertambah bahagia hidup.

:)


nota takde kaki: 
Beruntunglah mereka. Saya bila lagi? Eh..eh, anda bila lagi?  :)



Jumaat, Mac 30, 2012

Tidak ada daya dan kekuatan kecuali kekuatan Allah.


Seperti kebiasaan hari-hari bekerja, "kerja banyak yang tak pernah habis". Alhamdulillah, minggu stress dengan seseorang yang perengus tak kena tempat dan masa tamat di situ hendaknya.


Bekerja dengan seorang bank manager yang dulunya aku panggil singa betina lagi aman dari bekerja dengan seorang perempuan perengus. Paling bagus, dia yang aku anggap garang selama ini lagi tinggi perikemanusiaannya.


Mungkin berkat doa emak, atau kakak2. Tak sanggup tengok keadaan aku kata mereka. Risau dengar cerita aku di pejabat kata emak.


Terbeban dengan kerja dunia. Terbeban dengan perangai manusia. Dukacita dan letih dengan semua dugaan itu. Sampai masa aku kongsikan dengan emak.


Pesan emak, lazimi lidah dan hati dengan Hauqalah. Sebelum kerja, semasa kerja, biasakan diri dengan melafazkan Hauqalah. Sesibuk mana dengan kerja, sampai tak tertanggung penatnya, sampai tak tertanggung rasa tekanan itu, Hauqalah jangan lupa. "Mintalah dengan Dia".


Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahil 'aliyyil 'azim, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani)


Nota takde kaki:
Tidak ada daya dan kekuatan kecuali kekuatan Allah.

Sabtu, Mac 10, 2012

Farisian B2S 2012


Kawan2 satu batch dah bising canang kat FB pasal program, sape nak join??
Aku, mampu tengok, diam dan tak bagi pape respon.


Kan best kalau cuti aku tak dibekukan gara2 stupidokiller punya projek?
Nak jugak merasa program B2S yang dulunya hanya mampu melihat
gelagat senior2 yang join program ni.
Nak jugak kembali ke sekolah mengenang memori pahit manis zaman belajar dulu2.
Ya allah, rindunya.

I miss my old school damn much!


Aku rasa admin page ni pun ex-farisian.


Me too. No weekend for me.


Hey,
sekadar entri kosong bagi mengisi masa mengantuk bekerja di ofis hujung minggu.


Lokasi: Dalam lif, CP
Jam: 7.15pm

Masa tu aku dah nak balik. Dalam minggu lepas, agak free sedikit, jadi boleh la balik kerja lebih awal dari biasa.

2 orang lelaki, staff company lain tengah berborak.

Laki A: Minggu ni agak stress. I kena marah 3 hari berturut-turut dengan Mr.X. Selasa, Rabu, Khamis.

Aku: "Aku pun sama, asyik kena marah dengan leader je minggu ni." (menyampuk dalam hati)

Laki B: Weekend ni I kena kerja.

Laki A: No weekend for me.

Aku: "Me too. No weekend for me. Kita senasib la bang..haha" (rasa nak je menyampuk, tapi dalam hati je mampu)



Sabtu, Mac 03, 2012

it's weekend!

Dari Dis 2011 hingga Feb 2012 tanpa cuti hujung minggu. Hujung minggu kali ini ada untuk aku. Syukur.

Habiskan masa di rumah kakak, layan budak kecik berdua ni. Sorang lagi budak kecik lagi lama aku tak jumpa.

Sorry my heroes, your Cekni is superBZ kuli :p



Lagak macam sendiri posing sendiri snap pic si budak kecik ni.
Comel!



Si abang tekun mengecam muka Imam Muda favourite dia.
Si adik maintain gelak depan kamera =)





Si kecik ni lagiiiii lah lama aku tak jumpa =(


Menunggu si kecik manis pula lahir, tapi entah bila. Aku rasa dua2 kakak aku tengah kempunan baby girl la pulok.

Nak tunggu aku, nikahnya belum, kawen pun belum...ecece. Hahaha...lari topik.
Okbai!


Rabu, Februari 29, 2012

sketsa hidup 1 | kejar mengejar



kerja untuk apa?
dapat gaji?
gaji dapat apa?
dapat duit la. LOL
duit untuk apa?
keperluan hidup.
hidup untuk apa?
astaghfirullah...hidup untuk apa sayang?
hidup untuk kumpul harta dunia?
hidup untuk cari kemasyuran dunia?
hidup untuk kumpul bekalan akhirat?


kau kejarlah dunia jauh mana kau nak.
tapi jangan kau lupa kau makin jauh dengan DIA
kau carilah hiburan apa saja sumbat telinga dengar muzik
tapi al-quran dan zikrullah juga yang tenangkan hati kau
kau rancanglah apa pun untuk hidup kau,
tapi kalau kau lupa rancang bekalan akhirat,
kau FAIL!



Ahad, Februari 26, 2012

dear friend..




Dear friend..
I know why you chose that path,
even you can predict what will happen soon..
Coz you are strong enough to face it!

Believe in Allah swt..
He will always there for you.

Khamis, Februari 16, 2012

.hilang dalam diam.


Hilang dia.
Hilang kawan.
Hilang semua.
Bukan hilang, tapi aku umpamakan hilang.
Tapi ya, aku hilang semua.


Dunia sepi.
Diam.
Itu realiti hidup sebenar.


Dalam penjara,
kami para banduan semakin rapat.
semakin mesra.
mungkin mereka juga hilang sesuatu.
Maka sesama kami sendiri berkongsi rasa
berkongsi masalah,
berkongsi cerita.
Kecilnya dunia aku sekarang.


Kepada mereka yang menjauh.
Maaf dari aku.
Cuma mengharap kamu faham.
Aku tunggu masa bebas dari hukuman penjara,
atau sekurangnya hukuman diringankan.
Itu sudah cukup bahagiakan aku.




Bukan dongengan dari penjara




Bila sekeliling dipenuhi dengan manusia yang kononnya memahami tetapi hakikatnya tidak,
maka aku muntahkan bebelan hanya di Twitter.
Dengan harapan Twitter melayan bebelan aku walau dia bisu.
Itu yang manusia nampak.


Hari-hari di penjara.
Harimau betina garang bila-bila masa saja boleh mengaum,
lalu satu penjara dengar ngaumannya.
Harimau jantan bila-bila masa saja boleh menerkam.
Maka kami sesama manusia kerdil di penjara,
berkumpul.
bekerjasama.
mengambil berat.
berkongsi masalah yang sama.
menyokong satu sama lain.
yang hanya tinggal sisa-sisa motivasi yang masih lagi berbaki.
kerana hanya kami yang memahami.
Kami tak mampu melawan sang belang.
Ini yang manusia luar tak nampak.


Bercakap dengan Dia.
Itu kamu takkan nampak.
Dan takkan juga dengar.
Dan biarlah aku sendiri yang tahu.


Ini bukan dongengan dari penjara.




Isnin, Februari 13, 2012

Stupidokiller. Bila mahu jadi kisah klasik?


Khabar baik.
Manager cakap "No need to handle new dot dot project, there will be new reassignment for that project"

Khabar buruk.
Manager cakap "You need to focus more for this *stupidokiller* project". Oh!!!
Sangat tidak boleh terima itu.


Stupidokiller.
Heh..nama baru aku bagi kamu.


Mencabar keupayaan semua.
Membunuh motivasi kami.
Mencuri masa rehat kita.
Menjauhkan kami dengan kehidupan.


Berapa lama lagi mahu kau ambil dari kami?
Aku mahu ia jadi sebahagian kisah klasik masa lalu aku.
Cepat-cepatlah berlalu...


Khamis, Februari 09, 2012

Janji tinggal janji..



Sudah berapa lama tak menghabiskan masa dengan anak buah aku berdua tu. Kebiasaan yang dah lama aku tinggalkan, hujung minggu aku habiskan masa di rumah Kak Long. Melayan budak berdua tu. Sebab tu aku lagi rapat dengan Amsyar & Abrar, walaupun aku ada seorang lagi anak buah, Aqeel. Yang tu anak Angah aku. Sekarang? Dalam angan saja. Hujung minggu kalaupun tidak habiskan masa di pejabat, terpaksa habiskan masa dengan bekerja di rumah sewa. Connect VPN, bekerja macam biasa.


Amsyar & Abrar rindukan Cekni. Aku tahu. Minggu lepas sebelum balik kampung, aku balik jenguk diorang untuk beberapa jam. Malamnya aku naik bas balik KB. Dukung si Abrar sekejap, kononnya nak pujuk dia yang dari tadi mengekori aku minta didukung. Sudahnya, diorang berdua tu menangis meraung, mahu ikut aku balik kampung. Pagi Selasa, aku baru sampai dari kampung. Singgah rumah Kak Long sekejap sebab aku minta tolong abang ipar ambik aku dari Putra. Bila Abrar bangun dari tidur pagi tu, dia masuk bilik aku. Aku dengar Kak Long bagitau dia "Abrar, pergi kacau Cekni kat bilik". Dia tolak pintu bilik, senyum. Si kecil ni ikut mana saja aku pergi. Aku ke dalam bilik, dia ikut sama. Aku ke dapur, dia pun ikut jugak. Masa tu abangnya belum lagi bangun dari tidur.


Masa aku tengah bersiap-siap dalam pukul 9 pagi tu, masa tu si abang dahpun bangun. Amsyar tanya aku, sedikit pelat "Ni, mana?". Dia pendekkan nama aku, Cekni disebutnya Ni saja. "Cekni nak balik rumah sewa la Amsyar". Dia balas pendek "Ikut...", sambil buat mimik muka kesian.


Abrar pula langsung tak mahu keluar bilik. Teman je aku bersiap. Sibuk mahu berbedak sama. Selesai aku pakai tudung, terus dia hulur dua tangan. Tandanya minta aku dukung. Budak kecik ni dari tadi lagi tunggu aku rupanya.


Bila aku dah buka pintu, mahu keluar. Terus diorang berlari menuju ke pintu. "Ni...ikut". Si adiknya pula terus hulur tangan lagi. Masa tu Kak Long aku terus dukung dia, "Salam dengan Cekni cepat Abrar", dia meronta. Dah menangis masa tu. Terus aku cium pipi Abrar, "Nanti weekend ni Cekni datang ye". Kesiannya anak buah aku berdua ni.



Si abang dan si adik



Tapi....janji aku tinggal janji. Hari ni aku ada Induction kat Bukit Jalil. Leader aku pagi hari dahpun sms aku, nak pastikan aku masuk ofis pagi esok. Petangnya, sms lagi. Bagi arahan suruh aku kerja weekend ni. Aku macam...grrr. Sabar tak boleh ke? Bukannya aku nak ponteng pura2 ambik MC esok, sorry..that's not me ok! Apa yang risau sangat aku tak masuk ofis esok. Aku tahu la kerja da menimbun tunggu aku siapkan.


Balik dari Induction, team mate pula call aku. Nak pastikan aku masuk ofis esok. Katanya leader bagi projek baru lagi hari ni. Haisy. Dan malamnya...seorang lagi team mate contact aku tanyakan benda sama. Tengok emel yang beratus pun aku dah stress. Hari ni, makin bertambah senarai kerja. Esok pengsan!


Hal kerja menimbun, kerja setiap hari tu aku rasa dah puas orang sekeliling aku dengar keluhan aku yang penat dengan semua ni. Sebab kadang aku rasa penat sangat bekerja lebih dari 12 jam sehari dan stress sangat melayan semua orang, kadang aku kena luahkan. Tapi hari ni aku rasa ralat, sebab weekend ni aku tak dapat tunaikan janji aku dekat anak buah kesayangan. Itu yang buat aku jadi....grrrr!


Dah kan panjang pulak entri ni. Ni kira tengah meluahkan perasaan bagi hilang rasa stress ni. Cuti lama pun tak guna, sebelum masuk ofis start kerja balik dah pun stress. Oh, aku homesick!



Nota takde kaki:
orang cakap, kau kerja kuat macam mana pun, gaji tetap macam tu, dan takde sape pandang penat lelah kita yang kadangkala abaikan makan minum kesihatan sebabkan kerja yang takkan pernah habis. tapi sebab kerja tu tanggungjawab, kau suka tak suka, kena la buat kan? biar Allah swt yang balas. kerja tu kan ibadah.

Ahad, Februari 05, 2012

Bila rasa geram...maka jadilah 'Grrrrr!!!!'


Assalamualaikum...


Cuti panjang 9 hari masih lagi berbaki 2 hari. Masih belum puas rasanya merehatkan badan dan otak dari penat bekerja. Sungguh tenang di kampung, bersama keluarga. Terapi jiwa. Hati mula rasa malasnya nak balik KL, malasnya nak melalui hari-hari sibuk, kalut dengan bebanan & tekanan kerja. Hari yang padat dengan urusan dunia sampai kadangkala leka untuk isikan tabung bekalan akhirat. Astaghfirullahal'azim.


Hmm...dan juga tekanan dari perangai manusia yang pelbagai. Di pejabat. Di dot dot? No comment. Sabar je la kan? Kadang aku pun tak tahu, kenapa perlu aku fikirkan sangat cakap2 orang di belakang. Tak kuasa diri nak puaskan hati semua orang, tak kuasa diri nak melayan kehendak semua.


Bebanan masalah, masing2 yang tanggung. Masalah kita berbeza. Cuba kamu rasa apa aku rasa, dan jangan mengomel itu ini bila kamu rasa pahitnya. Tapi jika kamu nak mengomel lepas rasa apa yang aku rasa, aku takkan tempelak kamu balik dengan kata2 yang boleh buat 'makan dalam'. Aku tempelak dalam hati je..haha. Jaga hati orang dengan kata2 kita wahai sahabat semua. Lidah tu tajam, bila2 masa boleh buat orang terasa, tak pasal2 berdosa pulak. Ok, aku pesan pada diri sendiri sebenarnya.


Apa yang aku tahu, "Kita takkan merasai apa yang orang rasa, kita takkan faham masalah orang selagi kita sendiri tak merasa beban itu, jadi berhenti untuk menghakimi dan menjatuhkan hukuman".


Life is too short to stress yourself with people who don't even deserve to be an issue in your life.


Aku terbaca ayat di atas kat Twitter, baru aku sedar balik. Ah...sudahlah kusutkan lagi bebanan otak dengan orang2 yang 'sebegitu'. Maafkan dan cuba jangan ambil pusing dengan orang2 sebegitu..ye dok?


Hiasan semata!



nota takde kaki:
Jaga lidah, jaga mulut jangan sampai menyakitkan hati sesama saudara. Okbai!
*bebelan memotivasikan diri sendiri*

Khamis, Februari 02, 2012

.terukir di bintang.



jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untuk mu
jika engkau minta satu dunia akan aku coba
ku hanya mampu jadi milik mu pastikan kau bahagia..


hati ini bukan milik ku lagi
seribu tahun pun akan ku nanti...
kan...kamu..


sayang ku jangan kau persoalkan siapa di hati ku
terukir di bintang tak mungkin hilang cinta ku pada mu...





Nota takde kaki: Seriously in love with this song.

Isnin, Januari 30, 2012

January's Babies

7 Jan - Hemie
Dataran Shah Alam


Kaw2 makcik ni kena kelentong dengan aku. Aku pun tak tau macam mana dapat idea yang gila2 nak tipu dia itu ini, semata2 nak bawak dia ke tempat kejadian pada hari kejadian. Eh lupa pulak, kitorang sambut birthday makcik ni lewat sehari sebenarnya. Sebab Sabtunya, ada antara kitorang kena kerja.



Patutnya 'birthday makcik' duk tengah...pink kalerrr..
[bukan lagi birthday girl tahu?]


.Fake laugh + smile.



Best pic i think on that day.




29 Jan - Hazique
Taman Botani Putrajaya



Kali ni, aku takde ambik part sangat rancang majlis. Kita serahkan pada cik gf dia je urus majlis, tolong mana yang mampu je. Nak kata buat surprise, ntah la ye. Tu kena tanya 'birthday pakcik'..haha.



Suka pic ni. Tapi tak best sebab tak cukup sorang lagi. =(



ok dah cukup berempat. i loike!



Nak kata pencarian model, semua tak layak. Kot? Menahan gelak kenapekah Hazique + Fariz posing cekak pinggang gaya retis pompuan? Sungguh lucu. =D



One of the pic i loike- for me laaa.



Next birthday of the 'Budak-budak Gile' is on March.

Dah tak surprise dah nanti sebab kitorang memang plan nak celebrate birthday setiap ahli geng kami. Kadang macam tak percaya, kitorang boleh lepak bersama2 lagi even dah lepas zaman U. Sebab sekarang masing2 sibuk dengan kerjaya, kadang susah nak cari masa sesuai untuk kumpulkan semua. Dan bila ada masa jumpa diorang, rasa happy keluar jumpa dengan kawan2, hilangkan stress kerja etc.

Err...entri ni sebenarnya aku just gatal2 nak upload gambar je, malas nak menulis panjang2. Oklah, bai!




Sabtu, Januari 14, 2012

otak, badan..tolonglah berehat!

Badan penat
otak penat
cuma harap ada waktu rehat, sehari pun cukuplah
asal takde kerja datang mengganggu masa dan fikiran

serius
kadang bila terlampau stress
hilangkan rasa tu dengan menangis
luahkan pada yang sudi mendengar
lemahnya semangat
kurangnya motivasi
projek ni betul membunuh aku *ok, hiperbola*


aku doakan ada senior yang sangat supportive
dan fahami aku
aku baru hendak belajar bertatih
tapi dipaksa memecut dalam hambatan masa
dan deretan kerja
tanpa bimbingan
ya aku tau mereka pun sibuk
aku kena belajar sendiri
tapi tolong faham dan bagi sokongan
bukan menjatuhkan semangat aku


aku doa mereka yang terlibat dengan projek ini
sama memberi kerjasama
sama mudahkan cara untuk semua pihak
win-win situation
tapi malangnya tidak


Ya allah..beri peluang aku lupakan seketika kerja, waktu aku tidur, waktu aku sembahyang. Beri kekuatan, semangat dan kesihatan yang baik untuk aku. Amin..


Nota takde kaki:
Ya memang aku kalah kali ni.

Sabtu, Januari 07, 2012

Takde life sangat ke aku ni?

Takde life sangat ke aku ni?

Minggu ni dah masuk sebulan aku kerja time weekend. Sungguh gigih kerja even kerja aku ni tak dibayar OT pun, takat replacement leave..em, kadang macam tak berbaloi kan? Baik aku duduk rileks goyang kaki topup tidur kat rumah, ataupun keluar jalan2 window shopping hilangkan stress + penat bekerja.

Tapi itulah. I have to work everyday + every weekend until this project settle! Huh.. -_-"

Aku ingat takde orang perasan yang aku datang kerja tiap2 hari, hampir takde hari cuti langsung!

Pak guard, makcik cleaner dari dulu lagi asyik tegur aku.
"Kerja ke dik?". Next week jumpa dia tanya lagi, "Adik kerja lagi minggu ni?". Makcik cleaner tu tak pernah pun tegur aku selama ni, tapi sebab selalu sangat datang kerja weekend sorang2, makcik tu boleh kenal aku.


Ada satu kes lagi, sorang Manager team mana ntah tegur aku masa meeting salah satu projek yang aku terlibat sama, "This lady aa, she's work very hard for this project. I can saw her working for all day during last weekend". Terasa bahagia kejap. Even leader + Manager aku tak pernah puji aku, ada jugak Manager lain nampak kerja aku.


Weekend ke, public holiday ke, macam takde beza dah bagi aku sekarang. Kadang rasa penat dan tak mampu sangat badan asyik bekerja je, aku just harap sangat aku demam, boleh ambik MC..ahaha, ade pulak mintak demam kan?


Last week masa 1 Januari, ada sorang Manager kepada housemate aku datang tegur aku pulak. Tanya sape Manager aku, aku ni team mana, handle projek ape sampai datang kerja sorang2 masa public holiday. Lagi sorang yang perasan kewujudan aku, agaknya sebab cubicle aku dekat dengan pantry kot.


Dan hari ni, tengah syok buat kerja sambil telinga layan lagu2, tiba2 ada sorang laki dari chennai datang tegur aku. Which team you are? Why you always work alone in your team? What project you involved now? I can see you work everyday, last weekend I came office I saw you. Each time I came office, I saw you working alone? Tuu diaa, banyak sungguh laki chennai ni tanya. Pagi tadi kemain pasang lagu tamil pastu siap nyanyi lagu Kuch2 Hota hai kan..haha.

Dan last sekali laki tu pesan kat aku, masa dia dah berjalan masuk ke bilik khas team diorang, aku tak berapa dengar jelas sangat dia cakap apa, tapi lebih kurang camni la, "Get a rest, and have some date!".

Hahaha...


Sape nak deto ngan aku? Jom2... =)


Motif gambar? Takde.


Nota takde kaki [versi panjang]:
Mak cakap, "keje, keje jugak, keselamatan diri kena jaga jugak". Mak tak suka aku balik kerja malam sorang2. Ada kawan cakap,"Aini, keje tu keje jugak, kesihatan kena jaga". Sebab aku sebenarnya asyik tak sihat kebelakangan ni. Ehem2 cakap? Rahsia..

Ahad, Januari 01, 2012

6 kelebihan kita & bakal pasangan hidup takde kenderaan sendiri

1) Tak perlu nak jumpa bakal pasangan hidup kita selalu

Dah nama pun BAKAL, jadi tak perlulah selalu berjumpa nanti lain ceritanya kalau asyik berjumpa je.Alasan rindu tu boleh tolak ke tepi sekejap kot, kalau dah kahwin Nah kau! Hari-hari boleh jumpa tahu?

2) Tak wujud istilah "Tak manis orang pandang kau duk selalu sangat usung perempuan tu ke sana sini tak kira tempat tak kira masa tanpa ada ikatan sah".

Korang paham da kot pasal ni kan, biasalah tu..ada transport senang nak usung awek ataupun awek tu sendiri rela diusung ke mana-mana saja. Malam lepas balik kerja "Jom keluar lepak dengan kawan lelaki i", takpun "U, weekend ni jom kita jalan2 makan angin tepi longkang" erk. Haha, gurau je. Tak boleh berpisah la konon kan :p


3) Jimat duitt!

Bila dah takde kenderaan sendiri, maka jarang la keluar jumpa bakal pasangan hidup kan? Bila jarang keluar banyak duit kita boleh jimat. Cuba fikir, sekali keluar jumpa si dia sah-sah la pakai duit untuk minyak, parking, makan, tengok wayang, shopping etc.

Jadi bila dah kedua-dua takde transport sendiri, kebarangkalian nak keluar selalu tu kurang la kan sebab malas nak guna public transport. Banyak dah bole jimat disitu. Lagi-lagi kalau masing-masing tengah belajar, tak ke jimat duit PTPTN @ biasiswa @ duit mak ayah bagi tu. Kan2?


4) Keselamatan lagi terjamin

Heh...boleh jadi point ey? Banyak kemalangan/benda-benda tak elok berlaku di luar rumah. Sekarang macam-macam boleh jadi kan? Jadi ada baiknya kalau takde kerja penting sangat baik kita habiskan masa berkualiti kat rumah je. Mak ayah pun tak risau fikir keselamatan anak yang suka gitu keluar dengan boyfriend.


5) Susah senang bersama

Ehe...takde transport mesti korang akan tak kisah naik public transport semata-mata nak berjumpa dengan si dia kan? Nak-nak lagi kalau gunakan public transport bersama-sama, tak ke jadi kenangan manis korang bila dah kahwin nanti? "U, u ingat lagi 5 tahun lepas kita lari sama2 kejar bas, masa tu hujan lebat, last-last bas tu tinggalkan kita? Jom kita naik bas, i dah bosan naik kereta, i nak imbau kenangan naik bas dengan u masa kita cintan-cintun dulu". Tak ke sweet tuh? :p


6) Paling penting, boleh mendidik kedua-duanya berusaha menjauhi maksiat

Yang ni boleh dikaitkan dengan Point #1 & #2 sebenarnya. Macam aku bagi contoh sebelum ni, kalau dah ada kenderaan sendiri, mesti tak kisah siang atau malam, kalau rasa nak jumpa...senang je nak jumpa kan sebab tak payah risaukan public transport semua. Dari kau duk usung dari pagi ke malam dah buat macam bini sendiri, baik nikah je terus. Ok, kasar sikit guna 'aku-kau'.




Naik je basikal, lagi romantik gitu. Plus mesra alam ^^,


Ni je yang aku terfikir buat masa sekarang. Aku fokuskan entri ni untuk orang yang belum berkahwin je lagi, sebab kalau dah kahwin susah pulak kan kalau takde kenderaan sendiri...


Sebenarnya bagi aku la, perempuan lagi suka kalau bakal pasangan dia dah ada kenderaan sendiri sebelum berkahwin, dalam erti kata lain ada kereta. Kononnya macam senang nak jumpa, senang nak di ajak temankan pergi mana berdua tak kira masa atau tempat, tak payah susah payah guna public transport dan macam2 lagi la. Lagi-lagi kalau nasib laki tu couple dengan perempuan kononnya HOT gitu "I tak main la naik bas camni, leceh la, panas la..jatuh standard i taw!" *sambil buat mulut herot*


Aku pun kadang fikir macam tu. Aku jenis tak kisah hal guna public transport sebab tu aku guna hari2, tapi kadang2 terfikir bila aku nak ada peluang bersenang-senang nak keluar dengan ehem2 naik kereta tak payah fikir keselamatan diri keluar sorang2 susah payah naik public transport semata-mata nak keluar jumpa dia. Tapi bila muhasabah balik dan fikir positif, ada hikmahnya si dia belum ada kenderaan sendiri lagi2 kereta buat masa sekarang. Dan hikmahnya cukup besar dan bermakna bagi aku! =)


Nota takde kaki: Selesa begini untuk ketika ini. Susah bersama, senang bersama bila sampai masanya.