»

Sabtu, Ogos 14, 2010

Asal usul nama2 bukit

Suatu malam di bulan Ramadhan...terjadilah dialog antara 2 orang manusia yang....err, ntahla.

A: Sempat potosetet ic tak?
R: Sempat je. Tadi ade kedai mamak tu bukak lagi.
A: Hah? Potosetet kat kedai mamak? *Terbayang2 ayam goreng besar & rangup kat kedai mamak*
R: Bukanlaaaa. Ni kedai runcit kepunyaan mamak.
A: Oooo...ingat kat kedai makan mamak pun boleh potosetet jugak..haha.
R: Tak la. Kedai mamak kat Bukit Beruang tu bukak lagi.
A: Ooo...mesti bukit tu kaya kan?
R: Nape lak?
A: Sebab bukit tu berwang. Kaya laaa...banyak wang!
R: Eh, mane ade. BeRUANG laaa. Bukan berWANG!
A: Eh! Tak2! Bila dengar macam sebut berWANG je. *Pura2 tak tahu kewujudan bukit beruang*
R: (Gelak) Iye? Abes tu kalau Bukit Katil camne pulak?
A: Owh....kat bukit tu ada banyak katil laaa.
R: (Gelak lagi) Yeke?? Bukit Baru??
A: Yelaa...(gelak jugak). Owh...kalau bukit baru tuuu, bukit tu baru je wujud. *Bukit yang tetibe wujud sekelip mata...abracadabra..."Ting!!!"*
R: Yela tu! Haa...kalau Bukit Cina pulak macam mane?
A: Kalau bukit cina..maknanya kat situ ramai orang cina duduk kat bukit tu. *Sungguh confident menjawab!*
R: Taklaa! (Gelak) Kat bukit cina bukan ramai cina duduk, tapi ramai cina yang mati kat situ. (Gelak lagiii)
A: Owh...yeke?? Hehe...salah ey? Kwang3..
Sesungguhnya saya memang failed bab2 nak kelentong nie T__T


Anda2 tahu tak asal usul tempat tinggal anda @ kawasan sekitarnya dapat nama? Macam kampungku di KL sana...Kampung Lepar (K.L) dapat nama dari pokok lepar yang ada kat kampung tu zaman dahulu kala. Ini mak yang cerita. Tak tahulah betul ke tak sebab cerita asal usul kampung dapat nama mesti la dari mulut ke mulut, mungkin ada unsur tokoh tambah ke ape ke (masuk bab sejarah form 1 pulak). Tapi peratusan KL dapat dari nama pokok lepar adalah 98%.

~TAMAT~

Saje menghabiskan masa sape2 yang baca nie...kuikui. Selamat Berpuasa Hari ke-4! Salam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan